Thursday, June 9, 2011

♥ azad jazmin & erra fazira ♥

- assalamualaikum -


Hujung minggu aritu, berjimba-jimba dengan banyaknya sehingga terkena virus demam di waktu bekerja. Tapi, berkat kuasa ALLAH dan mujarab Virgin Coconut Oil yang aku amek baru seminggu nih, aku rasa demam aku macam chipsmore pulak. Kejap ada, kejap takde. Time meroyan sebab kesunyian, mula la mencanak-canak naik suhu badan ni. Time hepi go lucky, takde plak nak sakit ye dak? Oh well, itu lumrah bagi aku.


Disebabkan mak aku dah rindu bangat kat adik-adik aku yang baru masuk U tu, kitorang pun berangkat la pegi melawat budak-budak yang manja tu. Start dari UiTM Kedah, ke UiTM Penang, berehat semalaman di Bertam (rumah aku le tuh) dan subuh-subuh tahap ayam tak berkokok lagi meneruskan perjalanan ke UiTM Perak. Oh dem, semua anak-anak mak abah aku produk UiTM ke? Hep, jangan cakap UiTM tak bagus tau. Sensitip!


Pertama kali sampai ke Sri Iskandar, kesian. Tempat nak ronggeng takde langsung. Paling dekat Ipoh kot <-- 45 km. Then, ke depan sket nampak Universiti Teknologi Petronas (UTP). Aku bajet UTP tu tempatnya sangat happening. Rupanya jauh ke dalam jugak ye. Takpela, kamu-kamu pegi sana nak blaja kan? So, lupakan soal ronggeng.


Time lunch, terlunch sekali dengan Azad Jazmin pulak. Apa? Tak kenal? Ok, pelakon filem Ngangkung tu. Ala, yang konon-konon kapel dengan Eira Syazira tu. 

Slumber badak jek bapak aku tanya dia, 
"Eh, you dengan David Teo tu pe citer?''

Dia jawab,
"I dah kasi pancung sama dia..hehe"

Aku plak, blurr.. Nampak sangat aku ketinggalan zaman kan? Buta gosip.
(-.-')

Gigih budak ni amek berkeping-keping gambar dengan si Azad ni. Aku tak pun.


Sebab aku ada gambar dengan Erra. Walah, siap pegi training 2 ari sesama lagi you. Auww~ 


6 comments:

cik zaza said...

melawat berperingkat-peringkat.hehe..

*seronoknya dpt bergmbr dgn artis, kalo sy artis depan mata sy buat taktahu je sbb takut salah org.

muhamad hanif said...

gmbar dengan david teo mana ?

cik azeya said...

pergh. lawatan sambil belajar tuh namenye. ahaha.

*awat muke erra macam tu. haha

najwa's said...

@cik zaza

hehe iols pun kadang2 buat taktau gak kalo takde org tegur dulu. ;p takot salah orang.

najwa's said...

@muhamad hanif

david teo? tarak~ hehe

najwa's said...

@cik azeya

hehe muka erra cmtu sebab baru pas nangis. weols pegi training nangis2 sesama tau. tak tipu~ ;p