Friday, July 27, 2012

♥ tazkirah dari palestin ♥


- Assalamualaikum -

Ramadhan hari ke 7. Alhamdulillah. Moga-moga terus dilimpahi rahmat Allah. =')

4 Ramadhan lepas, Imam Masjid Al-Abbas, Gaza, Sheikh Muzaffar Salman Ahmad Al Nawati telah sampaikan tazkirah zohor di IPPT (dengan terjemahan bahasa oleh Imam Masjid Al- Muttaqin, Bandar Putra Bertam; Ustaz Faisal Husen Ismail). Subhanallah! Best sangat. 

Dia cerita tentang kehidupan masyarakat Palestin. Camna diorang berperang dan strategi yang digunakan. Sebenarnya Yahudi laknatullah itu sangat-sangatlah pengecut. Yahudi amat takut jika orang Islam Palestin memegang senjata (pegang pisau tanpa berniat untuk berperang pun Yahudi dah kecut perut). 

Masyaallah, kuasa Allah Maha Besar. Walaupun umat Islam Palestin tak mempunyai senjata yang canggih, bekalan makanan yang tidak cukup, hidup dalam kepadatan penduduk dengan ruang yang sempit, tapi Allah kurniakan mereka akal fikiran yang bijak dan kekuatan keimanan yang sangat kuat untuk menentang Yahudi. Mereka langsung tidak takut mati! Sheikh sendiri pernah menyertai perang 40 hari 40 malam terhadap Yahudi. 

Sekarang, Yahudi telah menahan kira-kira 11 ribu umat Islam Palestin. Untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian, masyarakat Palestin telah membina terowong bawah tanah menuju ke Mesir (Mesir bahan keperluannya lebih murah). Di terowong itulah mereka berjual beli. Moga-moga Allah pelihara saudara-saudara kita di seluruh dunia daripada musuh Islam.




 Sheikh nak bergambar dengan kami untuk ditunjukkan kepada saudara-saudara kat Palestin. =D

Credit gambar to : IPPT

Sebenarnya, bila aku pandang dan renung betul-betul sheikh ni, aku rasa sayu sangat. Masa dia sampaikan tazkirah, dia jarang sangat memandang ke arah hadirin. Asyik pandang bawah je. Ada part-part tertentu, dia sebak - agaknya teringatkan nasib rakyat Palestin kot. Masa aku pandang betul-betul muka dia tu, aku berdoa agar mereka diberikan kekuatan dan berdoa sangat supaya Allah temukan kami kembali di syurga kelak! Amin ya mujib~

Seharusnya kita rakyat Malaysia bersyukur berjuta kali syukur dengan nikmat Allah yang tak terhingga ni. Jangan asyik mengeluh tau! =') Pandanglah orang yang di bawah kita..




Wednesday, July 25, 2012

♥ jom beramal ramadhan bersama palestin ♥



Sempena ramadhan yang mulia ini, aku forwardkan mesej daripada Aman Palestin. Mari sama-sama membantu meskipun setakat al-fatihah untuk saudara-saudara kita di sana. Moga Allah berkati.

----------------------------------------

Salam



1. Salam Ramadhan kami ucapkan kepada tuan/puan. Semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk terus beramal sepanjang bulan mulia ini.


2. Buat pengetahuan tuan/puan, sepanjang bulan Ramadhan ini pihak Aman Palestin mengadakan kempen besar-besaran yang dinamakan Ramadhan Bersama Palestin dengan sasaran kutipan dana sebanyak RM5 juta. Bagi merealisasikan hasrat ini, kami telah menyediakan pakej sumbangan seperti berikut:


Pakej Emas - RM300
Pakej Perak - RM200
Pakej Gangsa - RM100


3. Bantuan sepanjang bulan Ramadhan ini akan digunakan bagi tujuan berikut:


a. Tajaan sahur, berbuka puasa, hadiah dan pakaian hari raya.
b. Tajaan anak yatim, keluarga miskin dan dermasiswa.
c. Pemulihan Masjid Al-Aqsa
d. Kemanusiaan, kesihatan, pembangunan masyarakat, warisan & kebudayaan, Baitul Maqdis & Tanah 1948


4. Justeru saya berharap tuan/puan sudilah membantu kami menjalankan amanah besar ini. Semoga tuan/puan dapat mewar-warkan kepada seluruh kenalan yang dalam capaian tuan/puan.


5. Sebarang sumbangan boleh terus dimasukkan ke salah satu daripada akaun berikut:


Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
CIMB Islamic: 1215-0001242-10-7


Setelah pembayaran dibuat sila, buat makluman ke amanpalestinpp@gmail.com dengan menyatakan perkara berikut:


Bank, Tarikh, Masa, Jumlah (Contoh: Maybank, 25 Julai 2012, 10:43am, RM300)

5. Kami akan mengeluarkan resit yang mendapat pengecualian cukai dan dipos terus kepada penyumbang. Sila berikan maklumat berikut:



Nama:
Alamat:
Telefon Bimbit:


6. Penyumbang digalakkan membuat sumbangan empat hari sebelum Idulfitri bagi memudahkan urusan pihak kami menyalurkannya ke Gaza, Palestin.


7. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Budiyanto bin Unggun, Pengurus Aman Palestin Cawangan Pulau Pinang di talian 019-5235592 atau pejabat 04-3567525.


8. Saya akhiri dengan ucapan terima kasih dan semoga Allah rahmati usaha baik tuan/puan dalam membantu Aman Palestin selama ini. Hanya Allah layak membalasnya.


* Harap sangat makluman ini dapat disebarkan kepada semua kenalan tuan/puan.


Sekian, terima kasih.


Ketulusan Anda, Ketelusan Kami


Aman Palstin Berhad
Cawangan Pulau Pinang
04-3567525


Thursday, July 19, 2012

♥ kurma yusof taiyoob ♥


- Assalamualaikum -

29 Syaaban. Ramadhan bakal menjelma. ADL dah sibuk bagi kurma kat semua staf-staf dia. Best! =D

Beli dekat kilang kurma Yusof Taiyoob - kalo lalu highway Penang-KL nampak kilang ni tepi jalan. Exit Batu Kawan kot (if i'm not mistaken). Serius murah giler beli kat situ. So, tunggu apa lagi? Di kesempatan Ramadhan yang akan datang ni, jom serbu Yusof Taiyoob beli kurma banyak-banyak, sedekah banyak-banyak, pahala pun dapat banyak-banyak. Aminnnn~ =')

Okayyy, arini saya pakai baju sedondon dengan packaging kurma itew~

Sibuk melabel kurma kat lab (tak hygiene la kurma korang..haish!) =')

Berkotak-kotak untuk semua ahli kelab ADL.

Chocodate yang sedap sangat-sangat. =') Satu kotak besar ni ada 6 pack kecik.

Chocodate murah giler. Harga satu pack kecik ni kat kilang = RM 5.60. Kat luar korang beli RM 9 hokey..

 Kurma Madu Yuta = RM 6 something..

Kurma Safia bertangkai = RM 8.20/pack.

ADL hanya bagi Kurma Safia tu je sekotak setiap sorang. Nak yang lain, beli sendiri. =P Buah prunes yang sedap (tak manis sangat) pun dibeli jugak. Beli satu kotak besar, dan di pack dalam plastik kecik-kecik. RM 5 per 500 g. Untung la jugakk~

Okies, selamat menyambut ramadhan dan selamat berpesta ibadah. Jangan ditinggalkan solat wajib demi mengejar solat sunat tau! =D

Nota kaki : 

Pentingkan yang lebih penting daripada yang penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting. 



Tuesday, July 17, 2012

♥ tutorial DIY bunga tisu ♥


- Assalamualaikum -

Aku dah start buat bunga tisu untuk pelamin tunang nanti. Hajat di hati nak pelamin yang nampak gebu-gebu gitu. Tapi, mau berjimat-cermat. So, pelamin bunga tisu la jawabnya - insyaallah! =')

Ini contoh bunga tisu yang dah dibuat. 
Gebu kan? Dan jugak menjimatkan. Hehe i like~

Masa untuk menyiapkan sekuntum bunga ni - kurang dari 10 minit.
Tisu yang digunakan : aku beli kat IKEA - sebab keras dan besar daripada tisu biasa.
Satu pack tisu ada 50 pcs = RM 11.90, boleh dapat 50 kuntum bunga gebu camni.
Kalau nak pakai kertas crepe pun boleh jugak. Sama je~

Orite~

Jom ikut tutorial bunga tisu ni.
Harap-harap korang faham la ye..sebab mudah aje.

1) Bahan-bahan yang digunakan : Tisu IKEA, dawai bunga telur, gunting.


2) Buka helaian tisu tu, gunting jadi 4 petak.


3) Letakkan keempat-empat petak tisu tersebut secara bertindih, dan lipat membentuk kipas.


4) Lipat di tengah-tengah tisu (yang dah jadi kipas), dan lilit dengan dawai.



5) Gunting kedua-dua bahagian hujung tisu menjadi separuh bulatan.


6) Buka tisu tersebut sehelai-sehelai (tisu IKEA ada 3 helaian nipis), dan tarik membentuk bunga.


7) Perkemaskan kelopak-kelopak bunga tersebut hingga menjadi gebussss! =')


Boleh combine banyak-banyak kaler supaya semuanya nampak ala-ala fairy tales. 
#eh, merepek plak!



Nota kaki : 

Bunga tisu ini juga boleh dibuat bunga telur (kena pakai tisu yang sizenya kecik sikit), bunga pahar, bunga corsage, bunga hiasan atas meja.... dan macam-macam la! Ianya berfungsi macam bunga-bunga yang lain jugak. Nak bagi yang girlfriend pun boleh! =P




Saturday, July 7, 2012

♥ overview paper bags, boxes & harganya ♥


- Assalamualaikum -

Aritu dah pegi Kilang Paper PPH kat Prai, Penang. 
Nak survey harga paper bag untuk tetamu time majlis kenduri nanti. 
Banyak jugak paper boxes & paper bags yang diorang jual.
Ada yang berkualiti, mahal sikit harganya.
Yang kurang kualiti, murah sikit.
Apa-apa pun, depends on tuan punya badan la nak pilih yang mana ye dak?
Dan bersesuaian dengan bajetlah. =')

Ok, kat sini, aku boleh listkan sedikit sebanyak item yang dijual kat sana.
Korang boleh pergi beli cash pun.
Boleh dapat on da spot.
Salesman nya pun, alhamdulillah, sangat membantu dan sangat rajin.
Senang nak deal~ =')


Overview kotak-kotak yang dijual kat sana. (sorry, a bit blurr - hp cabuk khennn..)

Overview paper bags.

Okies, harga kotak kat bawah ni untuk kuantiti 200 pcs ye. Kalo beli banyak, boleh dapat lagi murah. =)

1) Noodle box with besi pemegang 
RM 0.80/pcs. Can nego to RM 0.75/pcs.
Good quality paper - shiny, and keras.



2) Gift box with love window.
RM 0.55/pcs.
Kemas.

3) Gift box with circle window.
RM 0.45/pcs.
Kemas.
Rendah sikit dari love window.


4) Lunch box.
RM 0.35/pcs.
Rasanya harga ni bagi yang putih je, takde corak2. Not sure. Can ask the salesman.



5) Cake box putih - not really sure the name.
RM 0.25/pcs.
Boleh muat 2 biji donut.


6) Snack box 
RM 0.28/pcs.
Ada lubang kat atas untuk bagi wap makanan keluar.


Kotak-kotak lain yang ada kat sana. Tapi, tak tanya harga sebab tak termasuk dalam list aku. Jamu mata jela..hehe. Sebenarnya kotak-kotak ni, korang boleh decorate bagi cantik-cantik. Mesti berseri-seri majlis korang nanti. =)



Eh, lupa nak cakap. Harga untuk paper bags.

1) Brown paper bag - size standard bungkus kueh.
RM 0.08/pcs.
Kalo 500 pcs (1 pack), dapat RM 40.



2) White paper bag - size standard bungkus kueh.
RM 0.12/pcs.
Kalo 500 pcs (1 pack), dapat RM60.


Satu nak pesan, harga-harga & nama-nama kotak ini mungkin berbeza dengan nama/harga sebenar. Ini hanya sedikit info yang aku dapat semasa berkunjung ke kilang ni pada Jun 2012. So, ianya mungkin berubah dari masa ke semasa. Aku tak bertanggungjawab atas segala kesalahan info yang terdapat dalam entry ni ye~

Hehe, sorry, bagitau siap-siap sebab kang ada pulak yang nak menyaman aku.
Belajar daripada kesilapan lepas.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi :

PPH Sdn Bhd,
Plot 468 & 482,
Jalan Perusahaan Baru,
Prai Industrial Estate,
13600 Prai, Penang.

04-3999508 / 04-3994078

ataupun layari : green tree untuk tengok produk-produk lain & harganya.

Orite~
Until then, semoga dapat membantu.
See you later. =)


Friday, July 6, 2012

♥ jus longan campur barli berhalwa kundur ♥

- Assalamualaikum -

Salam pagi jumaat! =')
Sebelum pergi keje, saya mau buat satu entry ringkas..
Maybe boleh buat idea untuk breakfast japgi.

Resepi ini saya dapat dari labmate - Ajak. Sedap.
Dan boleh juga diminum ketika demam, sakit & time tak lalu makan. Hehe.

Resepinya ialah : Jus longan campur barli berhalwa kundur.
Tadaaaaa~ gempak tak namanya?? =P

Cara-caranya senang aje.

1) Rebuslah barli.
2) Campurkan longan kering ke dalam air rebusan barli tu. (Panas-panas ye)
3) Campurkan halwa kundur pulak.
4) Gaulkan sebati & tunggu sehingga rasa buah-buah tadi bercampur.

Dah siap! =')
Boleh letak ais ataupun minum panas-panas.
Saya suka minum panas-panas.

Tak perlu letak gula dah sebab halwa kundur tadi dah manis.
Nanti manisan halwa tu akan meresap dalam air tadi.

Adios~
Selamat mencuba. =)



Monday, July 2, 2012

♥ apam polka dot ♥


- Assalamualaikum -

Hepi Monday peeps. =')
Weekend lepas balik kampung, balik buat Apam Polka Dot.
Wah, siyes jadi!! Sukeee~ Senyum sampai telinga.
Tapi kan, tak la menjadi 100%.
Ekhem, cumanya herot-petot sikit la akibat tak letak paper cup tu dalam bekas lompang.
Main letak dalam loyang je, pastu kukus.
Takpe, first time kan.. Yang penting sedap! =)
Satu lagi, aku memang sangat tak kretip.
Polka dotnya aku tak pandai nak dot kan..
Meleh-leleh.. comot jadinya.
Last-last, mula merepek-repek buat lukisan love la, petak-petak la.
Hehe enjoyyyy jela~

Hajat di hati, nak jadikan camni. Tapi, apakan daya... sob..sob..sob.. (>_<) 
Gambar : Anjung Nory

Resepinya aku dapat di sini : Cik Tom. Mudah, ringkas, dan senang. Boleh try ya! =)

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Pesanan khidmat masyarakat :

1)  Jangan buka api terlalu kuat semasa kukus untuk mengelakkan apam jadi merekah. So, ianya maintain gebu. =)

2) Kalo taknak comot, pakai piping bag semasa letak adunan dalam paper cup. Dot-dot kan pun pakai piping bag jugak. Aku pakai sudu je masukkan dalam paper cup tu, dan pakai lidi untuk buatkan dot-dot.. pun boleh kan? =P Kalo nak dot-dot tu lagi cantik, pakai picagari. =)

3) Jangan lupa letak paper cup berisi adunan tu dalam bekas lompang dulu before kukus. Sebab nanti adunan tu akan kembang semangkuk, dah tak cantik.. Aku ler yang buat kembang dua mangkuk tu. (-.-')

4) Boleh jugak korang taknak buat dot-dot tu. Lukis la ikut kreativiti korang. Buat la bentuk angry bird ke, bee ke, love ke, ladybird ke... Yang penting, rasanya sama je.. =')

5) Pastikan penutup periuk kukus takde wap air semasa mengukus untuk mengelakkan air wap tu menitis atas apam dan membentuk lubang-lubang kecil. Eh, camna nak bagi takde wap kat periuk kukus eh? Nama pun nak mengukus?? (-.-') Korang boleh try balut penutup periuk tu dengan kain bersih. Supaya air wap yeng menitis, dapat diserap oleh kain tersebut.

Okies, adios~
Boleh try ya!


Nota kaki :

Ekhem, aku rasa aku tak boleh buat ni untuk bagi tetamu makan time majlis kawen nanti. Sebabnyaa......... (-.-') (-.-') (-.-') Tak de gambar hasil air sendiri ditepek kat sini. Sebabnyaaaa... (-.-')