Friday, February 3, 2012

♥ 7 sunnah nabi ♥


- Assalamualaikum -

Selamat hari jumaat - sayyidulayam - dan selamat menyambut Maulidurrasul -
Allahummasolli a'la saidina muhammad, wa a'li saidina muhammad. 

Majlis maulidurrasul - ye, ramai yang menyambutnya. Tapi, adakah sekadar mengucapkan selawat ke baginda Nabi Muhammad s.a.w pada majlis perarakannya saja? Mari-mari kawan-kawan sekalian kita check diri kita dan pakat-pakat mengamalkan sunnah nabi s.a.w. Untung-untung kita berjiran bila dalam syurga nanti, ye dak?  :)



1) Solat tahajud 

 Sebelum mata kita dijamu dengan pelbagai maksiat lain, marilah kita sujud mengadap-Nya dulu pada pagi hari. Sebelum Subuh, bangun pukul 5 camtu, dah berkhalwatlah dengan-Nya. Moga-moga hidup kita pada hari tersebut beroleh berkat. Pada mulanya, memang susah - lama-lama alah bisa tegal biasa. :)
Orang yang bercakap, "saya dah cuba bangun, tapi tak boleh"..adalah sebenarnya orang yang tak pernah cuba melakukan tahajut dengan bersungguh-sungguh pun - hanya memberi alasan untuk menyedapkan hati. Bangun aje - macam biasa, macam bangun pagi. Sebelum tido tu, tepuk-tepuk bantal dan mohon kepada Allah supaya kita jangan liat sangat nak bangun solat. Hehe, pesanan untuk diri sendiri jugak yang sudah semestinya selalu alpa. =P Opss, satu lagi, ustaz cakap kalo kita tak larat nak solat berdiri, boleh solat duduk ke, baring ke - UNTUK SOLAT SUNAT SAHAJA.

2) Baca Al-Quran 

 Jangan hanya bermain di bibir, tapi tak menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran itu sendiri. Fahami maknanya - dalami maksudnya. Baca tafsir pun tak faham lagi? Teruskan pencarian mencari-Nya - means belajar lagi, dan lakukan banyak research tentang mukjizat Al-Quran. Jangan lupa, ianya sangat relevan sepanjang zaman. :) Mahu berfikir mengapa dan mengapa? Pegi sini ye : Untuk kaum yang mahu berfikir! Pagi-pagi sebelum datang kerja, amalkan Surah Al-Waqiah (serius best link ni,klik la) - supaya dimurahkan rezeki. Tak dapat keseluruhan surah, beberapa ayat pun, jadilah. :)

3) Jangan tinggal jemaah masjid pada waktu Subuh  

Terutamanya bagi para lelaki. Jagalah solat subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir dan menjadi lambang kekuatan umat Islam.

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

4) Jaga solat dhuha 


Solat yang membuka pintu rezeki. Insyaallah dimurahkan rezeki kita yang halal dan penuh barakah. Jangan gunakan alasan nak solat dhuha untuk mengelat kerja ye! =P

"Ya Allah, jika ada rezeki dari langit, turunkanlah. Jika ada rezeki dari bumi, keluarkanlah. Jika ada rezeki yang jauh, dekatkanlah.."

5) Bersedekahlah. 

Apa salahnya peruntukkan sikit dari gaji kita untuk bersedekah. Sedekah jariah - sedekah yang dapat memberi pahala berterusan. Seperti bersedekah untuk mendirikan masjid (dapat satu rumah di syurga tau), bersedekah sejadah, al-quran ke..selagi orang ramai beramal dengan bahan sedekah kita, insyaallah pahalanya berterusan walaupun sesudah kita meninggal dunia - subhanallah!

6) Jaga wuduk 

Selepas mandi, biasakan diri untuk berwuduk, secara tak langsung, segala perbuatan kita selepas tu adalah dalam keadaan berwuduk. Kan? :) Selain itu, wuduk juga besar manfaatnya pada kesihatan manusia. Nak tau? Check sini.

Rasullulah SAW bersabda,
"Sesiapa yang berwuduk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari tubuhnya hingga dosa-dosa itu keluar dari bawah kukunya."  (H.R.Muslim)

7) Banyakkan istighfar  

Anytime, anywhere. Insyaallah terasa hidup lebih bermakna!





Nota kaki :

Jika kamu betul-betul cintakan Rasullullah s.a.w - marilah mengikut sunnahnya. Moga-moga beroleh syafaat di akhirat kelak. Kalo ada salah dan silap, mohon ditegur ya! Saya budak baru belajar.
 =)


No comments: