Sunday, May 29, 2011

♥ cinta pokok cili ♥


Aku ada sepohon pokok cili.
Pokok cili itu perlu dijaga dan dibelai agar hidup subur.

Dia cakap, kalau nak pokok cili itu hidup subur,
Jangan pedulikan rumput-rumput yang tumbuh di sekeliling pokok cili.
Tapi, 
Aku tak punya kuasa untuk mematikan rumput-rumput yang mengganggu pokok ciliku.
Aku hanya mampu berdoa agar rumput itu mati dan tidak bertunas lagi.
Aku harap tak ada yang akan mengganggu pokok ciliku lagi.

Hakikatnya,
Setiap yang hidup, pasti akan mati.

Dia bertanya, apa akan jadi jika pokok cili itu mati?
Aku cakap, pokok cili akan meninggalkan biji benih yang akan menumbuhkan pokok baru.
Dia bertanya lagi, jika orang tak suka akan biji benih itu,
apa akan aku buat?

emmmm..
Sayang, aku tak punya jawapan untuk soalan itu.
Apa yang penting, aku tetap mengharapkan pokok cili aku subur selamanya di hatiku.

Amin ya alllah.



Nota kaki :

1) Untuk mencapai matlamat, jauhi 3 perkataan : TAPI, MUNGKIN, dan ??? <-- alamak sayang, aku tak ingat lagi satu. (-.-')

2) Mesti korang-korang tak paham kan apa yang aku merepek ni? Ngee~


6 comments:

Sitisifir10 said...

Semoga boleh mengelakkan diri dari cakap 3 benda tu :))

muhamad hanif said...

oh..ok2..


*buatbuat paham..

nelly said...

like this !!

najwa's said...

@Sitisifir10

yup! tapi, belum pape lagi, dah tak hengat. (-.-')

najwa's said...

@muhamad hanif

ngeee~ debush! buat2 paham sudey.

najwa's said...

@nelly

like u too nelly! :D