Wednesday, June 15, 2011

♥ gerhana bulan penuh : 16 jun 2011 ♥

- assalamualaikum -


Malam 16hb Jun 2011 (Khamis), insyaallah akan berlaku Gerhana Bulan Penuh ataupun Total Lunar Eclipse bermula dari pukul 1.25 pagi hingga 7 pagi. Teruja kan? Jom pakat-pakat tengok malam ni sambil buat solat sunat gerhana ye.


Fenomena ni sangat jarang berlaku, dimana Bulan akan melewati pusat bayangan Bumi. Bulan akan bewarna kemerah-merahan. Mesti cantik. Subhanallah.. Peristiwa ni pernah terjadi 11 tahun dulu dan akan berlaku pada 27 Julai 2018 plak nanti. Lama lagi tu. Ntah masih hidup ke tak kita masa tu kan? Jadi, amik la kesempatan malam ni melihat kebesaran Ilahi.




Sempena peristiwa ni, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Masjid Negara menganjurkan Program Gerhana Bulan Penuh bertempat di Perkarangan Luar Masjid Negara jam 1.00 am hingga 7.00 am. Semua orang boleh pegi dan menyaksikan fenomena ni menerusi teleskop yang disediakan. 1000 orang pengunjung terawal akan dapat sekotak Eclipse Mints free, sumbangan Wrigley Company (M) Sdn. Bhd.

Sumber : Planeterium

Wah, bestkan? Kalau aku still kat KL lagi, mesti aku join program ni. Boleh merawat hati yang lara.


Nota kaki :  

1) Subhanallah, ALLAH Yang Maha Berkuasa menjadikan sesuatu. Sungguh, kami beriman pada-Mu ya Robb~

2) Tepat 16 Jun jugak genap sesuatu itu. huhu...


2 comments:

cucu umie said...

bukan 3jjam shje ker gerhana itu berlaku..hoho kalo xsilap ayie lh..

muhamad hanif said...

genap apa-genap apa ?

ahahhah