Monday, April 9, 2012

♥ color + life + solat = happy ♥


APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.




Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.




Thursday, April 5, 2012

♥ kakak sayang adik ♥

- Assalamualaikum -

Dear blog,

Weekend lepas, balik kampung. Cuti lama - 4 hari. Ingatkan Suzana kawen minggu tu, rupa-rupanya salah tarikh. Tapi, takpe..yang penting enjoy juga pergi holiday dengan family di Teluk Batik, Perak. Best apartmentnya, selesa dan murah - RM 100/night - 3 bilik, 2 toilet, tv, dapur dll. =) Terima kasih abah dan mama.

Dekat kampung, niat sebenar nak buat cheese tart untuk Nurin. Tapi, tak buat sebab duit tak berapa nak cukup nak beli barang. Rasa bersalah juga. Nurin suka sangat cheese tart. Next time ye sayang?

On the way balik dari Perak, abah singgah kat Tesco - shopping. Macam-macam beli - termasuk fantasi fairy tale Nurin - sayap princess, crown dan tongkat sakti. Cantik. Aku suka. =) Tapi, mama yang bayar semua tu. Tumbler cantik pun atas belas ihsan Farhanis. Terima kasih.

Nurin hampir-hampir begini? Hehe.


Adik-adikku,
Sebenarnya siapa yang tak sedih, bila terpaksa mengatakan tak ada duit untuk membelanja semua orang? Jauh di lubuk hati, macam tersiat-siat.  Pedih.
Siapa yang tak terasa bila adik-adik cakap, "kakak kawan-kawan aku selalu beli barang-barang untuk depa." Lillahi, terdetik di sudut hati, kakak tak bergunakah aku sebab tak mampu nak menggembirakan adik-adikku? Tapi, syukur alhamdulillah Allah kurniakan aku adik-adik yang memahami. Di penghujung kata, mesti ada ayat ni, "takpa, aku faham kakak aku camna."

Adik-adikku, 
Sebenarnya bukanlah aku tak mampu nak membeli barang-barang (bag, baju, kasut) untuk kalian. Insyaallah, duit ini bukanlah tak pernah cukup, tapi hanya cukup-cukup.
Aku taknak duit ini dibazirkan untuk membeli barang-barang yang tak perlu. Handbag, kasut aku, jauh berkurun lamanya. Sememangnya buruk. Tapi, ianya masih boleh dipakai.
Baju baru? Kenapa aku ada duit untuk beli baju kat diri sendiri? Sebabnya aku tak ada baju yang betul-betul menutup aurat. Aku nak banyakkan baju yang menutup aurat dengan sempurna. Siapa yang tak cemburu tengok kalian shopping macam-macam (pakai duit sendiri)? Tudung, inner, brooch, baju - subhanallah.. hati ini melonjak-lonjak nak beli juga - terutamanya nak tukar kasut yang dah sememangnya teruk. Tapi, aku tahan nafsu diri ini. Tahan sesungguh hati.

Adik-adikku,
Sebenarnya, duit itu juga perlu disimpan. Aku ada cita-citaku. Aku mahu mengerjakan umrah - insyaallah - dan berkahwin - insyaallah. Semuanya memerlukan duit. Adakah aku pentingkan diri sendiri? Aku minta maaf adik-adik. Aku bukanlah kakak yang baik. Tapi, insyaallah, aku berjanji di saat kalian betul-betul memerlukan wang untuk membuat perkara-perkara yang penting dan berfaedah (belajar, pergi forum, dll) aku sedia mengeluarkan belanja. Aku bukanlah terlalu kedekut, tapi berusaha untuk mendisiplinkan diri. 

Dan aku tau, semasa belajar, duit bagaikan air - semestinya bukan satu masalah - sebab aku pernah melalui saat itu. Berbelanja mengikut kehendak, bukanlah keperluan. Tetapi, beringatlah, bila dah kerja dan matang - tanggungjawab itu banyak. Sangat banyak. Jadi, bersedialah...

Dan adik-adikku, ingatlah akan saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Afrika, Acheh, Kemboja, Afrika, Somalia dan negara-negara miskin sana. Mereka miskin, kurus dan berpenyakit. Terpaksa survive keras untuk mendapatkan sesuap makanan. Apa salahnya jika kita yang sihat-sihat di sini, sehingga terlebih sihat, menghulurkan sedikit bantuan untuk mereka? Kesian.. mereka juga manusia, dan sesetengahnya Islam! Mereka lebih memerlukan. 

Buka mata, pandanglah dunia dengan mata hati!





Nota kaki : 

Mohon doanya agar hajat yang 'satu tu' allah makbulkan. Sungguh, hati kecil ini sentiasa melonjak-lonjak mahu menggembirakan saudara kandung sendiri. Perkenankanlah ya Allah. Amin~