Monday, January 30, 2012

♥ ribut solar terbesar 2012 ♥


- Assalamualaikum -

Memang aku akui, sejak akhir-akhir ni, aku memang 'ambil berat' tentang hal ehwal bumi dan segala bencana akhir zaman, termasuklah segala propaganda Yahudi laknatullah. =) Lets sharing satu artikel yang best ni. 

Sumbernya di sini : KULANZ SALLEH

****************************************



Selain daripada suara aneh di langit, kita juga tidak harus lupa dengan fenomena Ribut Solar (Solar Storms) yang juga telah melanda bumi. 

Ribut Solar adalah satu fenomena geofizik melibatkan gangguan medan magnet bumi secara besar-besaran. Terdapat beberapa istilah lain yang digunakan untuk menjelaskan fenomena ini termasuklah suar solar (solar flare), ribut geomagnet (geomagnetic storm), dan Pelepasan Besar-besaran Korona (Coronal mass ejectin - CME).



Suar solar (Solar flare) 

Ditafsirkan sebagai pelepasan tenaga yang besar sehingga  6 x 1025 joules tenaga (kira-kira 6 daripada jumpah output tenaga matahari setiap saat). Semasa ia berlaku, cahaya terang dapat diperhatikan di atas permukaan matahari atau bahagian solar. Suar solar ini melepaskan awan elektron, ion, dan atom melalui korona ke angkasa lepas. Awan ini biasanya mencapai bumi satu atau dua hari selepas itu. (Istilah suar juga digunakan untuk merujuk pada fenomena yang sama di dalam bintang-bintang yang lain).


Ribut Geomagnet (A geomagnetic storm)  
 Merupakan gangguan sementara magnetosfera Bumi disebabkan oleh gangguan dalam medium antara planet. Ribut geomagnet adalah disebabkan oleh kejutan gelombang angin solar atau awan medan magnet yang berinteraksi dengan medan magnet bumi. Peningkatan tekanan angin suria pada mulanya memanpatkan magnetosfera dan medan magnet angin solar akan berinteraksi dengan medan magnet bumi dan memindahkan amaun yang meningkat tenaga ke dalam magnetosfera.


Pelepasan besar-besaran korona (A coronal mass ejection – CME) 
Proses pemecahan dan pelepasan secara besar-besaran angin solar, plasma isotop cahaya lain dan medan magnet korona ke dalam angkasa lepas. Pelepasan jisim korona sering dikaitkan dengan lain-lain bentuk aktiviti solar. Kebanyakan pelepasan berasal dari kawasan aktif di permukaan Matahari, seperti kumpulan-kumpulan tompok matahari di mana terdapat suar yang kerap terhasil.

Laporan berita menyebut bahawa ribut solar terbesar dalam tempoh 6 tahun telah berlaku pada hari Selasa, 24 Januari 2012. Kesan daripada ribut solar tersebut telah menghasilkan cahaya menakjubkan di langit Hemisfera Utara dinyalakan langit di atas Scotland, Kanada dan Norway. Pengarah seksyen Aurora Persatuan Astronomi British berkata, cahaya menakjubkan yang juga dikenali sebagai aurora ini boleh dilihat untuk beberapa hari lagi.
Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan semasa kajadian ribut solar berlaku. Gambar aurora.







Terdapat juga maklumat berita mengatakan ribut solat terbesar akan berlaku sekali lagi pada 29 Januari 2012, 11 pm EST. ribut boleh mencapai satu tahap yang boleh menyebabkan paparan cahaya semulajadi boleh dilihat lebih jauh ke selatan, iaitu sehingga Idaho dan New York, bahkan di Illinois dan Oregon, di Amerika Syarikat Amerika Syarikat. Fenomena ini akan menyebabkan bumi bakal dilanda suar solar sebanyak tiga kali dan mendatangkan tiga kesan yang berbeza, iaitu pelepasan sinaran elektromagnet, diikuti oleh radiasi dalam bentuk proton dan terakhir pelepasan korona (plasma dari matahari) secara besar-besaran.
Kesan yang diterima bumi hasil daripada ribut solar ini termasuklah,  gangguan grid elektrik, medan magnet bumi terganggu, berlaku gangguan biologi bagi sesetengah hidupan, gangguan penghantaran/transmisi radio serta memberi kesan kepada aktiviti geologi. Berkemungkinan juga bunyi/suara aneh di langit yang kedengaran di beberapa tempat di dunia ada kaitan dengan ribut solar yang sedang berlaku sekarang ini. Apapun, ini hanyalah satu lagi pandangan.
************************************
Nota kaki : 
Ataupun adakah ini kerana HAARP eksperimen (eksperimen jahat Yahudi laknat)? Ada yang mengatakan ia adalah efek solar flare terhadap magnetosphere? Ada jugak yang kata ia adalah tanda-tanda semakin hampirnya Pole Shift. Andria (CariForum) cakap, sejak akhir-akhir ni memang begitu ketara aurora lights di Antartika, di mana letaknya Neumeyer Station. Apakah? Apakah? Apakah nasib bumi dan nasib kita? Wallahulam. Semoga terhindar dari fitnah akhir zaman ini.
(^_^)

Sunday, January 29, 2012

♥ salji di lata bukit hijau ♥

- Assalamualaikum -

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Semalam Allah turunkan hujan selebat-lebatnya dalam hati ini, 
tapi hari ini Dia bagi pelangi yang sangat-sangat cantik. :)
Semalam hujan itu turun kejap je - 3 jam, tapi hari ini pelangi cantik dapat 10 jam. 
Allah itu Maha Penyayang kan? :) 
Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan?

***********************************

Bermula kisahnya semalam - planning secara rasminya untuk pergi holiday di Lata Bukit Hijau, Kulim. Hasrat nak pegi dah lama, sejak di hari pertunangan Adawiyah. Konon-konon pagi selepas Subuh dah nak bertolak, tapi disebabkan subuh kami pukul 7.30 pagi (mohon ampun sebab terlajak tido), pukul 10 camtu baru bertolak ke Bukit Hijau (breakfast dulu - roti canai sedap kat Bertam Putra).

Sampai kat sana, tengok kereta ada 4 buah dan - sunyi. Pelik. Kenapa tempat ni nampak terbiar? Tapi, masuk ke dalam sikit, mula terdengar lagu klasik 70-an. Ada radio. Hehe. Mula terbayang untuk duduk berkemban kain batik tepi batu sambil basuh kain. Rupanya dah petang sikit, baru berduyun-duyun manusia datang.

Seterusnya, ekspidisi mencari port terbaik. Well, takkan kami yang muda belia nak mandi area-area bawah ye dak? =P Port terbaik dah dapat - tinggi sikit, ada mini air terjun dan kawasan air paras dada untuk bersantai, mula untuk berendam. Subhanallah, nikmatnya alam. Sejuknya air, indahnya bunyi unggas. 
(^_^)

Masa ini, aku nampak Ika macam gelisah - nak kunci kereta katanya. Aku pun bagi aje. Kami - Ada, Nor, Kak Teha dan aku dah mula bersuka ria. Dan part yang paling best, aku dah start belajar berenang. Allah..Allah..Allah..kurnia terindah. Walaupun aku tetap tak reti berenang lagi, tapi at least dah terbuka sikit hijab di mata hati ini tentang renang. :) Sunnah nabi - salah satu impian dan azam terhebat aku di tahun ini.

Dah belajar teknik berenang, mula nak buat amalinya. Baru nak kepakkan sayap renang, tiba-tiba Ika turun dalam air dan jerit "HAPPPY BIRTHDAY NAJWA!!!" sambil bawak kek. Aku? Apa rasa? Hehe surprise - sangat-sangat. Yelah, birthday aku dah lepas sebulan 6 hari pun. (Yeah, I'm already 23 years old. =PDengan penuh keterujaan, kami naik atas batu-batu untuk sesi fotogedik dan upacara memotong kek.
Bermacam-macam posing diambil. Well, perempuan. :)

Sampai satu pose, diorang suruh aku duduk di depan sambil pegang kek, sementara diorang duduk belakang aku. Ok - aku menurut perintah. Tapi, aku dengar suara somebody (Nor mungkin) suruh cameragirl - Adawiyah - buat video. Dalam hati rasa pelik, kenapa nak record video tapi kena posing skema-skema? Ahh..abaikan..ikutkan aje..

Elok cameragirl count..
1..2..3..ready..
Ahh..here we go~ 
habih kepala, satu badan diselaputi telur ayam dan tepung. Mak ai..rupanya surprise tak habis lagi. (>_<) Hehe. Satu kata - BAHAGIA - walaupun terpaksa jilat telur hanyir. =P

Selepas habis menyental baju-tudung yang dah salut tepung tu, kami teruskan perjuangan belajar berenang dan aktiviti menyanyi-nyanyi sambil buat gaya macam orang gila. Kalau tengok video tu balik, masyaallah - tak macam bakal mak budak. Hehe. :) Lepas settle semua, berangkat pulang ke Bertam dan sampai tepat jam 7.15 pm.


Alhamdulillah. Great kawan-kawan. Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah membalas kebahagiaan kita di dunia ini dengan kebahagiaan akhirat sana yang kekal abadi. Amin.
(^_^)


 Keterujaan dengar bunyi air terjun.

 my birthday cake - 23 years old :)

Masih innocent - sedangkan yang di belakang penuh teruja.
 Owh, selepas di salut tepung cap sauh.

Sesi fotogedik - pose wajib pada setiap event.

Friends forever until jannah. :) Insyaallah


Nota kaki : 

Rama-rama tak tahu warna sayap mereka, tapi orang tahu betapa indahnya mereka. Begitu juga diri kita, tak tahu betapa indahnya diri kita. Namun Allah telah mengistimewakan kita dimata-Nya - ketika kita tunduk dalam syariat-Nya, redha atas takdir-Nya, tersenyum dalam musibah, dan tegar dalam ujian-Nya. :) 



Friday, January 27, 2012

♥ 10 perkara yahudi taknak kita tahu! ♥


- Assalamualaikum -

Owh kawan-kawan, mari memerangi Yahudi terlaknat. 
Mari berjuang menegakkan agama Allah.

ALLAHUAKBAR!!


1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia. Namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan. Namun, ilmu itu hanya untuk orang luar kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangkamasa panjang. Penduduk Israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di Israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita di sini masih lagi menggunakan kafein berbahaya!


5) Di Israel, mereka memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. Sedangkan di sini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya Israel yang menyerang negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut Kota Al-Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi.

8) Di Palestin, penduduk Kristian dan Muslim Palestin bersatu melawan penjajah Yahudi.

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan memanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan di masa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!





♥ dua lelaki itu ♥

- Assalamualaikum -

Mood untuk menaip sekarang semua berkisar tentang kawen, tunang, beranak, dan kerja. Apa maknanya? Mungkinkah diri ini dah tua matang? Hehe, lupakan. Mari mengimbau kenangan silam.. (^_^)

Semalam, online facebook - tiba-tiba ternampak 'dia' is engaged to 'dia' - dua-dua aku cukup kenal - siap dengan gambar - cantik, ikhlas ni, tak tipu. :) Allahuakbar. Apa rasa? Senyum aje. :) Redha tandanya.

Rasa macam baru kenal dia, dan rasa macam baru jatuh cinta pada dia. Tapi itu dulu - tahun 2002, pertama kali sedar kewujudan dia, terus hati rasa berdebar bila bertentang mata. Aku pikir itu dah cinta. Mungkin? Hehe zaman budak-budak - semua nak dipikir cinta. =P Masa itu, angau la jugak. Print gambar candid dia - sambil dengar lagu jiwang Phyne Ballerz - Hasrat. Sape yang From 2 tahun 2002, mesti tau lagu ni kan? Hehe.


Oh kenangan, sila pergi jauh-jauh.. :)

Sampai satu ketika, prefect (yang aku pikir tak berapa nak perfect pun) rampas gambar tu dari aku. 
Motip? Jeles maybe? =P

Cukup kisah cinta pertama. Kalo dilayan, penuh satu muka tak habis cerita.

**********************************

Bermula kisah cinta kedua - dengan seorang senior di sekolah (aku memang suka orang lebih tua). Yang ini bukan jatuh cinta pada pandangan pertama, tapi setelah berkali-kali pandang, baru hati rasa berdebar. Hensem? Macho? Jauh sekali. Cukuplah sekadar sedap mata memandang sebagai seorang lelaki yang benar-benar lelaki (lelaki sekarang ramai yang dah tak macam lelaki). Hati tertawan bukan kerna rupa paras, tapi kerana hati, buah fikiran, gaya, cara percakapan, dan yang paling penting - senyuman - rasa macam terbayang-bayang je lagi senyuman dia. :)

Sudah-sudah. Jangan dikenang lama-lama cerita itu sebab sekarang dia dah selamat menjadi suami orang. Alhamdulillah. Suami siapa? Oppss, jangan terkejut. Suami kawan mama - kawan mama tu muda lagi, tua sikit dari aku. :) 

Aku ingat lagi waktu tu - mama ajak kami satu family pegi kenduri kawen kawan dia. Dari jauh dah nampak banner pengantin - tengok sekilas, macam kenal, tapi tak pasti. Lepas makan, salam-salam pengantin, tengok suami dia - subhanallah, 'dia' yang pernah aku suka! (^_^) 
Ye, selepas 6 tahun tak jumpa, kami berjumpa dan pertama kali bercakap secara personal di majlis perkahwinan dia. Ekhem, apa rasa? No komen sekali lagi. :) Kuasa Allah, takde sape boleh mengubah.

*********************************

Aku kira hanya dua orang tu jela lelaki yang pernah aku suka - aku yang suka dulu, bukan depa suka aku - tu pun dari jauh aje. Dan aku tak pernah bagitau lelaki-lelaki tersebut yang aku pernah suka depa. :) Biarlah menjadi rahsia kita - siapa-siapa yang baca entry ni. Aku harap kamu pun tak kenal lelaki-lelaki tersebut. Malu la weh kalau kenal. (>_<)

Takpelah, bukan jodoh aku. At least menjadi kenangan hidup. :) Aku sentiasa doakan kebahagiaan depa-depa ni. Selamat bercinta sampai ke syurga. Dan buat yang tersayang - aku tetap sayang kamu. Walaupun bukan yang pertama, aku harap menjadi yang terakhir hingga ke perkampungan akhirat sana. 




Nota kaki : 

Mari membina peristiwa-peristiwa yang akan dikenang 'indah' bila di syurga kelak. Jangan membina peristiwa-peristiwa 'manis' di dunia, tapi 'pahit' bila dikenang di sana nanti. Mari menjadi hamba. Semoga Allah ampunkan aku dengan peristiwa-peristiwa yang dicerita di atas. Amin. 





Thursday, January 26, 2012

♥ majlis perkahwinan? ♥

- Assalamualaikum -

Cuti Chinese New Year lepas, banyak jemputan makan nasi minyak. Alhamdulillah, rezeki. Orang menjemput, kita jangan mengelak. :) Tapi, bab nak menolong rewang, ekhem..ku serahkan pada mama dan abah saja. Kakak bangun lambat, tak sempat jenguk persiapan, orang dah jemput makan-makan. =P

Jiran depan rumah - yang aku tak berapa pasti namanya - Mak Ngah Zizah mungkin - tapi yang penting, aku pikir keluarganya tergolong dalam golongan alim-alim, buat kenduri kawen. Majlisnya cukup simple, cukup sekadar 4 biji khemah yang diletakkan bersebelahan rumah, beropol-ropol hijau. Aku kira pengantinnya pakai baju bertema hijau pucuk pisang. Makanannya sedap - cukup sedap - daging dalca, ayam masak merah, daging masak kurma, acar buah - oren sebagai pencuci mulut. Kalau dilihat pada menu, ye - menu yang biasa-biasa saja. Tapi, subhanallah - rasanya memang sedap! Mungkin dibuat dengan penuh kasih sayang. Atau mungkin juga menumpang berkat majlis perkahwinan ni? Mungkin.

Tiada kompang, tiada pelamin, tiada deejay yang memasang lagu...atau mungkin juga tiada bilik pengantin (yang ni aku tak pasti sebab tak nampak). Cukup sekadar tempat makan pengantin yang dihias cantik.
Majlis yang ringkas, tapi cukup memenuhi syarat - sekadar meghebahkan perkahwinan kepada jiran tetangga, tanpa pembaziran, tanpa karaoke, tanpa perkara-perkara lagha. Tempat makan tetamu lelaki dan perempuan juga diasingkan - sesuatu yang ku kira hanya 1/10 daripada majlis kawen-kawen buat macam ini pada zaman sekarang.

Tiba-tiba terpikirkan bagaimana agaknya majlis kawen aku kelak?


Allah..allah..allah..
Berkatilah hidup kami di dunia dan di perkampungan akhirat nanti.
Jauhkanlah kami dari perkara-perkara yang membazir, 
dan tetapkan hati kami dengan beramal-ibadat dengan-Mu.
Masukkanlah kedua ibu bapa kami, dan kaum keluarga kami ke dalam syurga-Mu tanpa dihisab.
Subhanallah..cita-cita yang sangat tinggi..permudahkanlah..
Amin~

Wednesday, January 25, 2012

♥ kita insan biasa ♥

- Assalamualaikum -

Hari ini dah start kerja balik selepas 4 hari beraya cina di kampung.
Semalam jammed dari Kedah nak ke Penang - oh, macam dah lama tak balik malam-malam kan? :)
Selalunya subuh-subuh esok baru nak balik.
Pagi tadi pegi amek laling-laling kat Penang Sentral - baru sampai dari Kelantan dan Johor.
Rindu pulak kat budak kecik Nurin Syazana, mama, abah dan adik-adik semua.
Ekhem, perkara yang paling aku benci bila cuti lama dan permulaan kerja ialah menahan rindu.
Hadoi, sejak dari Form 1 sampai habis sekolah, masuk U, dan dah bekerja ni pun, masih lagi menangis sorang-sorang dalam bilik sebab homesick! Grrr~
(-.-')

Tiba-tiba terpikir, 
kalo aku dah ambik keputusan untuk buat 'perkara itu'..bersediakah aku?
Takut.. :( Hutang banyak tak bayar habis lagi.
Takpe..berusaha..insyaallah Allah permudahkan.
Maknanya aku kena cari duit sebanyak lebih kurang 7 - 8 ribu lagi dalam masa 8 bulan ni.
Tuhan..bantu aku ya allah..
Jika ini yang terbaik untukku, dan untuk kami-kami, permudahkanlah ya robb~


Nota kaki : 
Marilah kita - manusia biasa-biasa ini menjadi luar biasa di mata Dia.
(^_^)


Monday, January 16, 2012

♥ happy birthday dear ♥

- Assalamualaikum -

Hari ini birthday dia yang ke - ? ?
=)


Selamat hari jadi sayang.
Semoga kamu beroleh rahmat dan kasih sayang Allah selalu.
Mohon diampun dosa-dosa ini sejak dulu hingga sekarang.
Semoga tercapai segala impian ; impian teragung semestinya berjumpa di syurga kelak kan?
insyaallah.

(^_^)

Nota kaki : 

"Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohon kepada-Nya dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)."

Surah Ibrahim : 34


Sunday, January 15, 2012

♥ Adawiyah's e-day ♥

- Assalamualaikum -

Dear blog,

Semalam pegi Kuala Kangsar, rumah Adawiyah, my great housemate. Dia dah selamat menjadi bini tunangan orang. Happy for her. May Allah bless sampai syurga dear. =)

Friday, January 13, 2012

♥ kawen & mengandung ♥


- Assalamualaikum -

Hari ini nak cakap pasal mengandung. (T_T) Ek, bukan aku yang termengandung tau. Tapi, kawan-kawan sekalian dah mengandung beramai-ramai. Hehe. Tahniah korang. Semoga menjadi isteri solehah, dan ibu yang mithali. :) Puan Dicup, bila nak berisi? Dengar kata, hari-hari berusaha keras. =P



Aku bila? Ekhem, no komen. Kadang-kadang aku terpikir, dah tua sangat ke aku ni ye? Rasa macam masih budak-budak, tapi semua kawan-kawan dah sibuk nak kawen. =P Aku plak dok rasa bahagia lagi tak kawen. haish. (>_<)  Allah, jadikanlah aku perempuan solehah agar aku dapat suami soleh. Bila diorang cakap pasal hal-hal rumahtangga, aku rasa tak sesuai gitu nak join sekali. Grrr~

Bagi aku, nak kawen, bukan sekadar kawen..bukan jugak macam main pondok-pondok. Perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Bukan untuk suka-suka dan bukan jugak untuk menghalalkan yang haram semata-mata. Biarlah niat berkawen itu mencari keredhaan ALLAH dan bercinta hingga ke syurga. :) :) 

Kalo tak matang sebelum berkawen, macam-macam masalah yang timbul kang. Jadi, biarlah aku memantapkan iman dulu sebelum aku mempunyai banyakkkk tanggungjawab. Hehe. Maaf la 'makcik' dan 'pakcik', saya memang takda jawapan kenapa saya taknak kawen lagi walaupun selalu diasak-asak oleh pakcik dan makcik. (-.-') Percayalah pada jodoh. Walau jauh berjuta batu, berpisah beribu tahun, kalo takde jodoh kat dunia ni, kat kampung akhirat sana, insyaallah ALLAH bagi. :)

-
-
-
-
-
-

Tapikan...kalo kawen tu dapat banyak pahala. Pegi masjid sama-sama, mandi sama-sama, makan sama-sama, tido sama-sama, buat anak sama-sama. Tu semua pahala. Subhanallah... jom la kawen kalo gitu.. =p



Nota kaki : Aku nak kawen 1 Muharram. Tolong doakan ya! 
(^_^)




Wednesday, January 11, 2012

♥ wordless wednesday : felt & syiling? ♥


- Assalamualaikum -


(^_^) 



=P


♥ entry tertunggak ♥

-  Assalamualaikum  -

Dear blog,

Harini pagi-pagi lagi bos dah datang jenguk lab. Dah la time tu aku tak pakai labcoat dan kasut panas membahang bertutup. Nasib la labu. Confirm minggu depan masuk dalam agenda roll-call bos la tu. L Bila dah kantoi, aku pun buat-buat la busy call staf nurse klinik mintak previous report patient. Ahaks, lepas tu konon-konon la nak pegi toilet. Sila gunakan kaedah yang sesuai mengikut tahap keseriusan bos anda ye kawan-kawan. J

Lepas lunch doktor datang. Ehem..masalah. Doktor ni bising-bising plak cakap kat Kak Yam yang weols (aku dan Adawiyah) mesej dia  suruh datang lambat sikit sebab sample tak siap proses lagi. Ei, sabar jela doktor ni. Jangan la bising-bising, malu tau kat Kak Yam. L But, its ok. Doktor kitorang sempoi-sempoi jek, boleh bawak gurau-gurau. Kan doktor kan? Hehe.

Petang balik kerja, Adawiyah ajak pegi Sungai Petani nak beli barang-barang coklat. Dia nak buat coklat untuk hantaran tunang dia. Happy for her.  Dah besar panjang pun kawan aku tu (bajet aku muda lagi! =p). Well, dah nak kawen. J Congratz sayang. Semoga kamu happy dunia akhirat, insyaallah.

Lepas berbuka dekat Tesco (jimat belanja, di samping macam-macam ada bak kata Madey), singgah Popular kejap. Hehe. Nak melengkapkan azam sempena birthday yang ke – 23 haritu. ;)

Hadiah untuk diri sendiri..


Well, I’m one of Kak Roza (Prof Kamil) fan & handicraft scissor untuk my felt project.

Mula-mula belek buku ni, rasa menarik. Jeling-jeling dah tinggal sebuah je. Terus rembat. Tapi, bila bukak purse..ehem..duit tinggal – RM 15, tengok harga buku – RM 19. Aduh, mana nak cari lagi RM 4. Pegi la mengemis kat Madey. ;p Tapi, bila nak bayar je..harga keluar - RM 14.50. Ada diskaun. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Maha Suci Allah yang mempermudahkan urusanku. Tenkiu ALLAH. J J Happy sangat.

Nota kaki : Selamat berhujung minggu.  Rasanya badan ni dah macam dipam-pam ni. Berhasrat untuk pegi hiking weekend ni.

P/s : Entry ini ditaip seminggu yang lepas. Selepas ketiadaan internet akibat ketidakbayaran bil, aku rasa sangat grrrrrr~ 


Monday, January 9, 2012

♥ street grill burger taman kenari, kulim ♥

- Assalamualaikum -

Dear blog,

Semalam gerai burger dia dah mula beroperasi. First impression, emmm.. kurang menarik sebab tak ada lampu kelip-kelip (aku rasa perlu, kebanyakkan gerai burger trademarknya adalah lampu kelip-kelip dan botol-botol seasoning oil). Mungkin perlu dibanyakkan promosi - banner, harga, flyers. Ramai orang tak tahu lagi kewujudan gerai ini yang terletak bersebelahan Petronas Taman Kenari, Kulim, Kedah.

Alhamdulillah, bersyukur sebab gerai burger dia terletak dalam kedai makan Pakcik Baju Belang Biru (yang aku tak tau nama). Pakcik dan isteri sangat banyak membantu. Tolong set-up kedai, lampu, kedudukan. Secara tak langsung, kedai makan pakcik baju belang memberikan promosi percuma buat gerai burger dia. Terima kasih pakcik. Semoga ALLAH murahkan rezeki pakcik dan rezeki dia jugak. :)

Mula-mula, rasa takut, gementar, cuak, dan segala macam perasaan. Petang semalam aku pegi tolong kemas-kemas apa yang patut (walaupun aku rasa aku hanya mampu jadi patung kaku kat situ). First customer, dua orang budak perempuan. Selepas diberi trial burger, diorang terus order dua biji. Hehe apa rasa? No komen. Masih takut dan tidak konfiden. 

Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan hamba-Mu ini, Kau kurniakanlah rezeki yang halal buat kami, berikanlah kami kekuatan dan keberanian. Amin.


Boleh like di facebook, Street Grill Burger - burger panggang yang murah dan sedap. :) 

Nota kaki  :  

1) Pertama kali berniaga, jangan diharap untung menggunung kerana pengalaman pertama ini akan dikenang dan diambil pelajaran sampai bila-bila. Tenkiu Allah. 

2) Komen yang ikhlas dan jujur bagi yang dah merasai burger ini dialu-alukan.

(^_^)



Thursday, January 5, 2012

♥ ke arah kehidupan yang lebih baik ♥


- Assalamualaikum -

Selamat pagi semua.
Entry harini khas untuk yang tersayang.
Aku tahu kamu takut untuk buat sesuatu itu, aku pun sama.
Tapi marilah berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik.
ALLAH bagi masa 24 jam untuk semua umat manusia, tak lebih, tak kurang.
Cuma nikmat masa tu perlu diletakkan di akal untuk menguruskannya.

(^_^)

Kalo boleh biarlah hidup ini terisi dengan makna-makna yang indah agar boleh dikenang di syurga kelak (insyaallah..amin..).
Aku inginkan hidup yang bahagia, dapat memenuhi setiap detik masa tanpa sia-sia.
Dalam masa 24 jam sehari yang ALLAH bagi, aku berazam untuk gunakan semaksimum yang mungkin.
Semoga dipermudahkan urusan aku, kamu, dia, dan semua yang membaca ni.

My wishlist untuk dicapai dalam hidup :

 * Melakukan ibadah umrah + haji pada usia muda, dan bawa mama abah skali. *
 * Nak travel sebanyak mungkin tempat yang ada dimuka bumi, agar lebih terbuka mata dan minda tentang kebesaran Allah. *
 *Nak berada di puncak gunung - hiking, di dasar lautan - diving, dan di atas awan - skydive. *
 *Belajar berenang dan memanah. *
 * Berkahwin dan mempunyai anak-anak. - of cos. =P *
* Solat jemaah dan menghadiri lebih-lebih banyak majlis ilmu. *


Cukuplah, hidup dan matiku kerana ALLAH.
(^_^)


Adios~

Nota kaki : 
 Semua penulis akan meninggal, hanya karyanya-lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan kamu di akhirat nanti. [Ali bin Abi Thalib] 


Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday : Doa ketika melihat cermin~


- Assalamualaikum -

♥ selamat tahun baru + shoutbox baru ♥

- Assalamualaikum -

Agak-agak terlambat lagi tak untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2012? :D 2011 meninggalkan kita dengan sejuta kenangan..pahit..manis..well..lumrah kehidupan. Segala kenangan dan pengalaman inilah yang akan mematangkan kita pada masa depan, menghadapi dunia baru yang lebih banyak pancaroba semestinya. Semoga kita dijauhkan dari fitnah akhir zaman. Amin~

Sempena tahun baru ini, blog pun terpaksa bertukar ke shoutbox baru. :) Seperti semua orang tau, shoutmix dah menamatkan tempoh perkhidmatan percumanya setelah 7 tahun berbakti kepada bloggers. Jadi, aku pun ambil keputusan untuk tukar shoutbox baru = SHOUTCAMP. (^_^) Leceh sikit la, tapi much better dari cbox tu kot.

SHOUTCAMP kat sebelah ======> Bye-bye shoutmix. :)

Oklah, selamat memulakan hari dengan ceria. (^_^)