Friday, August 5, 2011

♥ puasa yang celaka & binasa ♥

 Di hari ke 5 berpuasa :-
احضُرُوا المنبر، فحضرنا، فلما ارتَقَى درجةً قال: امين، فلما ارتقى الدرجةَ الثانية قال: امين، فلما ارتقى الدرجة الثالثة قال: امين. فلما نَزَلَ، قُلنا: يا رسولَ الله! لقد سمعنا منك اليومَ شيئا ما كنا نسمعه، قال: إن جبريل عليه السلام عَرَضَ لى فقال: بُعدٌ من اَدرَكَ رمضانَ فلم يُغْفَرْله، قلت : امين. فلما رَقِيتُ الثانية، قال: بعد من ذَكَرتَ عنده فلم يُصَلِّ عليك، فقلت: امين. فلما رقيت الثالثة، قال: بعد من ادرك أبَوَيهِ الكِبَرَ عنده أو أحدهما، فلم يُدخِلاه الجنةَ، قلت: امين

RasuluLlah saw bersabda, "Datanglah kamu semua ke mimbar”, maka kamipun datanglah. Apabila Baginda naik satu tangga, Baginda berkata: امين, apabila Baginda naik tangga kedua, Baginda berkata: امين , apabila Baginda menaiki tangga ketiga , Baginda berkata: امين.

Apabila Baginda turun, kami pun berkata: Wahai Rasulullah saw, sesungguhnya kami telah mendengar daripada kamu hari ini sesuatu yang kami tidak pernah dengar.

Baginda bersabda: Jibril as datang kepada aku dan berkata: “ ‘CELAKA/BINASALAH’ sesiapa yang menyempurnakan Ramadan, tetapi masih tidak diampunkan baginya”. Aku menjawab: امين.

Apabila aku menaiki tangga kedua, Jibril berkata: “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang kamu disebut di sisinya, tetapi dia tidak mensalawatkan ke atas kamu”. Akupun berkata: امين.

Apabila aku menaiki tangga ketiga, Jibril berkata, “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang menjaga di sisinya kedua ibubapanya yang sudah tua atau seorang dari keduanya, tetapi ibubapanya tidak memasukkannya ke syurga”. Aku menjawab: امين.
 Nota kaki : Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

6 comments:

Anisa Liyana said...

thankz 4 the information :)

Anonymous said...

tak pahamlah...pebenda yang RASULULLAH SAW cuba maksudkan..

fahmie firas said...

Salam kenal,
nice blog,
good entry,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.
http://fahmiefiras.blogspot.com/

aleen aiden said...

erk,terkedu sekejap.huuuuuu

najwa's said...

rasulullah mengaminkan setiap doa jibril di bulan puasa ini.

Penggemar Coklat said...

thanks sharing ^___^

jom ke bl0g, ada entri untuk anda http://syuwaistory.blogspot.com/2011/08/pemenang-ga-lets-go-green-save-earth.html