Thursday, June 7, 2012

♥ Hijrah Iman II - Kelucahan Bible ♥

- Assalamualaikum -

Hari ini saja nak review buku Hijrah Iman II – Langkah-langkah Perjuangan  oleh Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah JR. Siapakah dia? Aku mula kenal nama dia masa dia datang bagi tazkirah di IPPT (aku tak dapat hadir tazkirah dia masa ni). Lepas itu, mengintai-ngintai blognya di Tintamuallaf.com, like di facebook. Dan seterusnya, alhamdulillah dapat bertentang mata di Masjid Bertam Indah masa dia bagi kuliah maghrib (dan berjaya mendapatkan buku Hijrah Iman II di sini). Pastu, baru ternampak-nampak muka dia di tv – Al-Hidayah TV3. =)

Siapakah dia? Berasal dari Sabah. Merupakan bekas penganut agama Kristian Protestan. Telah mengkaji dan membuat perbandingan agama selama 3 tahun sebelum memeluk Islam. Subhanallah. Dan sekarang sangat aktif dalam perjuangan dakwah Islam. Macam-macam dugaan yang tempuh semasa memeluk Islam. Sedih sangat den dia cerita. =’( Masa itu, baru sedar yang kita yang dah sedia Islam ni sangat-sangat tak menghargai ajaran Islam tu sendiri. Allah, Allah, ampunkan dosa-dosa kami.

 Hijrah Iman II - jangan lupa beli!

HIJRAH IMAN II – LANGKAH-LANGKAH PERJUANGAN, menceritakan tentang perbandingan agama Islam dan Kristian dan kenapa penulis memilih untuk menganut Islam sedangkan dulu dia sangat fanatik dengan agama Kristian.

Masa baca buku ni, terasa menyirap darah ke muka. Selama ni, tak pernah terasa untuk membaca/membuka bible pun. Sebenarnya, banyak bukti yang dikemukan bahawa bible bukanlah kitab dari tuhan – ianya buatan manusia, sangat pasti. Yang paling tak sangka, bible jugak ada cerita-cerita lucah. Ini sedikit petikan dari bible yang diambil dari buku ni :-

“Datanglah firman Tuhan kepadaku : Hai anak manusia, ada dua orang perempuan, anak dari satu ibu. Merea bersundal (melacur) di Mesir, mereka bersundal (melacur) pada masa mudanya : Di sana susunya dijamah-jamah dan dada keperawanannya dipegang-pegang.”
                                                                              (Yehezkeil Fasal 23 : Ayat 1-3)

“Tubuhmu seayu pokok palma dan buah dadamu seperti gugusan buahnya. Aku hendak memanjat pohon palma dan mendapatkan buahnya. Bagiku, buah dadamu seperti gugusan buah anggur.”
                                                                            (Kidung Agung Fasal 7 : Ayat 7-8)

“Ia berahi kepada kawan-kawannya bersundal (melacur) yang auratnya seperti aurat keledai dan zakarnya seperti zakar kuda. Engkau menginginkan kemesuman masa mudamu, waktu orang Mesir memegang-megang dadamu dan menjamah-jamah susu kegadisanmu.”
                                                                             (Yehezkiel Fasal 23 : Ayat 20-21)

See? Adakah patut bagi Tuhan untuk bagi kitab kepada manusia tapi ada unsur lucah di dalamnya? Haish, tak masuk akal. Jadi, lihat dengan mata hati, baca dengan nama Tuhan-Mu. Sebenarnya banyak lagi ayat lain yang terpesong dan banyak lagi yang best dalam buku ni, tapi cukuplah lain kali plak update. (hehe tu pun kalo rajin).

Buat saudara kita, Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah JR, teruskan perjuangan dakwah & kami sentiasa berganding bahu untuk menaikkan martabat Islam di mata dunia. Insyaallah.


"Andainya aku dipenjara maka aku berkhalwat, andainya aku dibuang negeri aku melancong, dan andainya aku dibunuh aku mati syahid." - Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah JR.


2 comments:

pena rozie said...

semoga die terus memperjuangkan islam...

dayah SnoW Heuka said...

islam is da bes way :)