Saturday, August 20, 2011

♥ jom bayar zakat fitrah ♥

- Assalamualaikum -

Hari ini masuk hari ke 20 bulan ramadhan. Jom la mengejar keberkatan 10 malam terakhir ramadhan ni. Moga-moga dapat bertemu dengan Lailatulqadar-Nya. Amin.

Minggu lepas, aku attend Bengkel Mesra Ibadah di Institut Jantung Negara (IJN). Cuak jugak sebab sorang-sorang. Tapi, takpe..alhamdulillah, banyak ilmu yang dapat. :)
 
Malam tu, selepas buka puasa (kat Sogo jek), pertama kali aku bayar zakat untuk diri sendiri ni. Hehe berdebar-debar jugak. Mula-mula nak biarkan abah je bayarkan, tapi lepas disuruh oleh somebody tu, aku pegi jugak bayar. Wajib untuk diriku.

Puas plak rasanya dapat bayar zakat dengan duit sendiri. Tapikan, aku kan ke mastautin kat Penang, tapi bayar zakat kat KL...huhu boleh je kan? (-.-') Kalo tunggu abah aku bayar, dia bayar kat Kedah la. 

Takpe la...nah sikit info tentang zakat fitrah :

Maksud :

Zakat badan yang diwajibkan kepada orang Islam yang merdeka kerana tamat bulan ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Waktu Membayar Zakat Fitrah :
  1. Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan. 
  2. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan. 
  3. Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri. 
  4. Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari). 
  5. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri. 
  6.  
    Lafaz Akad Fitrah :  

    Bagi Diri Sendiri 
    ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.  

    Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan
    ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

    Bagi Pihak
    ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi ………………… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.


    Kadar Zakat Fitrah 2011 :

    Negeri
    Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
    Perlis
    6.00
    Kedah
    7.00
    Pulau Pinang
    7.30
    Perak
    7.00
    Selangor
    7.00
    Negeri Sembilan
    6.50
    Melaka
    6.30
    Johor
    6.50
    Pahang
    7.30
    Terengganu
    6.00 / 7.00 / 8.00*
    Kelantan
    7.60
    Sarawak
    7.50
    Sabah
    7.70
    Wilayah Persekutuan
    7.00

    Friday, August 5, 2011

    ♥ puasa yang celaka & binasa ♥

     Di hari ke 5 berpuasa :-
    احضُرُوا المنبر، فحضرنا، فلما ارتَقَى درجةً قال: امين، فلما ارتقى الدرجةَ الثانية قال: امين، فلما ارتقى الدرجة الثالثة قال: امين. فلما نَزَلَ، قُلنا: يا رسولَ الله! لقد سمعنا منك اليومَ شيئا ما كنا نسمعه، قال: إن جبريل عليه السلام عَرَضَ لى فقال: بُعدٌ من اَدرَكَ رمضانَ فلم يُغْفَرْله، قلت : امين. فلما رَقِيتُ الثانية، قال: بعد من ذَكَرتَ عنده فلم يُصَلِّ عليك، فقلت: امين. فلما رقيت الثالثة، قال: بعد من ادرك أبَوَيهِ الكِبَرَ عنده أو أحدهما، فلم يُدخِلاه الجنةَ، قلت: امين

    RasuluLlah saw bersabda, "Datanglah kamu semua ke mimbar”, maka kamipun datanglah. Apabila Baginda naik satu tangga, Baginda berkata: امين, apabila Baginda naik tangga kedua, Baginda berkata: امين , apabila Baginda menaiki tangga ketiga , Baginda berkata: امين.

    Apabila Baginda turun, kami pun berkata: Wahai Rasulullah saw, sesungguhnya kami telah mendengar daripada kamu hari ini sesuatu yang kami tidak pernah dengar.

    Baginda bersabda: Jibril as datang kepada aku dan berkata: “ ‘CELAKA/BINASALAH’ sesiapa yang menyempurnakan Ramadan, tetapi masih tidak diampunkan baginya”. Aku menjawab: امين.

    Apabila aku menaiki tangga kedua, Jibril berkata: “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang kamu disebut di sisinya, tetapi dia tidak mensalawatkan ke atas kamu”. Akupun berkata: امين.

    Apabila aku menaiki tangga ketiga, Jibril berkata, “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang menjaga di sisinya kedua ibubapanya yang sudah tua atau seorang dari keduanya, tetapi ibubapanya tidak memasukkannya ke syurga”. Aku menjawab: امين.
     Nota kaki : Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

    Wednesday, August 3, 2011

    ♥ nipple pink di bulan puasa? ♥

    - assalamualaikum -

    Hari ke-3 ramadhan, apa rasa?
    Hehe nafsu apa yang dah berjaya diharungi?
    Bagi aku, sangat payah nak berjuang memerangi nafsu hati ini.
    Jeng-jeng-jeng, kenapa?
    Hehe sebab aku ni, kuat giler berangan.
    Pantang free, mula la jauh pikirnya.
    Sampai ke tet-tet.. astaqfirullah. (-.-')

    Bulan puasa, bulan pahala bercambah-cambah, bulan mulia yang diangkatkan darjatnya,jomlah sama-sama kita hayati ramadhan ini.
    Mana tau, tahun depan, dah takde Ramadhan untuk kita? :(
    Temukan kami dengan Ramadhan-Mu lagi ya Allah~

    *********************

    Ehem-ehem, tadi terbaca status somebody kat facebook.

    " Kan best kalo nipple aku pink. 
    #buat-buat tak nampak status ni# "

    Gitu ler yang sorang gegirl ni tulis.
    Ya ampun, jangan la camtu dik, segan akak baca. Malu. (-.-')
    Kalo pun kamu nak sangat nipple pink (tak tau ler kalo nipple kamu hitam ke??), tak payah la buat status camtu.
    Ye, facebook itu milik kamu, hak kamu punya suka la kan nak tulis apa pun. Tapi, berpada-padalah.
    Kita kan pompuan yang dikurniakan sifat malu.
    Tambah-tambah bulan Ramadhan ni, mana tau ada lelaki yang terbaca status kamu,dan terimagine yang bukan-bukan?
    Ehm, tak pasal-pasal pahala puasa diorang berkurang, dan dosa kamu yang bertambah. Nauzubillah.

    Semoga Allah kembalikan hati kita balik ke jalan yang diredhai-Nya. Amin~


    Nota kaki : Bahagianya bersama-sama teman spiritual di alam maya ini. TQ Allah temukan kami.