Thursday, January 26, 2012

♥ majlis perkahwinan? ♥

- Assalamualaikum -

Cuti Chinese New Year lepas, banyak jemputan makan nasi minyak. Alhamdulillah, rezeki. Orang menjemput, kita jangan mengelak. :) Tapi, bab nak menolong rewang, ekhem..ku serahkan pada mama dan abah saja. Kakak bangun lambat, tak sempat jenguk persiapan, orang dah jemput makan-makan. =P

Jiran depan rumah - yang aku tak berapa pasti namanya - Mak Ngah Zizah mungkin - tapi yang penting, aku pikir keluarganya tergolong dalam golongan alim-alim, buat kenduri kawen. Majlisnya cukup simple, cukup sekadar 4 biji khemah yang diletakkan bersebelahan rumah, beropol-ropol hijau. Aku kira pengantinnya pakai baju bertema hijau pucuk pisang. Makanannya sedap - cukup sedap - daging dalca, ayam masak merah, daging masak kurma, acar buah - oren sebagai pencuci mulut. Kalau dilihat pada menu, ye - menu yang biasa-biasa saja. Tapi, subhanallah - rasanya memang sedap! Mungkin dibuat dengan penuh kasih sayang. Atau mungkin juga menumpang berkat majlis perkahwinan ni? Mungkin.

Tiada kompang, tiada pelamin, tiada deejay yang memasang lagu...atau mungkin juga tiada bilik pengantin (yang ni aku tak pasti sebab tak nampak). Cukup sekadar tempat makan pengantin yang dihias cantik.
Majlis yang ringkas, tapi cukup memenuhi syarat - sekadar meghebahkan perkahwinan kepada jiran tetangga, tanpa pembaziran, tanpa karaoke, tanpa perkara-perkara lagha. Tempat makan tetamu lelaki dan perempuan juga diasingkan - sesuatu yang ku kira hanya 1/10 daripada majlis kawen-kawen buat macam ini pada zaman sekarang.

Tiba-tiba terpikirkan bagaimana agaknya majlis kawen aku kelak?


Allah..allah..allah..
Berkatilah hidup kami di dunia dan di perkampungan akhirat nanti.
Jauhkanlah kami dari perkara-perkara yang membazir, 
dan tetapkan hati kami dengan beramal-ibadat dengan-Mu.
Masukkanlah kedua ibu bapa kami, dan kaum keluarga kami ke dalam syurga-Mu tanpa dihisab.
Subhanallah..cita-cita yang sangat tinggi..permudahkanlah..
Amin~

2 comments:

gedek! said...

sederhana lebih cool....

sekamar rindu said...

salam..

buat perkara2 yg wajib pun dah memadai..:)