Monday, June 11, 2012

♥ cincin merisik & bertunang ♥

 
- Assalamualaikum -

Yipee~ alhamdulillah, weekend lepas dah berjaya merembat 2 bentuk cincin untuk majlis pertunangan dan merisik. =')

Awal-awal pagi lagi, pukul 8, Pipi dah gerak jemput aku dan adik ke rumah sewa baru Nadia (sem ni dah kena dok umah sewa - dapat motor sebiji, makin panjang kaki leteww). Mama, abah, Nurin dan abang still kat sana. Lepas tu, berkonvoi ke rumah baru Mak Ngah. Mak ai~ santek giler lepas renovate. Dah le murah - 63k dapat rumah semi-D yang luas. Area Sungai Petani lah. =)

Sampai rumah Mak Ngah, semua kaum kerabat aku ada kat situ. So, depa pun borak-borak la kat luar termasuk Pipi, abah, mama, tok, family pak anjang & family mak ngah. Sume dok usik Kak Farah yang sangat liat nak kawen. Ngee~ Sian Kak Farah. Akhirnya, insyaallah tak tahun ni, tahun depan kawen la jugak dia setelah merijek banyak calon menantu pilihan mak ngah. =P Harap-harap Pipi bole adapt dengan suasana family aku yang super duper mulut banyak. Aku je yang pendiam sikit. (eh, ye ke?) Hehe.

 The journey of a thousand miles begins with a single step. Jauh lagi perjalanan hidup ini. Yang pasti, ia semestinya berliku-liku. Tanda cubitan sayang dari Allah s.w.t. =)

Pukul 11, kami bertolak cari cincin. Mama & abah balik dulu. Aku, pipi, angah & adik jela yang sibuk memilih. Penat giler! Dah la emas naik sikit harganya compared to 2 minggu lepas (masa survey2). Mula-mula pegi Kedai Emas Annuar kat Gurun (recommended by mak ngah). Tapi, alangkah tak bestnya bila kedai tu tutup la pulak. Last-last balik Sungai Petani, singgah kedai-kedai tepi jalan dekat jam besar tu. Kedainya banyak, sampai pening nak pilih yang mana. Dah dekat pukul 1, dah tak bermaya dan muak barangkali tengok emas (hehe aku bukanlah peminat tegar emas), kami pun gerak pegi makan dulu. Restoran mana jadi pilihan? Ekhem...mestilah Asama, dekat Central Square. Sedap masakan Thai~ =')

Dah tu, jalan-jalan cari kedai emas kat dalam air-cond plak. Last-last jumpa satu kedai, disebabkan dah penat, dan dengan persetujuan semua, cincin berjaya dipilih. Satu kat kedai Emas Hajjah Rohani Pantai Timur, satu lagi kat Eumas, santek-santek designnya. Tiba-tiba terbekenan banyak plak. Hehe. Yang tak boleh blah tu, sepanjang pencarian cincin ni, yang paling penat nak pilih size. Heh, dah ada yang menarik, xde size plak. Al-maklum la, jari aku ni kecik je, size 7. Jari jela kecik, badan bila nak kecik ntah~ *sigh. Makcik-makcik kedai emas tu, suruh amek cincin yang besar-besar, yang sarat-sarat. Sesuai katanya dengan jari aku yang kecik ni - nampak penuh. Tapikan, aku tak minat. ='( Pada aku, less is more gitu. Biar simple, tapi elegan. Ceh, elegan ke cincin yang dipilih tu? =P

Simple, but nice kan? =') Gambar google je.

Sebenarnya, mama suruh beli satu je cincin belah rotan untuk tunang ni. Tapikan, disebabkan  bakal pengantin lelaki ada duit lebih dan dia sudi untuk bagi 2 cincin kat makwe dia ni, dan makwe dia ni pun setuju aje...hehe, dapatla 2 bentuk cincin. Satu belah rotan, satu batu swiss. Suka. =') Makaceh.

Eh, eh, bila nak majlisnya ni? Huhu, ntah lerrr~ tak decide betul-betul lagi. (-.-') Dan, tak buat apa-apa preparation pun lagi.

 Adios~
Moga-moga diberkati Allah s.w.t & kepada Allah s.w.t. jualah kami memohon pertolongan.


Nota kaki :

"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi)." ~Surah An-Nur : ayat 10~






4 comments:

picairin said...

welcome to the club..heeee... ^^

Fatin Athirah said...

ehemm..bila nak bertunang ni? I sedia utk jadik photographer u..weee~

Mama2Q said...

owh...nak kawen tak habaq eh....

mrs. hairum said...

bestnya hihi..awk merisik skali b'tunang yeh.. tahniah yunk