Monday, June 27, 2011

♥ badminton training ♥

- assalamualaikum -

sebenarnya kan, mood untuk berblog makin kurang, kurang dan kurang.. 
:( :(
takpe la, nak update jugak..tanak la biar berhabuk blog ni.

arini dah start training badminton bersama kawan-kawan.
hoyeah, best!
lama dah tinggal training, skali main balik, memang sedap!!


 

orite, babai.


Nota kaki : Bole tak buat entry macam ni jek? (-.-')


Friday, June 17, 2011

♥ Setahun alumni ESQ ♥

- assalamualaikum -

Hari ini genap setahun menjadi alumni ESQ.
Alhamdulillah ya allah,
Engkau masih beri kami peluang untuk mengejar rahmat-Mu.

Di saat aku mendambakan kasih-Mu,
Kau uji aku dengan ujian itu.
Dan aku tersungkur,
rebah dalam keindahan dan kecintaan duniawi.
Aku gagal ya robb..

Kau ampunkanlah dosa-dosa masa laluku,
dan dosa akan datangku.
Aku mahu berubah, berubah untuk mendapatkan kecintaan-Mu.
Sungguh, aku redha atas segala sesuatu yang terjadi ini.
Kerana aku yakin, Engkau mahu mengajar aku tentang ketakwaan pada-Mu.

Terima kasih ya allah,
kerana di saat aku hampir rapuh, lemah-selemahnya,
Engkau kurniakan aku sahabat sebenar yang dapat membawa aku ke jalan-Mu.
Semoga mereka sentiasa berada dalam rahmat-Mu.


Amin~


Thursday, June 16, 2011

♥ river monster : arapaima + alligator gar ♥

- assalamualaikum -

Korang kenal tak ikan ni?
Arapaima gigas aka ikan naga.
Ikan ni nampak garang tapi dia sangat manja dengan manusia.
Insyaallah, tak serang orang.
Dulu yang kita kecoh-kecoh nampak naga kat 
Tasik Kenyir tu, ikan ni la.
Bersirip dan berekor merah delima.
Sekali dia libas ekor, memang nampak mirip naga pun kan?
Ikan ni boleh dijumpai di Sungai Amazon.
Tapi sekarang dah banyak kat Malaysia ni.
Kat Aquaria KLCC, Zoo Taiping pun ada.





 -
-
-

Ni plak ikan buaya ataupun 
nama betulnya Alligator Gar (Atractosteus spatula). 
Ikan ni pun tergolong dalam ikan prasejarah gak - macam Arapaima.
Mulutnya memang sebijik macam buaya, tapi dia baik dengan orang.
Dia pemalu dan akan menjauhi manusia selagi boleh.
Ikan ini banyak mendiami kawasan Amerika Utara sekitar sungai air tawar di Lower Mississippi River Valley dan Gulf Coast states of the Southeastern United States serta Mexico.
Ikan ni boleh bertahan di daratan selama 2 jam. 
Ikan ni pun bole didapati di kedai-kedai akuarium kat Malaysia. 



Alligator gar - 100 tahun dahulu.


Sekarang ni, banyak orang buang ikan-ikan 
jenis predator di kat dalam kolam @ sungai.
Sebab diorang tak larat bela/tak cukup space sebab membesar/tak larat bagi makan banyak-banyak kat ikan ni.
Hep, ikan foreigner ni akan mengganggu ekosistem negara kita tau.
Dia akan makan ikan-ikan kecik yang ada dalam sungai tu.

Hehe kalo nak tau lebih lanjut, rajin-rajin le tengok rancangan River Monster tu.


Nota kaki : Ek, agak-agak ikan camni bole makan tak ?


Wednesday, June 15, 2011

♥ gerhana bulan penuh : 16 jun 2011 ♥

- assalamualaikum -


Malam 16hb Jun 2011 (Khamis), insyaallah akan berlaku Gerhana Bulan Penuh ataupun Total Lunar Eclipse bermula dari pukul 1.25 pagi hingga 7 pagi. Teruja kan? Jom pakat-pakat tengok malam ni sambil buat solat sunat gerhana ye.


Fenomena ni sangat jarang berlaku, dimana Bulan akan melewati pusat bayangan Bumi. Bulan akan bewarna kemerah-merahan. Mesti cantik. Subhanallah.. Peristiwa ni pernah terjadi 11 tahun dulu dan akan berlaku pada 27 Julai 2018 plak nanti. Lama lagi tu. Ntah masih hidup ke tak kita masa tu kan? Jadi, amik la kesempatan malam ni melihat kebesaran Ilahi.




Sempena peristiwa ni, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Masjid Negara menganjurkan Program Gerhana Bulan Penuh bertempat di Perkarangan Luar Masjid Negara jam 1.00 am hingga 7.00 am. Semua orang boleh pegi dan menyaksikan fenomena ni menerusi teleskop yang disediakan. 1000 orang pengunjung terawal akan dapat sekotak Eclipse Mints free, sumbangan Wrigley Company (M) Sdn. Bhd.

Sumber : Planeterium

Wah, bestkan? Kalau aku still kat KL lagi, mesti aku join program ni. Boleh merawat hati yang lara.


Nota kaki :  

1) Subhanallah, ALLAH Yang Maha Berkuasa menjadikan sesuatu. Sungguh, kami beriman pada-Mu ya Robb~

2) Tepat 16 Jun jugak genap sesuatu itu. huhu...


Monday, June 13, 2011

♥ cinta ALLAH kekal abadi ♥

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati,
Izinkan lah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya bertaut pada-Mu,
agar aku tidak terjatuh
ke dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rahman,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakan lah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya kepada Mu
Agar bertambah kekuatanku
untuk menyintai Mu...

Ya Rahim,
Jika aku merindui seseorang,
Rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu...

Ya Aziz,
Jika aku menikmati cinta hamba Mu,
Janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan
betapa indahnya beribadat kepada Mu...

Ya Rabbana,
Jika aku bersedih
kerana seseorang menjauhiku,
Kuatkan lah hati & keimananku,
Agar aku tidak jauh dari kasih sayang Mu...

Amin Ya Rabbal Alamin...


Thursday, June 9, 2011

♥ nora elena heartless? ♥

- assalamualaikum -

Mood : Stress bile Nora Elena kat youtube dah kena block. (>_<) 
Dah la aku gedik-gedik baru nak tengok episode 8. 
Takpela, mende free kan, nak demand lebih-lebih kang ada yang makan pelempang.

-
-

Kadang-kadang aku terpikir, boleh ke hidup sorang-sorang? 
Kalo dulu ye, TAK BOLEH. Sekarang, alhamdulillah. 
Ada somebody yang cukup membuatkan hati ni tabah-setabahnya. 
Tahniah buat kamu sebab telah menjadikan aku seorang HEARTLESS. 
Jangan tanya best ke tak dapat gelaran tu. (-.-')

Sebenarnya kita tak perlu ada sape-sape untuk jadi kuat, 
kerana kekuatan itu ada dalam diri kita. 
Antara nak dengan tanak je. Jika kita yakin, pasti kita boleh. 
Potensi diri kita lebih besar daripada apa yang kita jangkakan. 
So, tak payah nak meroyan bagai jika ada something yang menyakitkan hati,

kerana...

~ dunia belum berakhir.. jika kau tinggalkan aku..
 masih banyak teman-temanku di sini, menemaniku ~

(^_~)




Nota kaki : Aku tak paham dengan perasaan ni. Kosong? Kaku? Beku? Pedulikan lah. Takde yang kesah dengan apa yang aku rasa pun.


♥ azad jazmin & erra fazira ♥

- assalamualaikum -


Hujung minggu aritu, berjimba-jimba dengan banyaknya sehingga terkena virus demam di waktu bekerja. Tapi, berkat kuasa ALLAH dan mujarab Virgin Coconut Oil yang aku amek baru seminggu nih, aku rasa demam aku macam chipsmore pulak. Kejap ada, kejap takde. Time meroyan sebab kesunyian, mula la mencanak-canak naik suhu badan ni. Time hepi go lucky, takde plak nak sakit ye dak? Oh well, itu lumrah bagi aku.


Disebabkan mak aku dah rindu bangat kat adik-adik aku yang baru masuk U tu, kitorang pun berangkat la pegi melawat budak-budak yang manja tu. Start dari UiTM Kedah, ke UiTM Penang, berehat semalaman di Bertam (rumah aku le tuh) dan subuh-subuh tahap ayam tak berkokok lagi meneruskan perjalanan ke UiTM Perak. Oh dem, semua anak-anak mak abah aku produk UiTM ke? Hep, jangan cakap UiTM tak bagus tau. Sensitip!


Pertama kali sampai ke Sri Iskandar, kesian. Tempat nak ronggeng takde langsung. Paling dekat Ipoh kot <-- 45 km. Then, ke depan sket nampak Universiti Teknologi Petronas (UTP). Aku bajet UTP tu tempatnya sangat happening. Rupanya jauh ke dalam jugak ye. Takpela, kamu-kamu pegi sana nak blaja kan? So, lupakan soal ronggeng.


Time lunch, terlunch sekali dengan Azad Jazmin pulak. Apa? Tak kenal? Ok, pelakon filem Ngangkung tu. Ala, yang konon-konon kapel dengan Eira Syazira tu. 

Slumber badak jek bapak aku tanya dia, 
"Eh, you dengan David Teo tu pe citer?''

Dia jawab,
"I dah kasi pancung sama dia..hehe"

Aku plak, blurr.. Nampak sangat aku ketinggalan zaman kan? Buta gosip.
(-.-')

Gigih budak ni amek berkeping-keping gambar dengan si Azad ni. Aku tak pun.


Sebab aku ada gambar dengan Erra. Walah, siap pegi training 2 ari sesama lagi you. Auww~ 


Tuesday, June 7, 2011

♥ kawen? ♥

- assalamualaikum -

Sekarang sekolah cuti, bermakna banyak majlis kawen-kawen. Tahniah buat yang dah selamat menjadi laki-bini orang, dan tahniah jugak buat yang baru bergelar tunangan orang. Semoga kekal sampai ke anak cucu akhir hayat. Amin.

Aku? Jangan ditanya bila nak kawen-kawen. Ikut nafsu, memang nak! Sape tanak dibelai manja tiap malam? Balik keje penat-penat, ada suami urutkan. Oh gilos..naik gerun bulu ketiak aku bila taip perkataan SUAMI. Kenapa? Paranoid? Nonsense lah. (-.-')

Sebenarnya, nak jadi seorang isteri, ibu, dan menantu bukanlah susah. Senang sangat. Sekali akad nikah je, dah dapat macam-macam gelaran - isteri, ratu sehari, menantu, kakak ipar, adik ipar, dapat makcik-pakcik baru. Kan banyak tu? Tapi, bukan mudah jugak untuk menjadi seorang isteri mithali, menantu yang dikasihi, kakak ipar yang disayangi. Petuanya? Oh, maaf.. Jangan tanya aku, sebab aku masih bujang!

Jika ditanya pada aku, dah bersediakah untuk hidup berdua dengan yang dicintai itu? Jawapannya, YA! 
Tapi, sangat belum bersedia untuk hidup bertiga, berempat, berlima, dan berenam dengan family sebelah sana. Takut diri ini tak sesempurna mana di mata mereka. Mungkin aku tak cantik, tak pandai masak, tak pandai mengemas rumah? Ntah.

Kadang-kadang aku tak punya jawapan yang pasti tentang soalan-soalan yang banyak berlegar di minda kala ini. Huh.

Percayalah, berkahwin itu menikmatkan.


Nota kaki : 

1) Kadang-kadang hidup tanpa fesbuk itu menyeronokkan.

2) Tahniah buat adik kamu yang dah selamat bertunang dengan orang jauh.


Wednesday, June 1, 2011

♥ pengubat rindu, pipi yang sakit ♥

- assalamualaikum -

Dah 3 ari pipi ni saket sangat.
Nak kata ulcer, bukan.
Tapi, macam ulcer gak la.
Sume ni gara-gara tergigit pipi time tengah makan la ni.
Tengah sedap makan buah sambil landing atas katil,
boleh plak tertido.. <-- nmpak sangat ngantok giler kan?
Tak sedar tergigit pipi..dua-dua belah pipi kiri & kanan plak tu.
Waaaaaaaaaaaaa.....

Ok, lupakan pipi yang sakit tuh. Jom layan citer plak.
Tadi, pegi tengok PIRATES OF THE CARIBBEAN : ON STRANGER TIDES sambil makan piza.
Asal tengok wayang jek, mesti makan piza. 
Tapi, takpela..rezeki khen? Mana bole tolak.
Thanks bucuk yang belanja saya tu!
Oh dem, siyes aku jatuh chenta terus dengan Jack Sparrow.

Jom malam ni mimpikan dia..









Hamek kau, tengok la gambar dia sampai muntah.
(-.-')
Ailebiu jackie yang sengal, see ya tonite~
Muahahaha.. 

 


Nota kaki :  

1) Al-fatihah buat somebody yang meninggal dunia arini. Semoga ALLAH tempatkannya di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

2) Hoyeah, sangat gembira berbunga-bunga chenta hati ni bila dapat shawl free, mahal tau! Makaceh kamu. Muah-muah.