Wednesday, May 30, 2012

♥ kami cinta padamu ♥


Di rentas masa,
Aku ingin membawamu teman,
Pada satu kisah agung..

Dia pernah dihina nista,
Hingga dituduh seorang gila,
Juga dijujat memiliki sihir,
Sebenarnya dia tidak melakukan apa pun,
Cuma sering berkata,
"Berimanlah kamu semua pada Allah yang Esa."

Batu kecil dan besar hinggap di tubuh,
"Pulanglah kau! Seruanmu hanyalah sia-sia!"
Mereka terus menyakitinya,
Hingga darah bertakung di kolam kasut.

Malaikat melihat dengan sedih,
Ada yang geram untuk membalas,
"Gunung itu akan kami rebahkan,
Biar orang-orang itu tenggelam."

Dia duduk menahan sakit,
Hatinya berzikir sabar,
Wajahnya senyum sambil menggeleng,
"Jangan, jangan kalian usik mereka,
Jika bukan hari ini mereka beriman,
Besok pasti ada, 
Walau zaman berlangsung lama,
Anak cucu mereka akan berkata : 
"Kami beriman kepada Allah dan Rasul-Nya"
Dia yakin, dia sabar, dia tawakal,
Dia terus mendoakan umatnya.

Teman,
Kisah ini sangat menyayatkan,
Kitalah anak cucu,
Yang dimaksudkan baginda, nabi agung kita.
Wahai teman, 
Bagaimanakah jika dulu baginda tidak sabar?
Tergesa dan merajuk,
Dalam dakwah yang mulia?
Apakah kita dapat mengucap syahadah?
Dapatkah dahi mengucup sejadah cinta-Nya?
Jawablah temanku,
Jawablah di hatimu...

Allahummasolli a'la saidina muhammad, wa a'la saidina muhammad.



~ Adaptasi dari "Noorah", karya Ummu Hani Abu Hassan ~





Tuesday, May 29, 2012

♥ saya hepi, saya ok =') ♥


- Assalamualaikum -

Hehe. Kesian blog ni. Mood untuk berblogging tahun ini sangat ke laut. Bukan takde mende nak update, banyak. Tapi, macam blurr plak bila buka blog. Sorry laling. I try to commit as much as I can. Tapikan, last-last sebulan satu entry jugak. Hehe tu pun kalo rajin. Tolong la penyakit malas, jangan jangkit tau! Dangerous. =')

Sebenarnya, last 2 weeks (or more? - not really sure) ada satu pemilik spa ni call aku. Dia tegur aku pasal entry ni spa-spa di bertam. Katanya, aku tak patut tulis camtu tanpa perjelaskan package apa yang aku ambik. Its ok, aku terima dengan hati yang terbuka. Tapi, aku tak delete entry tu. Edit je dengan meletakkan pakage yang aku ambik. Nak tau harga, contact sendiri spa tu ye. Aku hanya menulis apa yang aku rasa je. Takde kepentingan dalam mana-mana urusan perniagaan. (^_^) Kalo sesiapa nak komen apa-apa berkenaan entry aku, silakan letak di ruangan komen. Aku publish punya. Aku bukan nak pujian-pujian je. Keji-kejian pun aku terima dengan rela hati. Well, hidup kita ni tak mati dek puji or keji orang pun kan? Lain la kalo Allah yang mengeji. Nauzubillah!

Last 2 weeks jugak, si laling pegi hiking. Ye, jangan tanya kenapa aku tak ikut. Sedih tau. Tapi, sabar dan redhalah. Disebabkan mak aku macam berat hati nak lepaskan anak dara dia ni pergi panjat-memanjat, so aku ambik keputusan untuk duduk rumah lipat kain, masak, basuh kain, cuci pinggan, dan kerja-kerja yang sewaktu dengannya.. Mama, sorry! Hikhik jangan marah. =P Saya tahu, saya anak dara, perempuan. So, tak manis gitu terlompat-lompat meredah hutan. Dah kawen nanti boleh la kan? Hehe.

Gunung Bujang Melaka, Kampar. 
12-13 Mei 2012

p/s : untung ler orang tu dapat hiking. #jelesgiler.

Tapi alhamdulillah, hati ini dah tersangat yakin untuk mendirikan masjid (jeng jeng jeng) lepas jemput laling dari hiking (jemput ke menyusahkan?? hehe). Sebenarnya, aku ada buat salah sket time tu. Again, maaf mama! (harap-harap mama tak pernah bukak blog kakak ni). Tapi, aku amek keputusan untuk ke KL tu pun bersebab. Sebab pertama, nak jumpa kawan-kawan lama kat UiTM Puncak Alam. Rindu sangat. Million thanks to Eiyla, Erni, dan lain-lain. Sebab kedua, aku nak settlekan something dengan si Rani. At last, we met & its already settle down. Sebenarnya, lepas berbincang dengan si Rani ni la, aku tersangat yakin sepenuh hati untuk berkahwin dengan laling. =') Rani, thanks a lot. U give me that strength. All praise to Allah. Saya hepi dan hati pun rasa tenang. Lalalala~  =) =) 



Lepas ni, boleh la balik kampung dan cakap kat mama abah, cek nak tawennn... weehaaaa~
(^_^)

Adios~



Tuesday, May 22, 2012

♥ bulan-bulan islam ♥


- Assalamualaikum -



1) Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)

Bulan ini mengambil perkataan “Haram” yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. 
Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.



2) Safar (ﺻﻔﺮ)

Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.



3) Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)

Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.



4) Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/’ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)

Bulan kedua musim bunga.



5) Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)

Bulan pertama musim panas. “Jumada” bermaksud kering.



6) Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)

Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.



7) Rejab (ﺭﺟﺐ)

Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.



8) Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)

Bulan ini terbit dari perkataan “syu’ba”, bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.



9) Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)

Diambil daripada perkataan “ramda”, yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.



10) Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)

Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu



11) Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)

Diambil daripada perkataan “qa’ada” bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.



12) Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)

Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan “haji” sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.



Nota kaki : 

Copy bulat-bulat dari facebook. Correct me if i'm wrong. 

(^_^)





Thursday, May 17, 2012

♥ Allah engkau dekat ♥


- Assalamualaikum -

Dear blog,
Subuh. Sejuk, hening, sepi.
Aku tahu diri ini banyak berdosa.
Pada dia, dia, dia, dan DIA.

Allahuakbar,
di bumi mana lagi hendak ku pijak jika aku masih mendustakan nikmat-Mu?
Ampunilah aku..hamba-Mu yang sememangnya jijik ini.
Berikanlah aku kemanisan iman, 
tingkatkanlah ketakwaan diri ini.

Iman,
Sesungguhnya ia bolah menjadi lusuh-selusuhnya jika tidak digilap.
Yeah, begitulah imanku sekarang..
Allah..allah..allah..
Berikanlah aku kekuatan untuk terus berjihad melawan si syaitan & nafsu durjanaku ini..
Aku semakin jauh tersasar pada malam-malam terakhir ini.
Kenapa aku semakin lemah untuk bangun menghadap-Mu kekasihku?
Jangan Kau tarik cinta ini..
Aku takut..aku takut..
Takut jika dipanggil pulang tanpa sempat bertaubat!

Allahuakbar..
Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat di lubuk hati.



Nota kaki :
Tolong ingatkan aku kembali asal-usul kejadian diri.
Hanyalah dari setitis mani..



Tuesday, May 15, 2012

♥ Rindu & Nakbah Palestine ♥

- Assalamualaikum -

Hi blog, lama sudah tak menaip. Rindu tak? =D

Semalam turun KL, aduh..banyak yang berubah. Allah, terasa lemah dan lesu nak travel sorang-sorang. Tapi, alhamdulillah. Ianya pengalaman baru - banyak suka duka sepanjang hari itu.
Satu kata yang mampu dirasa - BAHAGIA.
  Oh, tak lupa. Pertama kali ke Tanjung Malim. Dalam hati ada rama-rama. Hehe. 


Hari ini - 15 Mei - Nakbah Palestine. Apa tu?
Allah, seriusly aku pun tak tau kalo takde facebook.
Dah 64 tahun peristiwa itu berlalu - sejak 1948.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar.
Nakbah Palestin merujuk kepada pengisytiharan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Pada hari ini, mereka menjalankan mogok lapar untuk memperjuangkan hak-hak mereka.
Allah, semoga diberi kekuatan & bertemu di syurga kelak.

 
Imanku,
Ianya semakin lemah akhir-akhir ini.
Sedih, tapi insyaallah..akan terus bermujahadah - akhir2 ni dah pandai pakai word mujahadah =')
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa itu & terima aku kembali sebagai hamba-Nya.
='( ='( ='(


Nota kaki :

Tolong ingatkan aku supaya meletakkan dunia ditangan, bukan dihati. Supaya ianya mudah diambil bila perlu, dan senang dibuang jika tidak memerlukan.
Akhirat, letaklah kemas-kemas di hati. Disimpul kejap.