Wednesday, March 14, 2012

♥ Allah loves me ♥

- Assalamualaikum -

Pertama mula, aku mohon keampunan Allah. Semoga dijauhkan perasaan riak dalam diri ini. Anggaplah ini hanya catatan peribadi untuk diri sendiri.

************************************

Dear blog,

Semalam aku terlepas tahajud waktu kebiasaan (pukul 3.30). Sedih, bila tersedar dah lewat pagi - 5.00 am. Tapi, aku perlu bangun. Bangun untuk bertemu kekasih - untuk menunaikan janji setia yang hati ini hanya milik-Nya. Selepas selesai solat tahajud dan hajat, aku berusaha untuk melelapkan mata sekejap, sementara menanti waktu subuh. Tapi, perut memulas. Ah, sakit hati - tapi tetap harus ke tandas jugak! (-.-')

Selesai menunaikan hajat, jeling jam di sebelah - alamak, dah pukul 5.50 pagi. Tak tergamak rasanya nak tido balik sedangkan waktu subuh kian hampir. Dalam hati berperang perasaan. Jika aku tido, mesti subuh aku terlajak. Jika aku tak tido, mesti aku mengantok di lab esok. Allah..allah..berbelah bahagi sungguh.

Akhirnya aku amek keputusan untuk sambung bacaan buku Biografi Muhammad b Abdullah - Perjalanan Hidup Seorang Nabi. (Baca dalam hati : Aku seorang yang sangat payah melelapkan mata. Jadi, aku perlu membaca untuk menggalakkan rasa mengantok.) Buku yang sangat-sangat menarik. Kisahnya macam novel, yang boleh menyentuh jiwa dan perasaan - tambah-tambah seorang perempuan yang semestinya kuat beremosi macam aku ni. Sedang aku kusyuk melayan perjuangan sahabat dalam perang Uhud, tiba-tiba azan subuh berkumandang. Subhanallah! Mata aku tak mampu nak lena. 


Jadi, aku pasrah. Amik wuduk dan solat. Selepas baca Al-Mathurat pagi, hati ini berdetak lagi. Mahu tido? Mahu tido? Mahu tido? Waktu masih panjang untuk bersiap ke lab. Allah..allah..camna ni? Aku dah berjanji dan berazam pada diri sendiri yang aku tak akan tido lagi selepas subuh. Selama hampir 2 minggu, alhamdulillah azam ini tak pernah tersasar jauh lagi - masih berjaya istiqomah. 

Allah, bantulah hamba-Mu. Aku takut jika aku tak cukup tido. Aku takut jika aku mengantok di tempat keje. (Baca dalam hati : Disebabkan aku payah untuk melelapkan mata, jadi aku sangat menghargai waktu tidurku walaupun 5 minit). 

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk tidak tido selepas subuh. Kalo mengantok pun esok, aku redha. Yang penting, takkan sekali-kali memungkiri janji pada diri sendiri. 

Reminder : Apa gunanya bersolat dhuha mengharapkan Allah memurahkan rezeki, sedangkan diri sendiri yang menutup pintu rezeki (tido selepas subuh)? Allah, sesungguhnya selama ini aku yang menganiaya diriku sendiri.

Dan akhirnya, sehingga ke saat ini - pukul 9 malam - alhamdulillah aku tak merasa mengantok pun. Walaupun aku terlepas untuk tido sebelum zohor (sebab Dr OA datang lab nak validate result). Syukur ya Allah. Saat ini aku sedar bahawa Engkaulah yang menjaga tubuh badanku, dan Engkau jualah yang menjaga rasa mengantokku ya Robb. Sungguh aku beriman pada-Mu. Ampunkan aku jika aku merasa was-was sebelum ini dan tidak meletakkan sepenuh kepercayaan pada-Mu untuk menjagaku. Astaghfirullahala'zim.. Maka nikmat Tuhan yang manakah yang hendak aku dustakan??



Nota kaki :

Mungkin bagi sesetengah orang yang dah biasa bangun awal-awal pagi merasakan ianya tak susah. Tapi, bagi aku yang sedang berjihad melawan nafsuku ini, ianya susah bila dah menjadi kebiasaan sejak bertahun-tahun. Doakan aku agar diberi kekuatan untuk terus beristiqomah. Amin~



7 comments:

semutsengal said...

buku tu, buku tebal pertama aku habis kan sepanjang hidup 22 tahun ni. Serius beb.

picairin said...

SubhanALLAH.. perkongsian yang sangat memberi inspirasi.. syukran atas perkongsian... moga ALLAH memberkati kamu.. =)

najwa's said...

semut sengat : yup, sangat menarik buku tu! tapi, aku tak sempat nak habihkan lagi. hehe~

picairin : amin~ same goes to u. insyaallah.

hamzah ian said...

amin.. semoga berjalan lancar...


hehe..

FariehanIbrahim [LBC] said...

alhamdulillah, moga terus dipermudahkan sgalanya sis.. =)

#So proud of you!

pengemis Cinta~ said...

perkongsian yang terkesan dihati. semoga terus istiqomah..pc dah berkobar2 ni..hehe;)

Linda Musa said...

semoga dipermudahkan urusan kamu. istiqamah dlm urusan