Friday, January 13, 2012

♥ kawen & mengandung ♥


- Assalamualaikum -

Hari ini nak cakap pasal mengandung. (T_T) Ek, bukan aku yang termengandung tau. Tapi, kawan-kawan sekalian dah mengandung beramai-ramai. Hehe. Tahniah korang. Semoga menjadi isteri solehah, dan ibu yang mithali. :) Puan Dicup, bila nak berisi? Dengar kata, hari-hari berusaha keras. =P



Aku bila? Ekhem, no komen. Kadang-kadang aku terpikir, dah tua sangat ke aku ni ye? Rasa macam masih budak-budak, tapi semua kawan-kawan dah sibuk nak kawen. =P Aku plak dok rasa bahagia lagi tak kawen. haish. (>_<)  Allah, jadikanlah aku perempuan solehah agar aku dapat suami soleh. Bila diorang cakap pasal hal-hal rumahtangga, aku rasa tak sesuai gitu nak join sekali. Grrr~

Bagi aku, nak kawen, bukan sekadar kawen..bukan jugak macam main pondok-pondok. Perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Bukan untuk suka-suka dan bukan jugak untuk menghalalkan yang haram semata-mata. Biarlah niat berkawen itu mencari keredhaan ALLAH dan bercinta hingga ke syurga. :) :) 

Kalo tak matang sebelum berkawen, macam-macam masalah yang timbul kang. Jadi, biarlah aku memantapkan iman dulu sebelum aku mempunyai banyakkkk tanggungjawab. Hehe. Maaf la 'makcik' dan 'pakcik', saya memang takda jawapan kenapa saya taknak kawen lagi walaupun selalu diasak-asak oleh pakcik dan makcik. (-.-') Percayalah pada jodoh. Walau jauh berjuta batu, berpisah beribu tahun, kalo takde jodoh kat dunia ni, kat kampung akhirat sana, insyaallah ALLAH bagi. :)

-
-
-
-
-
-

Tapikan...kalo kawen tu dapat banyak pahala. Pegi masjid sama-sama, mandi sama-sama, makan sama-sama, tido sama-sama, buat anak sama-sama. Tu semua pahala. Subhanallah... jom la kawen kalo gitu.. =p



Nota kaki : Aku nak kawen 1 Muharram. Tolong doakan ya! 
(^_^)