Friday, January 27, 2012

♥ dua lelaki itu ♥

- Assalamualaikum -

Mood untuk menaip sekarang semua berkisar tentang kawen, tunang, beranak, dan kerja. Apa maknanya? Mungkinkah diri ini dah tua matang? Hehe, lupakan. Mari mengimbau kenangan silam.. (^_^)

Semalam, online facebook - tiba-tiba ternampak 'dia' is engaged to 'dia' - dua-dua aku cukup kenal - siap dengan gambar - cantik, ikhlas ni, tak tipu. :) Allahuakbar. Apa rasa? Senyum aje. :) Redha tandanya.

Rasa macam baru kenal dia, dan rasa macam baru jatuh cinta pada dia. Tapi itu dulu - tahun 2002, pertama kali sedar kewujudan dia, terus hati rasa berdebar bila bertentang mata. Aku pikir itu dah cinta. Mungkin? Hehe zaman budak-budak - semua nak dipikir cinta. =P Masa itu, angau la jugak. Print gambar candid dia - sambil dengar lagu jiwang Phyne Ballerz - Hasrat. Sape yang From 2 tahun 2002, mesti tau lagu ni kan? Hehe.


Oh kenangan, sila pergi jauh-jauh.. :)

Sampai satu ketika, prefect (yang aku pikir tak berapa nak perfect pun) rampas gambar tu dari aku. 
Motip? Jeles maybe? =P

Cukup kisah cinta pertama. Kalo dilayan, penuh satu muka tak habis cerita.

**********************************

Bermula kisah cinta kedua - dengan seorang senior di sekolah (aku memang suka orang lebih tua). Yang ini bukan jatuh cinta pada pandangan pertama, tapi setelah berkali-kali pandang, baru hati rasa berdebar. Hensem? Macho? Jauh sekali. Cukuplah sekadar sedap mata memandang sebagai seorang lelaki yang benar-benar lelaki (lelaki sekarang ramai yang dah tak macam lelaki). Hati tertawan bukan kerna rupa paras, tapi kerana hati, buah fikiran, gaya, cara percakapan, dan yang paling penting - senyuman - rasa macam terbayang-bayang je lagi senyuman dia. :)

Sudah-sudah. Jangan dikenang lama-lama cerita itu sebab sekarang dia dah selamat menjadi suami orang. Alhamdulillah. Suami siapa? Oppss, jangan terkejut. Suami kawan mama - kawan mama tu muda lagi, tua sikit dari aku. :) 

Aku ingat lagi waktu tu - mama ajak kami satu family pegi kenduri kawen kawan dia. Dari jauh dah nampak banner pengantin - tengok sekilas, macam kenal, tapi tak pasti. Lepas makan, salam-salam pengantin, tengok suami dia - subhanallah, 'dia' yang pernah aku suka! (^_^) 
Ye, selepas 6 tahun tak jumpa, kami berjumpa dan pertama kali bercakap secara personal di majlis perkahwinan dia. Ekhem, apa rasa? No komen sekali lagi. :) Kuasa Allah, takde sape boleh mengubah.

*********************************

Aku kira hanya dua orang tu jela lelaki yang pernah aku suka - aku yang suka dulu, bukan depa suka aku - tu pun dari jauh aje. Dan aku tak pernah bagitau lelaki-lelaki tersebut yang aku pernah suka depa. :) Biarlah menjadi rahsia kita - siapa-siapa yang baca entry ni. Aku harap kamu pun tak kenal lelaki-lelaki tersebut. Malu la weh kalau kenal. (>_<)

Takpelah, bukan jodoh aku. At least menjadi kenangan hidup. :) Aku sentiasa doakan kebahagiaan depa-depa ni. Selamat bercinta sampai ke syurga. Dan buat yang tersayang - aku tetap sayang kamu. Walaupun bukan yang pertama, aku harap menjadi yang terakhir hingga ke perkampungan akhirat sana. 




Nota kaki : 

Mari membina peristiwa-peristiwa yang akan dikenang 'indah' bila di syurga kelak. Jangan membina peristiwa-peristiwa 'manis' di dunia, tapi 'pahit' bila dikenang di sana nanti. Mari menjadi hamba. Semoga Allah ampunkan aku dengan peristiwa-peristiwa yang dicerita di atas. Amin. 





1 comment:

semutsengal said...

banyaknya cinta.


LALALALALLALALALA