Wednesday, February 1, 2012

♥ bahaya minuman 3 in 1 ♥


 - Assalamualaikum -

Dengan gaya hidup sekarang, semua orang dah biasa dengan minuman 3 in 1 kan? Semudah menyebutnya, macam itulah cara buatnya. Buka paket dan tuang air, simple dan sedap. =) 

Sedap memang sedap, tapi bahayanya? Lets check it out~

**********************

1) Mengandungi lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek.

2) Gula yang berlebihan untuk mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.

3) Selain gula, krimer yang digunakan ialah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.

4) Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.

5) Setip pek turut mengandungi hingga 200 kalori. Jumlah kalori itu sama seperti 2 keping roti atau sepinggan nasi.

6) Jika diambil 3 paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.

7) Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah, dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sangat sukar diperoleh.

Sumber : Program Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.




Nota kaki : 

Huhu rasa sayang plak nak meninggalkan minuma feveret. (-.-') 
Renung-renungkan dan selamat beramal. 




3 comments:

Suria said...

sy sehari 2 sachets nescafe, pagi & petang kt opis, huhu

byknye kalori..kne tukar habit ni, bancuh sendiri :D

Anonymous said...

btul tu..bancuh sendri lg bgus;)..tp sekali sekala minum 3in 1 xpe..jgn kerap sgt..mcm mkn fast food gak la

Mama2Q said...

tak suke minum, nasib baik !