Friday, February 10, 2012

♥ makan berlebihan? ♥


- Assalamualaikum –

Dalam satu riwayat disebutkan bahawa iblis pernah menampakkan diri di hadapan Nabi Yahya bin Zakaria a.s. 

Beliau melihat pada tubuh syaitan terdapat beberapa belenggu dan gantungan pemberat untuk segala sesuatu seraya berkata, "Wahai Iblis, belenggu dan pemberat apa ini?"
Iblis menjawab, "Ini adalah syahwat yang aku gunakan untuk menggoda anak cucu adam."

Nabi Yahya a.s bertanya, "Apa hubungannya pemberat ini dengan manusia?"
Iblis menjawab, "Bila kamu kenyang, aku berikan pemberat sehingga engkau enggan melakukan solat dan zikir."

Nabi Yahya a.s bertanya lagi, "Apa lainnya?"
"Tidak ada!" jawab Iblis.

Kemudian Nabi Yahya a.s berkata, "Demi Allah, aku tidak akan mengenyangkan perutku dengan makanan selamanya."
Dan Iblis berkata lagi, "Demi Allah, aku tidak akan memberi nasihat kepada orang muslim selamanya!"


******************************************************


Jadi, mari renung-renungkan kisah di atas. 
Makan sekadar perlu – pesanan yang semestinya buat diri sendiri yang seringkali tewas dengan makanan! (-.-‘)


Makan yang banyak akan menyebabkan munculnya 6 hal tercela :-

1.  Menghilangkan rasa takut kepada Allah s.w.t.
2.  Menghilangkan rasa kasih sayang kepada makhluk lain 
kerana dia pikir bahawa semua makhluk kenyang seperti dirinya.
3. Mengganggu ketaatan kepada Allah s.w.t.
4.  Bila mendengarkan ucapan hikmah, dia tidak mendapat kelembutan.
5.  Bila dia berbicara tentang ilmu, pembicaraannya tidak mampu 
menembus hati manusia lain yang mendengar.
6.  Akan terkena penyakit rohani dan jasmani.

Sumber : The Miracle - Al-Qur'anulkarim - bahasa Indonesia.


Nota kaki : 

Renung-renungkan dan selamat beramal. =)



1 comment:

kay_are said...

nice info.. sebab tu nabi suruh berhenti makan sebelum kenyang kan?