Saturday, August 20, 2011

♥ jom bayar zakat fitrah ♥

- Assalamualaikum -

Hari ini masuk hari ke 20 bulan ramadhan. Jom la mengejar keberkatan 10 malam terakhir ramadhan ni. Moga-moga dapat bertemu dengan Lailatulqadar-Nya. Amin.

Minggu lepas, aku attend Bengkel Mesra Ibadah di Institut Jantung Negara (IJN). Cuak jugak sebab sorang-sorang. Tapi, takpe..alhamdulillah, banyak ilmu yang dapat. :)
 
Malam tu, selepas buka puasa (kat Sogo jek), pertama kali aku bayar zakat untuk diri sendiri ni. Hehe berdebar-debar jugak. Mula-mula nak biarkan abah je bayarkan, tapi lepas disuruh oleh somebody tu, aku pegi jugak bayar. Wajib untuk diriku.

Puas plak rasanya dapat bayar zakat dengan duit sendiri. Tapikan, aku kan ke mastautin kat Penang, tapi bayar zakat kat KL...huhu boleh je kan? (-.-') Kalo tunggu abah aku bayar, dia bayar kat Kedah la. 

Takpe la...nah sikit info tentang zakat fitrah :

Maksud :

Zakat badan yang diwajibkan kepada orang Islam yang merdeka kerana tamat bulan ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Waktu Membayar Zakat Fitrah :
  1. Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan. 
  2. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan. 
  3. Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri. 
  4. Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari). 
  5. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri. 
  6.  
    Lafaz Akad Fitrah :  

    Bagi Diri Sendiri 
    ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.  

    Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan
    ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

    Bagi Pihak
    ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi ………………… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.


    Kadar Zakat Fitrah 2011 :

    Negeri
    Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
    Perlis
    6.00
    Kedah
    7.00
    Pulau Pinang
    7.30
    Perak
    7.00
    Selangor
    7.00
    Negeri Sembilan
    6.50
    Melaka
    6.30
    Johor
    6.50
    Pahang
    7.30
    Terengganu
    6.00 / 7.00 / 8.00*
    Kelantan
    7.60
    Sarawak
    7.50
    Sabah
    7.70
    Wilayah Persekutuan
    7.00

    1 comment:

    muhamad hanif said...

    ayah bayarkan lagilah...


    wakakakakaka ~~