Thursday, June 16, 2011

♥ river monster : arapaima + alligator gar ♥

- assalamualaikum -

Korang kenal tak ikan ni?
Arapaima gigas aka ikan naga.
Ikan ni nampak garang tapi dia sangat manja dengan manusia.
Insyaallah, tak serang orang.
Dulu yang kita kecoh-kecoh nampak naga kat 
Tasik Kenyir tu, ikan ni la.
Bersirip dan berekor merah delima.
Sekali dia libas ekor, memang nampak mirip naga pun kan?
Ikan ni boleh dijumpai di Sungai Amazon.
Tapi sekarang dah banyak kat Malaysia ni.
Kat Aquaria KLCC, Zoo Taiping pun ada.





 -
-
-

Ni plak ikan buaya ataupun 
nama betulnya Alligator Gar (Atractosteus spatula). 
Ikan ni pun tergolong dalam ikan prasejarah gak - macam Arapaima.
Mulutnya memang sebijik macam buaya, tapi dia baik dengan orang.
Dia pemalu dan akan menjauhi manusia selagi boleh.
Ikan ini banyak mendiami kawasan Amerika Utara sekitar sungai air tawar di Lower Mississippi River Valley dan Gulf Coast states of the Southeastern United States serta Mexico.
Ikan ni boleh bertahan di daratan selama 2 jam. 
Ikan ni pun bole didapati di kedai-kedai akuarium kat Malaysia. 



Alligator gar - 100 tahun dahulu.


Sekarang ni, banyak orang buang ikan-ikan 
jenis predator di kat dalam kolam @ sungai.
Sebab diorang tak larat bela/tak cukup space sebab membesar/tak larat bagi makan banyak-banyak kat ikan ni.
Hep, ikan foreigner ni akan mengganggu ekosistem negara kita tau.
Dia akan makan ikan-ikan kecik yang ada dalam sungai tu.

Hehe kalo nak tau lebih lanjut, rajin-rajin le tengok rancangan River Monster tu.


Nota kaki : Ek, agak-agak ikan camni bole makan tak ?


5 comments:

muhamad hanif said...

ahahah..dlm akurium aku ada ikan emas dgn ikan laga je..nak try la bela ikan arapama ni..

ibnubaba_04 said...

betul ke ni ikan ni manja.. kang aku g tasyik kenyer nnti, aku celup kaki lam air, kalau kena gigit, aku mntk pampasan ngn ko tau..haha

khairul said...

besar nya !

cik azeya said...

besar gile! hahaaa. takot plak tengok yg ikan buaye tu. huhuhu

Anonymous said...

saya tgh bela 2 ekor baby alligator-gar species Lepisosteus spatula. susah gak mencarik ikan ni merata kedai akuarium. akhirnya ke temu jugak. mmg kuat makan gak la ikan ni!