Sunday, January 29, 2012

♥ salji di lata bukit hijau ♥

- Assalamualaikum -

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Semalam Allah turunkan hujan selebat-lebatnya dalam hati ini, 
tapi hari ini Dia bagi pelangi yang sangat-sangat cantik. :)
Semalam hujan itu turun kejap je - 3 jam, tapi hari ini pelangi cantik dapat 10 jam. 
Allah itu Maha Penyayang kan? :) 
Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan?

***********************************

Bermula kisahnya semalam - planning secara rasminya untuk pergi holiday di Lata Bukit Hijau, Kulim. Hasrat nak pegi dah lama, sejak di hari pertunangan Adawiyah. Konon-konon pagi selepas Subuh dah nak bertolak, tapi disebabkan subuh kami pukul 7.30 pagi (mohon ampun sebab terlajak tido), pukul 10 camtu baru bertolak ke Bukit Hijau (breakfast dulu - roti canai sedap kat Bertam Putra).

Sampai kat sana, tengok kereta ada 4 buah dan - sunyi. Pelik. Kenapa tempat ni nampak terbiar? Tapi, masuk ke dalam sikit, mula terdengar lagu klasik 70-an. Ada radio. Hehe. Mula terbayang untuk duduk berkemban kain batik tepi batu sambil basuh kain. Rupanya dah petang sikit, baru berduyun-duyun manusia datang.

Seterusnya, ekspidisi mencari port terbaik. Well, takkan kami yang muda belia nak mandi area-area bawah ye dak? =P Port terbaik dah dapat - tinggi sikit, ada mini air terjun dan kawasan air paras dada untuk bersantai, mula untuk berendam. Subhanallah, nikmatnya alam. Sejuknya air, indahnya bunyi unggas. 
(^_^)

Masa ini, aku nampak Ika macam gelisah - nak kunci kereta katanya. Aku pun bagi aje. Kami - Ada, Nor, Kak Teha dan aku dah mula bersuka ria. Dan part yang paling best, aku dah start belajar berenang. Allah..Allah..Allah..kurnia terindah. Walaupun aku tetap tak reti berenang lagi, tapi at least dah terbuka sikit hijab di mata hati ini tentang renang. :) Sunnah nabi - salah satu impian dan azam terhebat aku di tahun ini.

Dah belajar teknik berenang, mula nak buat amalinya. Baru nak kepakkan sayap renang, tiba-tiba Ika turun dalam air dan jerit "HAPPPY BIRTHDAY NAJWA!!!" sambil bawak kek. Aku? Apa rasa? Hehe surprise - sangat-sangat. Yelah, birthday aku dah lepas sebulan 6 hari pun. (Yeah, I'm already 23 years old. =PDengan penuh keterujaan, kami naik atas batu-batu untuk sesi fotogedik dan upacara memotong kek.
Bermacam-macam posing diambil. Well, perempuan. :)

Sampai satu pose, diorang suruh aku duduk di depan sambil pegang kek, sementara diorang duduk belakang aku. Ok - aku menurut perintah. Tapi, aku dengar suara somebody (Nor mungkin) suruh cameragirl - Adawiyah - buat video. Dalam hati rasa pelik, kenapa nak record video tapi kena posing skema-skema? Ahh..abaikan..ikutkan aje..

Elok cameragirl count..
1..2..3..ready..
Ahh..here we go~ 
habih kepala, satu badan diselaputi telur ayam dan tepung. Mak ai..rupanya surprise tak habis lagi. (>_<) Hehe. Satu kata - BAHAGIA - walaupun terpaksa jilat telur hanyir. =P

Selepas habis menyental baju-tudung yang dah salut tepung tu, kami teruskan perjuangan belajar berenang dan aktiviti menyanyi-nyanyi sambil buat gaya macam orang gila. Kalau tengok video tu balik, masyaallah - tak macam bakal mak budak. Hehe. :) Lepas settle semua, berangkat pulang ke Bertam dan sampai tepat jam 7.15 pm.


Alhamdulillah. Great kawan-kawan. Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah membalas kebahagiaan kita di dunia ini dengan kebahagiaan akhirat sana yang kekal abadi. Amin.
(^_^)


 Keterujaan dengar bunyi air terjun.

 my birthday cake - 23 years old :)

Masih innocent - sedangkan yang di belakang penuh teruja.
 Owh, selepas di salut tepung cap sauh.

Sesi fotogedik - pose wajib pada setiap event.

Friends forever until jannah. :) Insyaallah


Nota kaki : 

Rama-rama tak tahu warna sayap mereka, tapi orang tahu betapa indahnya mereka. Begitu juga diri kita, tak tahu betapa indahnya diri kita. Namun Allah telah mengistimewakan kita dimata-Nya - ketika kita tunduk dalam syariat-Nya, redha atas takdir-Nya, tersenyum dalam musibah, dan tegar dalam ujian-Nya. :) 



1 comment:

Anonymous said...

happy belated birthday. happy 23rd's of life. moga bahagia till Jannah.