Wednesday, January 11, 2012

♥ entry tertunggak ♥

-  Assalamualaikum  -

Dear blog,

Harini pagi-pagi lagi bos dah datang jenguk lab. Dah la time tu aku tak pakai labcoat dan kasut panas membahang bertutup. Nasib la labu. Confirm minggu depan masuk dalam agenda roll-call bos la tu. L Bila dah kantoi, aku pun buat-buat la busy call staf nurse klinik mintak previous report patient. Ahaks, lepas tu konon-konon la nak pegi toilet. Sila gunakan kaedah yang sesuai mengikut tahap keseriusan bos anda ye kawan-kawan. J

Lepas lunch doktor datang. Ehem..masalah. Doktor ni bising-bising plak cakap kat Kak Yam yang weols (aku dan Adawiyah) mesej dia  suruh datang lambat sikit sebab sample tak siap proses lagi. Ei, sabar jela doktor ni. Jangan la bising-bising, malu tau kat Kak Yam. L But, its ok. Doktor kitorang sempoi-sempoi jek, boleh bawak gurau-gurau. Kan doktor kan? Hehe.

Petang balik kerja, Adawiyah ajak pegi Sungai Petani nak beli barang-barang coklat. Dia nak buat coklat untuk hantaran tunang dia. Happy for her.  Dah besar panjang pun kawan aku tu (bajet aku muda lagi! =p). Well, dah nak kawen. J Congratz sayang. Semoga kamu happy dunia akhirat, insyaallah.

Lepas berbuka dekat Tesco (jimat belanja, di samping macam-macam ada bak kata Madey), singgah Popular kejap. Hehe. Nak melengkapkan azam sempena birthday yang ke – 23 haritu. ;)

Hadiah untuk diri sendiri..


Well, I’m one of Kak Roza (Prof Kamil) fan & handicraft scissor untuk my felt project.

Mula-mula belek buku ni, rasa menarik. Jeling-jeling dah tinggal sebuah je. Terus rembat. Tapi, bila bukak purse..ehem..duit tinggal – RM 15, tengok harga buku – RM 19. Aduh, mana nak cari lagi RM 4. Pegi la mengemis kat Madey. ;p Tapi, bila nak bayar je..harga keluar - RM 14.50. Ada diskaun. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Maha Suci Allah yang mempermudahkan urusanku. Tenkiu ALLAH. J J Happy sangat.

Nota kaki : Selamat berhujung minggu.  Rasanya badan ni dah macam dipam-pam ni. Berhasrat untuk pegi hiking weekend ni.

P/s : Entry ini ditaip seminggu yang lepas. Selepas ketiadaan internet akibat ketidakbayaran bil, aku rasa sangat grrrrrr~ 


3 comments:

anamizu kaito said...

woahhh scissor tu mmg kool!
suke3!!! hehe





luv,
cik ana

Mia Azzahra said...

best tak buku tu?

najwa's said...

anamizu : hehe tapi sayang, scissor tu tak bole pakai untuk felt :(

mia azzahra : memang best giler, highly recommended. :)