Thursday, February 9, 2012

♥ hafalan shalat delisa ♥


- Assalamualaikum -

Sape yang dah tengok cerita ni? Angkat kaki? :) Subhanallah, seronok kan? Satu kata - bahagia jadi Delisa. Sape yang tak tengok lagi? Highly rocommended. :)

Hafalan Shalat Delisa - sebuah movie Indonesia yang sangat-sangat menyentuh perasaan, penuh kasih sayang, penuh nilai-nilai murni tanpa sedikit pun ada babak-babak yang 'tak baik' - tiada sentuhan antara lelaki dan perempuan, tu yang penting sebenarnya. Hehe.


--------------------------------------------------------------

Delisa tinggal di Lhok Nga, sebuah kampung kecil tepi pantai di Aceh. Delisa sorang kanak-kanak yang innocent - yang tinggal dengan uminya dan 4 orang kakak. Best tengok cara hidup depa. Serba sederhana, tapi ilmu agama tetap dititik beratkan sejak dari kecil lagi. Abi Delisa kerja jauh dengan sebuah syarikat perkapalan internasional. Tiap-tiap hari umi Delisa solat berjemaah dengan anak-anaknya. Part paling touching, bila selepas solat satu hari, Delisa cakap kat umi - Delisa sayang umi kerana Allah. ALLAHUAKBAR! Takde cakap banyak, laju je air mata ni mengalir. Subhanallah, umi Delisa pun menangis bila dengar. 

Delisa sayang umi kerana Allah.

Rupa-rupanya Delisa - budak yang mendengar cakap - telah ikut cakap Ustaz Rahman (yang semestinya hensem dan buat aku jatuh cinta pandang pertama tanpa ragu-ragu lagi..ekeke :p) supaya balik cakap 'sayang umi kerana allah' kat umi masing-masing dan jika umi sape-sape yang menangis, dapat hadiah. Dan semestinya Delisa yang dapat hadiah tu. Hehe bijak, bijak. :)

Delisa berusaha untuk menghafal bacaan solatnya - untuk lulus dalam ujian amali dan mendapatkan rantai loket 'D' yang dijanjikan umi jika lulus. Delisa susah untuk menghafal, susah untuk bangun pagi solat berjemaah, selalu balik lambat daripada bermain petang dan selalu membuatkankan umi dan kakak-kakaknya menunggu Delisa untuk solat magrib. Sampai Kak Aisyah geram dan selalu bergaduh dengan Delisa. Satu pengajaran yang dapat - Kak Aisyah suruh Delisa hafal bacaan solatnya dan faham ertinya, bukan sekadar baca - memang lucu scene ni, tengok la! =P

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba, Delisa pergi bersama umi ke sekolah untuk menjalani ujian amali solatnya. Kak Aisyah yang selalu bergaduh pun beri semangat pada Delisa. Terharu. Seronok jugak tengok time ni - semua ibubapa teruja bila anak-anak depa nak hadapi ujian itu. Berdoa bersungguh-sungguh supaya anaknya lulus. Agaknya macam inilah kehidupan sebenar masyarakat Aceh, yang jauh bezanya dengan kehidupan kita. Kita biarkan saja anak-anak di sekolah menghadapi amali solat sendirian bersama kawan-kawan dan guru. (-.-') 

Umi dan Delisa ke sekolah untuk ujian amali solat Delisa.

Ustaz Rahman pesan, Delisa mesti 'fokus' jika berbuat sesuatu walau apa pun yang terjadi. Delisa ingat pesan Ustaz Rahman. Sampai turn Delisa, Delisa pejam mata dan mulakan ujian amali solatnya. Delisa baca penuh perasaan - walau apa pun terjadi, Delisa tak peduli. Sampailah saat di mana ombak tsunami datang melanda - merobohkan sekolah, rumah, dan menghayutkan penduduk kampung. Delisa tetap teruskan bacaan solatnya hinggalah dia pengsan dan sedar bila di hospital. Aduh, scene ni memang menyentuh hati~ :'(

Selepas tsunami, abi Delisa balik cari keluarganya. Semua orang sudah pergi - kakak-kakaknya 3 orang dan uminya masih tak ditemui. Tinggal Delisa dan abi sahaja - dan Delisa telah kehilangan sebelah kaki. Subhanallah! Delisa tetap tabah walaupun nikmat kakinya dah hilang. Delisa pakai tongkat. Uncle Smith (ranjer penyelamat) dan Kak Sophie (doktor dari UK) selalu bagi Delisa semangat. Delisa balik rumah - tinggal dengan abi. Abi masak tak sedap, Delisa sedih - rindukan umi. Sampai satu saat, hujan turut lebat-selebatnya. Delisa trauma! Tapi, Delisa masih punyai abi sebagai tempat Delisa bergantung harap.

Delisa masih ada abi selepas tsunami.

Tak lama kemudian, Ustaz Rahman balik kampung dan kebingungan dengan tsunami yang melanda. Dia seolah-olah hilang semangat. Kak Sophie suruh Ustaz Rahman tanyakan pada Delisa - kenapa Allah turunkan ujian ini? - sebab Delisa masih mampu ketawa riang sambil bermain bola walaupun dia kehilangan 3 orang kakak, seorang umi yang disayangi, dan sebelah kaki! Subhanallah, betapa hebatnya budak kecil ini. Moga-moga kita dapat mengambil contoh ketabahan dan kecekalan hati Delisa dalam menempuh ujian hidup.

Delisa yang tabah!

Ustaz Rahman yang bisa menggetarkan jantungku..ekekeke =P

Suatu hari, Delisa bertanya Ustaz Rahman, kenapa dia susah untuk menghafal? Ustaz Rahman cakap, jika segala sesuatu dilakukan dengan IKHLAS, insyaallah, segalanya mudah. Akhirnya, bila dioffer hadiah oleh abi jika boleh menghabiskan hafalan bacaan solatnya, Delisa menolak sebab sekarang Delisa menghafal kerana Allah semata-mata, bukan kerana hadiah. Delisa menghafal kerana mahu membetulkan solatnya, mahu mendoakan kesejahteraan kakak-kakak, umi, dan seluruh penduduk Lhok Nga yang meninggal dalam tragedi  tsunami. Akhirnya, Delisa berjaya lulus ujian amali solatnya. Alhamdulillah. :)


Subhanallah, indahnya hidup Delisa walaupun serba susah. Kita pun mampu untuk menyenangkan hidup kita kerana pilihan itu di tangan kita! Jadi, pilihlah.. ♥ ♥ ♥

Nota kaki :

Tengok Ustaz Rahman, teringat sahabat facebook - Muhammad Reza Adrianto - sama, tapi tak serupa. (^_^)


4 comments:

Suria said...

dah tengokk!
sedihkan..menangis lah kite, hahahah!!
sumpah best drpd Ombak Rindu, opss! :P

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

as slm....
tgk ktne ek??
astro first kew???
de link nk download x???
thanks...
:'D

najwa's said...

suria : hehe yup! jauh lebih 'baik' cerita ni dari ombak rindu..oppss! ;p

arepahmad : bukan kat astro first pun, download kat sini :

http://mkv-malay.blogspot.com/2012/02/hafalan-shalat-delisa-2011-ppvrip-360mb.html

best! sebab ada subtitle, tak paham ler bahasa indon.. :)

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

oh tq sgt2....
sedang try mendownload....
:'D