Monday, January 9, 2012

♥ street grill burger taman kenari, kulim ♥

- Assalamualaikum -

Dear blog,

Semalam gerai burger dia dah mula beroperasi. First impression, emmm.. kurang menarik sebab tak ada lampu kelip-kelip (aku rasa perlu, kebanyakkan gerai burger trademarknya adalah lampu kelip-kelip dan botol-botol seasoning oil). Mungkin perlu dibanyakkan promosi - banner, harga, flyers. Ramai orang tak tahu lagi kewujudan gerai ini yang terletak bersebelahan Petronas Taman Kenari, Kulim, Kedah.

Alhamdulillah, bersyukur sebab gerai burger dia terletak dalam kedai makan Pakcik Baju Belang Biru (yang aku tak tau nama). Pakcik dan isteri sangat banyak membantu. Tolong set-up kedai, lampu, kedudukan. Secara tak langsung, kedai makan pakcik baju belang memberikan promosi percuma buat gerai burger dia. Terima kasih pakcik. Semoga ALLAH murahkan rezeki pakcik dan rezeki dia jugak. :)

Mula-mula, rasa takut, gementar, cuak, dan segala macam perasaan. Petang semalam aku pegi tolong kemas-kemas apa yang patut (walaupun aku rasa aku hanya mampu jadi patung kaku kat situ). First customer, dua orang budak perempuan. Selepas diberi trial burger, diorang terus order dua biji. Hehe apa rasa? No komen. Masih takut dan tidak konfiden. 

Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan hamba-Mu ini, Kau kurniakanlah rezeki yang halal buat kami, berikanlah kami kekuatan dan keberanian. Amin.


Boleh like di facebook, Street Grill Burger - burger panggang yang murah dan sedap. :) 

Nota kaki  :  

1) Pertama kali berniaga, jangan diharap untung menggunung kerana pengalaman pertama ini akan dikenang dan diambil pelajaran sampai bila-bila. Tenkiu Allah. 

2) Komen yang ikhlas dan jujur bagi yang dah merasai burger ini dialu-alukan.

(^_^)



6 comments:

sarah mohamad said...

Ya Allah mengancam nyaa burger itteww. Nampakk sedap. kalau ada dekat kulim ni harusss pergi beli jugak. HEHEHE

Anonymous said...

hehe..tq

Paris Lipton said...

perghhhh mcm sedap!!1

coklatberapi said...

huhuu terliur plak ni..grrr

FariehanIbrahim [LBC] said...

nmpk sgt mengiur kannnn.. >,<
ley pos ke klate tak?? :P

anamizu kaito said...

arhh teros laparrr T____T







luv,
cik ana