Friday, June 22, 2012

♥ goodie bag bertunang & tips ke butik pengantin ♥


- Assalamualaikum -

Aku rasa aku perlu bertindak dah ni. Kang lama-lama kelam kabut jadinya. Mama pun dah sibuk cari-cari date yang sesuai untuk nikah. I on jela ma~ =')

Perkara pertama

Aku akan sediakan sebuah buku untuk majlis aku ni. Biarlah bertulis. Baru nampak well-prepared gitu. Hikhik, harap istiqomahlah sampai ke majlis! =)

Perkara kedua

Hujung minggu ni, aku bercadang untuk pergi jelajah butik-butik pengantin. Baru boleh dapat idea nak tema camna, kaler camna ke kan.. Sebelum pergi tu, aku kena buat beberapa preparation. Kang main terjah je, tak reti apa-apa pulak. 

Aku akan listkan apa yang aku nak & perlukan untuk majlis aku. Contoh :-
  • Pelamin
  • Baju persandingan
  • Meja makan
  • Photographer

So, di butik nanti, aku hanya akan minta diorang bagi quotation harga untuk apa yang aku nak sajalah. Lain butik, mesti lain pakejnya kan? Mestilah jugak lain harganya. Aku taknak over bajet. Aku akan ambik apa yang aku perlukan saja dan compare antara butik-butik. Ekhem, barulah boleh compare apple to apple ye dak? =) Mana adil kalo kita compare apple to strawberry. Tapi, kalau pakej yang ditawarkan tu berbaloi.. I on jee~ hehe.

(Tips ni aku amek dari blogger jugak. Tapi, sumpah tak ingat blog dia yang mana. Sorryyyy~)

Perkara ketiga

Aku dah buat keychain untuk majlis tunang. Buat sikit-sikit. Cukup la untuk masukkan dalam goodies bag untuk diberi kepada keluarga pihak lelaki nanti. Tapi, goodie bag tu, aku pening lagi. Yang mana sesuai dan jimat?

Bakul dari suratkhabar. Free, tapi leceh sikit nak buat.

Paper box. Beli kat kilang kertas.

Paper bag. Beli kat kilang kertas. Lagi murah dari paper box.

Adeh, konpiuss~
(-.-')

Adios, jumpa lagi! =)

Nota kaki :

Jangan jadi PLAYBOY yang suka melayan dan bercinta dengan ramai gadis. Tapi, jadilah PRAYBOY yang tak henti berdoa kepada ALLAH untuk dijodohkan dengan seorang gadis yang solehah.




2 comments:

Mr and Ms bOZhiCkA said...

Heee...our journey has begann...sama2 kita usaha untuk membuat pesiapan..hihi..

Ardini Humaira said...

dni punya goodies bag untuk sedara mara je bgi lebih2.. untuk tetamu biasa, bagi yang kotak telur buh gula2 je. hehe.. sebab tak ada salam kaut... (istilah yang tetamu salam, balik tu kasi duit). hehe... majlis kesyukuran je. tak leh kua bajet lelebih :D