Tuesday, May 15, 2012

♥ Rindu & Nakbah Palestine ♥

- Assalamualaikum -

Hi blog, lama sudah tak menaip. Rindu tak? =D

Semalam turun KL, aduh..banyak yang berubah. Allah, terasa lemah dan lesu nak travel sorang-sorang. Tapi, alhamdulillah. Ianya pengalaman baru - banyak suka duka sepanjang hari itu.
Satu kata yang mampu dirasa - BAHAGIA.
  Oh, tak lupa. Pertama kali ke Tanjung Malim. Dalam hati ada rama-rama. Hehe. 


Hari ini - 15 Mei - Nakbah Palestine. Apa tu?
Allah, seriusly aku pun tak tau kalo takde facebook.
Dah 64 tahun peristiwa itu berlalu - sejak 1948.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar.
Nakbah Palestin merujuk kepada pengisytiharan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Pada hari ini, mereka menjalankan mogok lapar untuk memperjuangkan hak-hak mereka.
Allah, semoga diberi kekuatan & bertemu di syurga kelak.

 
Imanku,
Ianya semakin lemah akhir-akhir ini.
Sedih, tapi insyaallah..akan terus bermujahadah - akhir2 ni dah pandai pakai word mujahadah =')
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa itu & terima aku kembali sebagai hamba-Nya.
='( ='( ='(


Nota kaki :

Tolong ingatkan aku supaya meletakkan dunia ditangan, bukan dihati. Supaya ianya mudah diambil bila perlu, dan senang dibuang jika tidak memerlukan.
Akhirat, letaklah kemas-kemas di hati. Disimpul kejap.





No comments: