Monday, June 4, 2012

♥ ceritera hujung minggu ♥


- Assalamualaikum -

Ceritera 1

Weekend yang bermakna. Senyum sampai telinga. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Dipendekkan cerita, mama cakap bertunanglah raya ni, dan kawinlah Disember ni. Wow~ Pucuk dicita ulam mendatang, ataupun semak samun dihati mula bercelaru? Hehe. Allah, Allah, Allah, tetapkanlah hati ini jika dia yang terbaik untuk kehidupan di duniaku dan di perkampungan akhirat sana. Tetapkanlah hati ini agar mencintai dia seorang, cukup dia seorang (jika dia benar-benar bakal suamiku), dan tutuplah pintu hatiku untuk mencintai dunia lebih dari aku mencintai-Mu.


Ceritera 2

Buncit Belajar Terbang - nama di facebooknya. Aku tahu namanya Syuk. Kami berkenalan hanya di facebook, tidak pernah bersua muka ataupun bertukar no hp, dan semestinya ESQ 165 yang menyatukan hati-hati spiritual kami. Bulan lepas (tak sure), Prof Muhaya mencari videographer untuk As-sohwahnya. Aku terbaca status itu di facebook prof. Tanpa pikir panjang, terus aku tag nama Syuk, dengan harapan dia berminat untuk bekerja dengan Prof. Huhu sesungguhnya aku benar-benar zero knowledge tentang Syuk. Hanya tahu dia buat partime photographer dan sikit-sikit cerita tentang dia di Group Adik-adik Kesayangan Raja Along. Alhamdulillah, akhirnya dia dapat job tersebut dan sedang berbahagia dengan Prof Muhaya. Hehe jeles kan? kan? Syuk, jangan tanya kenapa aku tiba-tiba tertag nama dia walaupun banyak lagi kawan-kawan photographer yang bersepah di facebook aku tu. (Well, lepas pegi Kursus Fotografi dengan Eddie Putera & Topcat Studio ni, memang ramai plak kawan2 photographer aku. Hehe.) Mungkin belon rezekinya tercampak di situ bersama orang-orang berhati mulia. Al-fatihah untuk kamu Syuk. Moga-moga sentiasa terus sukses.

 Keduanya senyum simetri. =)

Ceritera 3

Semalam pegi wedding Yati & Adzham. Purple~ santek. =) Jumpa Yanti & housematenya. Khamis lepas, Haida bertunang dengan Naim Rahmat. Allah, sangat-sangat tak sangka depa berdua ni kan. Dulu, zaman sekolah tak menjeling-jeling pun. Alik-alik sekarang ni nak kawin plak. Hehe small world! Sofi (ekhem) pun dah selamat bermadu kasih underwater dengan Kak Aida Fitriya. Alhamdulillah, aku hepi untuk kamu-kamu. Sumpah, takde dah perasan sayang ataupun cinta untuk kamu dalam hati ini. =') Dan aku pulak, semalam dalam kete, alahai..macam mana boleh terlepas airmata ni bila dengar lagu Ratuku - Awie. Rindu Rani yang jauh? Huhu, mungkin ya~ Ataupun teringat saat-saat yang syahdu itu? Ekhem, mungkin ya jugak! 


Hehe. Ok, cukuplah berjiwang. Mari kembali bekerja~

Babai ♥ ♥


1 comment:

semutsengal said...

hai syuk,

saya anip. LALALALALALALAL