Wednesday, March 28, 2012

♥ kain dalam - petticoat ♥


- Assalamualaikum -

Kain dalam. Petticoat. Ianya sesuatu yang hampir-hampir sama maksud dan kegunaan. Bagi perempuan muslim, ianya digunakan untuk melindungi kaki daripada dilihat oleh yang bukan mahram. Dipakai di dalam kain yang agak jarang seperti baju kurung, skirt etc. Ianya tak penah aku ambil peduli sejak dari akil baligh sehingga usia 24 tahun.

Petticoat - kain dalam. Sesuatu yang diwajibkan untuk dipakai di sekolah-sekolah, tetapi aku hanya pernah pakai sekali je - semasa hari pertama Tingkatan 1 di sekolah menengah. Mula-mula pakai, panas, rimas, melekit, dan rasa tebal. Jadi, aku ambil keputusan untuk tidak pakai langsung sehingga tamat Tingkatan 5 - sentiasa lari dan cilok jika ada spotcheck pasal kain dalam.

Sekarang - di usia 24 tahun (sebenarnya 23 tahun 3 bulan), aku mula terfikir-fikir sendiri. Aurat yang ditutup ini, cukup sempurnakah? Apa lagi alasan nak diberi? Pada siapa nak diberikan alasan itu? Pengawas sekolah? Cikgu disiplin? Mereka semua kenangan lalu. Sekarang, aku sendirian melangkah menghadapi liku-liku hidup ini. Tiada siapa menegur, tiada siapa melarang apa yang nak dibuat (parents aku bising jugak kalo balik kampung).

Cumanya, ada akal - FIKIR!

Minggu lepas balik kampung, tercari-cari balik petticoat yang mana yang sesuai. Masuk Pacific, tengok ada macam-macam jenis - yang macam seluar, yang pendek paras peha, pendek paras betis, labuh ke buku lali - kain jenis licin, jenis kesat - kaler pink slow, hitam, coklat. Masyaallah! Yang mana satu nak dipilih??? Tak reti!

Last-last, dapat satu. Kaler pink, paras betis. Tapi, bila pakai still ternampak-nampak lagi kaki. Mula-mula taknak ambil yang labuh sebab takut terasa rimas, takut tersepak. Allah, pada siapa nak diberi alasan itu lagi??? Masih mencuba-cuba memakai petticoat. Itu pun hanyalah dipakai pada baju kurung cotton yang agak jarang kainnya - yang pasti bukan tiap-tiap hari. Masih lagi terasa-rasa tebal dan rimas. Semoga Allah ampunkan aku dan diberi kekuatan untuk terus menjadi hamba-Nya yang terbaik! Insyaallah~

 semestinya seringkali kita terjatuh rebah..

 dan tercari-cari hakikat kehidupan di sebalik penciptaan itu..

 jangan terlalu berduka, di sana.. masih ada sinar! =D


Nota kaki : 

Kain basahan ketika mandi juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Ianya makhruh bila mandi tanpa kain basahan. Maka, renung-renungkan dan selamat beramal. (-.-')


Monday, March 26, 2012

♥ cabul : siapa kita di mata Dia? ♥


- Assalamualaikum -

Dear blog,
Ianya banyak cerita yang bermain-main di fikiran, tapi terasa malas nak update. (-.-')
Minggu lepas Malaysia dikejutkan dengan berita 'penculikan' Siti Nur Fatiha semasa beli topup di kedai berhampiran rumahnya. Dua hari selepas tu, keluar pulak berita yang dia sebenarnya tak diculik. Tapi, tinggal di rumah keluarga kekasih.

Allahuakbar.. Apa rasa?

Ibu bapa jaga dari dalam kandungan. Kemudian ibu tanggung kesakitan untk melahirkan. Kemudian ibu bapa bersengkang mata berkorban apa saja untuk besarkan kita supaya menjadi anak yang baik.

Namun, baru kenal 'orang luar' setahun dua, sanggup buang ibu bapa yang dah 15 tahun bersama? Walau tertekan dengan bebelan ibu, terimalah dengan hati yang lapang. Ingat Tuhan bila emosi tak stabil. Masih muda, masih banyak yang perlu belajar erti kehidupan.

 Allah is always beside

**************************************

Minggu lepas on the way balik kampung, ada satu kejadian cabul berlaku di depan mata. Kereta aku di belakang, motornya di depan, pejalan kaki di sisi jalan. Bawak motor jangan cakap la, macam mabuk. Nak potong tak boleh. Dok ikut bontot motor dia, tiba-tiba sedap plak mamat tu ramas bontot si pejalan kaki. Lepas tu bergelak-gelak.

Allahuakbar. Aku di belakang, sorang-sorang - apa perlu buat? Ambil no pendaftaran motor? Telefon polis? Bomba? Ambulans? Hubungi talian Nur? Atupun berlagak hero menerajang mamat motor tu sampai terbalik?

Astaghfirullahala'zim.. satu je aku mampu buat - bercerita pada orang lain selepas beberapa jam kejadian itu dan menulis di dalam blog seperti ini. Aku mohon kemampunan Allah.. ='(

Apa gunanya menjadi anggota masyarat jika tak mampu berbuat apa-apa? Selemah-lemah iman dengan hanya mampu menegur dalam hati? Nanti Allah tanya di akhirat kelak tindakan aku, apa perlu aku jawab?

Mari audit diri.

Dah terlalu lama kita berada dalam comfort zone. Terlalu selesa sehingga terlupa tanggungjawab hakiki - mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dan berbuat baik sesama insan. Kita sebenarnya tak bersedia langsung dengan segala kemungkinan-kemungkinan buruk. Jadi, bila kejadian yang tak diingini berlaku depan mata pada masa yang singkat, kita tak mampu berbuat apa-apa kerana kita sememangnya tak bersedia!

Bayangkan jika kiamat berlaku sekelip mata, maka apa persediaan kita? 
Jadi, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan???



Nota kaki : 

Di sini bukan tempat kita. Ianya hanyalah persinggahan sementara. Marilah pulang ke perkampungan abadi dengan penuh bergaya di mata Dia. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.


Wednesday, March 14, 2012

♥ Allah loves me ♥

- Assalamualaikum -

Pertama mula, aku mohon keampunan Allah. Semoga dijauhkan perasaan riak dalam diri ini. Anggaplah ini hanya catatan peribadi untuk diri sendiri.

************************************

Dear blog,

Semalam aku terlepas tahajud waktu kebiasaan (pukul 3.30). Sedih, bila tersedar dah lewat pagi - 5.00 am. Tapi, aku perlu bangun. Bangun untuk bertemu kekasih - untuk menunaikan janji setia yang hati ini hanya milik-Nya. Selepas selesai solat tahajud dan hajat, aku berusaha untuk melelapkan mata sekejap, sementara menanti waktu subuh. Tapi, perut memulas. Ah, sakit hati - tapi tetap harus ke tandas jugak! (-.-')

Selesai menunaikan hajat, jeling jam di sebelah - alamak, dah pukul 5.50 pagi. Tak tergamak rasanya nak tido balik sedangkan waktu subuh kian hampir. Dalam hati berperang perasaan. Jika aku tido, mesti subuh aku terlajak. Jika aku tak tido, mesti aku mengantok di lab esok. Allah..allah..berbelah bahagi sungguh.

Akhirnya aku amek keputusan untuk sambung bacaan buku Biografi Muhammad b Abdullah - Perjalanan Hidup Seorang Nabi. (Baca dalam hati : Aku seorang yang sangat payah melelapkan mata. Jadi, aku perlu membaca untuk menggalakkan rasa mengantok.) Buku yang sangat-sangat menarik. Kisahnya macam novel, yang boleh menyentuh jiwa dan perasaan - tambah-tambah seorang perempuan yang semestinya kuat beremosi macam aku ni. Sedang aku kusyuk melayan perjuangan sahabat dalam perang Uhud, tiba-tiba azan subuh berkumandang. Subhanallah! Mata aku tak mampu nak lena. 


Jadi, aku pasrah. Amik wuduk dan solat. Selepas baca Al-Mathurat pagi, hati ini berdetak lagi. Mahu tido? Mahu tido? Mahu tido? Waktu masih panjang untuk bersiap ke lab. Allah..allah..camna ni? Aku dah berjanji dan berazam pada diri sendiri yang aku tak akan tido lagi selepas subuh. Selama hampir 2 minggu, alhamdulillah azam ini tak pernah tersasar jauh lagi - masih berjaya istiqomah. 

Allah, bantulah hamba-Mu. Aku takut jika aku tak cukup tido. Aku takut jika aku mengantok di tempat keje. (Baca dalam hati : Disebabkan aku payah untuk melelapkan mata, jadi aku sangat menghargai waktu tidurku walaupun 5 minit). 

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk tidak tido selepas subuh. Kalo mengantok pun esok, aku redha. Yang penting, takkan sekali-kali memungkiri janji pada diri sendiri. 

Reminder : Apa gunanya bersolat dhuha mengharapkan Allah memurahkan rezeki, sedangkan diri sendiri yang menutup pintu rezeki (tido selepas subuh)? Allah, sesungguhnya selama ini aku yang menganiaya diriku sendiri.

Dan akhirnya, sehingga ke saat ini - pukul 9 malam - alhamdulillah aku tak merasa mengantok pun. Walaupun aku terlepas untuk tido sebelum zohor (sebab Dr OA datang lab nak validate result). Syukur ya Allah. Saat ini aku sedar bahawa Engkaulah yang menjaga tubuh badanku, dan Engkau jualah yang menjaga rasa mengantokku ya Robb. Sungguh aku beriman pada-Mu. Ampunkan aku jika aku merasa was-was sebelum ini dan tidak meletakkan sepenuh kepercayaan pada-Mu untuk menjagaku. Astaghfirullahala'zim.. Maka nikmat Tuhan yang manakah yang hendak aku dustakan??



Nota kaki :

Mungkin bagi sesetengah orang yang dah biasa bangun awal-awal pagi merasakan ianya tak susah. Tapi, bagi aku yang sedang berjihad melawan nafsuku ini, ianya susah bila dah menjadi kebiasaan sejak bertahun-tahun. Doakan aku agar diberi kekuatan untuk terus beristiqomah. Amin~



Monday, March 12, 2012

♥ love story ♥

 
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.. ♥

Tolong nasihati sia dia, jgn menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lebih dari dia mengingati Yg Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia, jgn mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. ♥

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..♥

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. ♥

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. ♥

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa.. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.. ♥

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita2 belum terlaksana.. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..♥

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.. Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.. Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.. ♥
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia.. Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita2nya.. Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..♥

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia mjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.. Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...♥

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti.. ♥
~ Wallahualam ~

Friday, March 9, 2012

♥ untukmu sayang ♥


Assalamualaikum solehah,
Apa khabar hati dan imanmu hari ini?
Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..

Wahai solehah, payah bukan tatkala kita jatuh cinta?
Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.
Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!

Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah.
Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta.
Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa.
Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati kita.
Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. Sebagai tarbiah.



Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu.
Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu.
Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.
Dia Maha Mendengar bukan? Dia lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin doa-doa hambanya yang solehah tidak didengari.
Ingat, Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu,
bukan hanya semua yang kita mahu.

Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,
semuanya akan menjadi tersangat indah.
Waktu itu akan tiba jua duhai solehah.
Saat hatimu dan hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kepadaNya.
Imam solatmu akan tiba kelak. Dekat.
Penantianmu akan berakhir dengan sebenar-benar persediaan.
Ilmu, hati dan doa perlu dirapi..

Andai belum cukup bersedia. Mujahadahlah wahai solehah.
Doaku untukmu agar selalu dirimu kuat.
Selamat bermujahadah sayangku solehah.



Nota kaki :

Entry yang dicopy paste sebijik-sebijik dari iluvislam. Btw, i'm lovin' it!  





Saturday, March 3, 2012

♥ spa-spa di bertam ♥


- Assalamualaikum -

Selamat berhujung minggu kawan-kawan.
Hari ini ialah hari relax sedunia. Baru ingat nak manjakan diri merehatkan mata meredah hutan harini. Tapi, disebabkan dia terpaksa tolong mak abah dia angkat barang nak pindah rumah, aku terpaksa membatalkan niat suci aku. Hukhuk.. Takpe, yang penting kursus haji dengan kelas tafsir esok tak ponteng lagi dah. =)

Petang tadi, lepas pegi jahit tepi baju (projek terbaru bersama Adawiyah - will update soon) dekat Kailan, mata aku mula melilau-lilau cari spa. Hehe terasa nak bersedap-sedapan sambil diurut plak petang-petang camni. Last-last Iris Spa (atas Secret Recipe) kat Kiosk @Bertam jadi pilihan hati. Ngee~

Best spa ni, aku bagi 4 bintang untuk servis, tapi 3 bintang untuk deko dan professionalism. Haha punya la cerewet kan juri ni? Tak kesah la deko dia tak berapa nak cantik pun (pada pandangan mata aku la, mata orang lain maybe nampak cantik), staf dia tak pakai uniform pun, yang penting servis dia baik punya!

Sedap dia picit-picit urut muka aku ni. Paling best, dia urut sekali dengan dada. Banyak-banyak kali pulak tu. (^_^) Kat Iris ni, diorang pakai produk NV, kalo tanak NV, ada Mary Kay dan apa benda ntah lagi satu tu. Dan aku pilih produk yang 'apa benda ntah lagi satu tu' la - hehe tak ingat nama.

gambar hasil google semata-mata ye - takde kaitan dengan mana-mana spa kat bertam.

Bulan lepas, aku pegi Serambi Spa (sebelah Iris ni je), servis dia boleh la tahan. Cuma aku rasa urutan dia tak berapa nak umpphh la - aku speku maybe budak baru nak blaja mengurut kot. Tengok kecik molek je budaknya. Deko dia cantik la jugak. Tapi, aku tak suka beautician tu tinggalkan aku lama-lama sangat masa dia letak mask ke apa ke. Aku bosan dan mengantok la. Tapi, aku tak suka jugak kalo diorang nak ajak borak. I'm not interested. Hehe.. =)

Kat Serambi Spa ni yang bestnya lepas sesi, dia bagi minum teh halia kot. Segar je rasa. Suka. Kat sini diorang pakai produk Mustika Ratu. Tapi, yang tak bestnya, dia tak urut dada pun. Tak salin baju kemban pun. :'( Aku bukan gedik hokey nak suruh orang urut-urut dada aku. Cuma aku rasa tenang la bila orang belai kita lebih-lebih sikit.

Wah, bajet banyak la sangat duit aku ye tiap-tiap bulan pegi spa. =P Haha sebenarnya ni baru dua kali aku jejakkan kaki kat spa selepas 2 tahun. Dulu time mula-mula keje, penah la jugak pegi dekat PaMacinta Spa kat Bertam Putra nun. Best jugak servis dia. Ada kemban-kemban walaupun buat facial je..hehe. =P Sekarang taktau la buka lagi ke tak spa tu. 

pheww...mesti best kan dapat berendam camni? 

Nota kaki : Kesemua testimoni diatas adalah pandangan peribadi sendiri dan hanyalah untuk normal facial jer.. Nak tau lebih lanjut, mai ler Bertam.. try sendiri okey? =')

(^_^)

***************************************

Owh, cukup tentang memanjakan diri. Sekarang nak cerita kejadian sedih pulak. On the way nak balik, time nak belok masuk kawasan rumah aku, aku ada follow sebuah Viva Hitam ni. Tut-tut sampai kat simpang, si Viva ni berhenti tiba-tiba (tengah-tengah jalan) dan undur ke belakang. Aku rasa dia nak cari rumah somebody kot. Aku yang dok kat belakang ni speechless dan terus hon panjang-panjang. Malang tak berbau, si Viva ni langgar jugak kereta aku. Huwaaaaa..kemek dan calar! (-.-') 

Takpela, anggap jela ini sebagai kifarah dosa-dosa aku. Sentiasa positif okey? Dia pun tak sengaja. Mana ada kemalangan yang disengajakan...kecuali jika dengan hati yang busuk membarah. Saling memaafkan, mana tau kalo suatu hari nanti bila kita buat salah, orang akan maafkan kita jugak kan? Chill! (^_^)

Orite, babai! ♥ ♥ ♥




Friday, March 2, 2012

♥ daftar haji ♥


- Assalamualaikum -

Wah, dah setengah bulan tak update entry baru. Hehe penyakit malas datang. Well.. =)

Semalam - sempena tarikh yang 4 tahun sekali baru jumpa, 29 Februari, aku bertekad untuk melakukan langkah pertama dalam hidup untuk menyambut seruan-Nya. Hehe apakah? Ala, aku pegi daftar haji kat Tabung Haji. Tapi, subhanallah, yang tertulis di slip pengesahan daftar haji tu - tahun peruntukan tunai haji : 1467 Hijrah / 2046 Masihi. Lambat lagi kan? Huhu..kalau diikutkan tahun yang dibagi Tabung Haji tu, umur aku 46 tahun. Allah, moga dimurahkan rezeki aku untuk menjejakkan kaki ke baitullah pada usia muda. Jemputlah aku jadi tetamu-Mu yang paling-paling-paling istimewa ya robb. Amin~

Sebenarnya, kalau nak diikutkan money saving aku, memang tak cukup untuk daftar haji ni. Opss pembetulan : sejujurnya sebelum ni, aku memang tak penah saving untuk ke Mekah. Sebab pemikiran aku dulu, pegi Mekah buat haji umrah ialah keje orang tua-tua yang dah nak pencen. Astaghfirullahalazim..moga Allah ampunkan aku. Mula-mula duit yang aku save tiap-tiap bulan sejak November 2011 (4 bulan je pun setakat ni..hehe) aku berniat untuk buat belanja majlis kawen. Tapi, selepas diasak dan dijajah pemikiran oleh Prof Kamil (hasil bacaan blog & buku-buku dia), aku bertekad untuk menyambut seruan Allah ke rumah-Nya. Bab belanja kawen tu, aku percaya Allah berikan rezeki lain. Insyaallah~

Belanja untuk daftar haji sekarang - RM 1310. Daftar je tau, bukan pegi lagi. Hehe.



Subhanallah, keinginan yang menggebu-gebu.

Masa daftar, akak Tabung Haji tanya, nak daftar sorang-sorang ke? Aku jawab boleh ke daftar ramai-ramai? Dia cakap boleh, tapi kena bawa buku orang tu la. Memandangkan aku pegi Tabung Haji pun sorang-sorang, maka aku amek keputusan untuk daftar sorang-sorang jela. Hehe, habih tu..dah tak kawen lagi. Takkan nak daftar berdua kot? Silap haribulan, takde jodoh aku dengan dia, takkan aku nak pegi haji dengan laki orang kot? Hehe..acah jela. Rezeki kat tangan Tuhan. Dia saja yang Maha Mengetahui. =)

Kami pun tengah prepare awal-awal untuk nak ke baitullah ni. Dah start pegi kursus haji - sekarang ni banyak masjid-masjid yang dah mula buat kursus ni. Jom la join - free aje. Kami pegi kat Masjid Negeri Penang - setiap Ahad, pukul 8.30 pagi - 12.30 tengahari. Boleh tambah ilmu. Mana tau, kalo Allah jemput awal pegi baitullah, kan dah prepare siap-siap? =P Selain tu, jom mantapkan iman dengan melakukan amalan sunat semaksima mungkin, disamping beristiqomah. Semoga beroleh kekuatan itu~ amin.



Nota kaki : 

Dua buku yang highly recommanded - Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman dan 50 Tips Motivasi Haji - by Muhd Kamil Ibrahim (the chosen one - i admire a lot!)