Monday, May 30, 2011

♥ souvenir from korea ♥

- assalamualaikum -

Yeay!
Tadi dapat something kat lab.

Tadaaaa~


Walaupun its just kepit kuku + keychain patung kecik, 
aku tetap suka!
Sebab dari Korea. Ngee~
(^_~)

Makaseh buat sape-sape yang bagi tu.
Aku pun taktau sape yang bagi ekceli.
Tiba-tiba je En Man kasi.

Sape yang pegi haneymoon kat Korea ni?
Cepat gtau!
Sampai hati tak ajak skali.
(-.-')

 pilih-pilih nak yang mana ? =)

Sekali lagi, tengs buat si pemberi.
I loike~


Nota kaki : Dah selamat me'renew' lesen setelah 2 minggu menjadi pemandu 'haram'.


Sunday, May 29, 2011

♥ makan @ puncak mutiara cafe, kg pelet ♥

- assalamualaikum -

korang penah tak melantak makan rabbit? rusa? itik? puyuh?

ataupun 

OSTRICH?

 sila bayangkan leher ostrich ini ditetak 14 dan dimasak sup.
sedap kan ?

Binatang-binatang ni korang boleh la rasa masakannya kalo pegi ke Puncak Mutiara Cafe, Kg Pelet, Bukit Mertajam. 
Semua binatang ni owner dia bela sendiri okeh. 
Siap ada bermacam-macam kandang kat sebelah cafe tuh.
Emm, pesanan khidmat masyarakat dari aku : sila pilih tempat makan yang agak jauh dari kandang untuk mengelakkan bau-bauan yang kurang enak. 
Cafe dia memang ceruk gilos. 
Tapi, dun wory..pasti tak mengecewakan. :)


Weols pegi waktu malam, melepak sampai ke pagi di hari bekerja. 
Heaven giler keje next day tu~

Aritu aku minum strawberi shake <-- tak best sebab ada ke patut dia bagi shake segera yang letak dalam bekas plastik ? Sangat hampeh.

Dan makan ni - roti arab + kari ayam kampung kaki panjang.


Akibatnya, diarrhea sepanjang hari. =p 
Tapi, sedap roti dia. I loike~ cuma, tang ayam kampung tuh, ku kureng berkenan. Aku tak makan ayam kampung. (-.-')

tak sure satay rabbit or what?

Cik Madey order love boat <-- mood mabuk chenta agaknya. Tapi, sedap! 


dan nasi goreng satay.


Mutiara mushroom sangat sedap & fresh. 
Bak baru dipetik dari ladang. 
Ngee~


Ataupun kalo korang nak kelainan, try la yang ni :-

Ostrich masak pedas - rm 27.90

Rabbit masak pedas - rm28.

Nasi Beriani Rusa - rm33.

Orang cakap, kambing grill dia memang superb. 
Tapi, maap.. aku tak makan kambing. Hehe.

Look great?

Ahaa~
Dah tu, meh ler ramai-ramai ke Puncak Mutiara Cafe, Kg Pelet ni.

Weols dah pegi. Buktinya ?? Zassss~

the only one jejaka from kelantan, Nik. :)

 Hahaha aku kejam ke tak? Sian adik manis ni, teringin benor~ =p

i love theyols dem much! muahahaha~

Perut kenyang, hati senang.. So, babai lah~


Nota kaki : Selamat menonton Mentor..



♥ cinta pokok cili ♥


Aku ada sepohon pokok cili.
Pokok cili itu perlu dijaga dan dibelai agar hidup subur.

Dia cakap, kalau nak pokok cili itu hidup subur,
Jangan pedulikan rumput-rumput yang tumbuh di sekeliling pokok cili.
Tapi, 
Aku tak punya kuasa untuk mematikan rumput-rumput yang mengganggu pokok ciliku.
Aku hanya mampu berdoa agar rumput itu mati dan tidak bertunas lagi.
Aku harap tak ada yang akan mengganggu pokok ciliku lagi.

Hakikatnya,
Setiap yang hidup, pasti akan mati.

Dia bertanya, apa akan jadi jika pokok cili itu mati?
Aku cakap, pokok cili akan meninggalkan biji benih yang akan menumbuhkan pokok baru.
Dia bertanya lagi, jika orang tak suka akan biji benih itu,
apa akan aku buat?

emmmm..
Sayang, aku tak punya jawapan untuk soalan itu.
Apa yang penting, aku tetap mengharapkan pokok cili aku subur selamanya di hatiku.

Amin ya alllah.



Nota kaki :

1) Untuk mencapai matlamat, jauhi 3 perkataan : TAPI, MUNGKIN, dan ??? <-- alamak sayang, aku tak ingat lagi satu. (-.-')

2) Mesti korang-korang tak paham kan apa yang aku merepek ni? Ngee~


Thursday, May 26, 2011

♥ diarrhea, kawen & bad dog's diary ♥

- assalamualaikum -

Arini diarrhea yang teramat sangat. 
Seksa oo. (-.-')
Gara-gara makan ayam kampung kaki panjang kat kedai superb semalam la ni.
Tapi, takpe. 
Yang penting enjoy dapat hang out dengan geng!




Kad kawen Mizah <-- kakak Mizi geng KBU,
dah selamat dapat kat lab tadi.
Alhamdulillah, kawan-kawan ramai dah tawen nih.
Aku bila lagi?
Tetttttttttt..
Abang sayang, SILA BERI PERHATIAN !
Statement ni untuk awak.


Sedang berusaha keras menghabiskan buku citer nih.
Best!
Kesah anjing nakal yang suka menghanjingkan anjing lain + owner dia.
Ngee~
I loike sangat.
Korang beli la buku ni ye..


THE BAD DOG'S DIARY
by Martin Howard.

Aku tak beli pom.
Pinjam jek kat library.
Hahaha.. bab nak beli buku-buku ni, aku memang kedekut sket!
Opssss.. (>_<)


Nota kaki : 

1) Esok nak pegi kenduri kawen Cik Puan Dayah kat negeri 9. Euww~ satu bas rombongan cik yam dari bertam..amek kau. :) 

2) Tak sabar nak tunggu minggu depan sebab ada something. Ngee~

3) Jutaan tengs untuk kak Sunah Sakura sebab modified sket header saya. Tadaa~ sape perasaan dah berubah sket? Hehe muah, muah, muah akak.

4) Sikit terpengaruh dengan mamat kurus ni untuk beli Catalyst dia. Supplement minyak kelapa dara. Ada sape-sape penah amek tak? Sila angkat kaki!


Tuesday, May 24, 2011

♥ hepi besday cik madey ♥

- assalamualaikum -

Arini besday kawan aku.

~Normadehah bt Rozali~

Hepi besday dear. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah selalu. Amin.

Disebabkan gambar besday celebration dia takde dalam simpanan aku, 
so tak dapat nak nak tepek gambar tuh.
Tapi, aku ada gambar dia yang gojes. 

Nak tengok tak? Nak tak?

-
-
-
-

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~







Ngee~
Ni bukan gambar sebenar dia.
Tapi, gambar kain-kain yang sangat santek yang dia jual.
Korang tergoda tak?
Meleleh air liur tak tengok kain-kain nih?

Haaa~
Kalo nak cuci mata, meh la jenjalan kat blog dia.

Beli tau jangan tak beli. Murah jek!!!
Bole buat pakai tunang, raya, or hadiahkan kat awek2..


Hehe korang nak kenal tak owner dia?


  Besday gegirl yang bawah tu ye...
Eh, salah. Yang atas, berdiri tuh.

I love u laling~
Say gudbye to 22.
Kamu dah tua!
Hahaha..



♥ nur kasih dan priest ♥

- assalamualaikum -


.: NUR KASIH THE MOVIE :.



ye, aku dah pegi tengok. dengan osmet sayang bucuk, Cik Adawiyah, Cik Madey <-- birthday girl, Kak Long & Ika. 
hehe walaupom aku tak tengok langsung drama dia,
aku paham gak la jalan citer dia.
Cuma mula-mula konpius, yang mana Aidil, yang mana Adam.
Pemandangan dalam citer ni i loike banyak-banyak.
Santek.
Pape pun, best la gak..dapat hangout together2 dengan besties.
Lap uols gegirl.
 




.: PRIEST :.


Aritu pegi tengok Priest. Dem, mula-mula tak tau citer mende nih. 
Tut-tut kesah si paderi lawan dengan vampire. OMG. (-.-')
Citer dia memang best, action best. <-- sebab aku suka action + thriller movie..muahaha.
Tapi, time melayan citer tu, aku doa dalam hati semoga akidah dan iman aku tak tergugat dengan citer nih.
Sesungguhnya hanya ALLAH Yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu, bukan gereja, ataupun Tuhan lain.
Semoga ALLAH ampunkan aku jika aku berdosa tengok citer nih. 
   




Nota kaki : 

1) Ya ALLAH, bahagianya dapat recharge ESQ SC2 kat Politeknik Seberang Perai weekend lepas. Sedih plak bila masa tu cepat jek berlalu. Huhuhu..

2) Sian plak kat si kembar adik-adikku yang baru masuk u tu.
Sorang UiTM Penang, sorang UiTM Sri Iskandar.
Sorang demam, masuk wad, sorang nanges gile-gile nak balik umah.
Dua-dua tak penah berpisah, tak penah dok asrama.
Sabar ye sayang-sayang, semoga ALLAH permudahkan urusan kamu.
Amin.





Monday, May 23, 2011

♥ aku, dia & facebook ♥

- assalamualaikum -

Ari khamis lepas, ada somebody kol aku kat lab.


Dia : Hello, bole cakap dengan Najwa Hazwani.

Aku : Yup, speaking..

Dia : Awak dulu penah keje HUKM kan?

Aku : Err, penah la jap praktikal kat sana. Setahun. Ni sape? Dari HUKM ke?

Dia : Takla. Tapi, saya kenal orang-orang kat HUKM tu.

Aku : Owh, ok. So, nape ye kol? Ni sape?

Dia : Eh, tak kenal ke? Seminggu yang lepas kat fesbuk, awak ada post tentang janji lelaki kan? Pastu profile pic awak, pakai tudung pink sambil buat peace tu. Kan?

Aku : (................blurr seketika. ) Err..ye. Saya tu. Nape ye? Ni sape?

Dia : Hehe saya Mr A. Kawan kat fesbuk tu. Gigih saya cari no fon awak tau. Mula-mula kol USM, diorang cakap susah nak cari nama Najwa Hazwani ni. Staff ramai sangat. Then, saya mintak sambung ke IPPT <-- (tempat aku keje, under USM..tapi, cawangan lain ) terus diorang bagi kat bahagian pengurusan. Saya cakap lagi, Najwa tu keje kat lab. Pas tepon tu disambung ke dua, tiga buah lab, baru saya dapat cakap dengan awak...

Aku : Errrrrrrrrrrrrrrrrrrr, yeke? Kat sini memang susah pon nak contact saya pakai no ofis.

Dia : Then, may i get ur phone number? Nanti senang nak kenal-kenal..
 
Aku : Blurrrrrrrrrrrrrr sampai petang. (-.-')




Nota kaki : 

1) Aku letak tempat keje kat fesbuk pun orang leh cari ye. Bahaya betoi. (-.-')

2) Kamu-kamu, tak payah la pakai phone ofis untuk kepentingan pribadi ye? Phone ofis saya sangat penting untuk doktor trace result patient.

2) Mintak-mintak la mamat tu tak baca entry nih. huh.


Tuesday, May 17, 2011

♥ come back with smile ♥

- assalamualaikum -

Aduh, rindu sangat kat blog. Muah. Muah. Muah.
  

Arini nak manjakan diri puas-puas.
Ooo well, dah berminggu tak dapat bangun lewat-lewat.
Asyik bizi jek. Penat meh. (-.-')

Last weekend pegi Program PIMPIN II (anjuran USM Induk) kat Bukit Merah.
Mula-mula rasa cam liatttttttttttt gilos nak pegi.
Maklum la, takde geng. 
Selama ni, mana penah aku pegi kursus jauh-jauh sorang-sorang.
Sume asyik nak berkepit jek.

Tapi, alhamdulillah.
ALLAH betul-betul sangat memahami hamba-NYA.
Time aku ada krisis dengan somebody,
DIA antar aku jauh dari dunia aku, hidup sorang-sorang.
Cari kawan baru, and GET A LIFE!
 

Now i move on..horeay! Syukur ya Allah.
Banyak hikmahnya.
Aku pun dah okay dengan somebody tu.
Kalo tak, asyik nak emo memanjang.
Penat tau! auww~

rindu tau sama kamu~

Nota kaki : 

1) Hai. rindu plak dengan geng-geng PIMPIN nih. Best!

2) Arini tido, tido, bangun, makan, mandi, dan tido kembali. Oh God, aku namo gumukss. 

3) Hehe best tau, tiap kali aku emo dengan orang tu, berat aku mesti turun. Yes! Yes! Sekarang baru menjejak ke angka 4* kg. Hahaha, tetap gumukss jugak! Tapi, takpe. Ai tak kesah. Korang jangan tanya tau bape berat sebenar. Sensitip!



Monday, May 9, 2011

♥ best ever gift --> tembok besar china @ castle? ♥

- assalamualaikum -

Arini genap 4 tahun. Sebenarnya 5 tahun la.
Semalam lepas meronggeng kat kat Queensbay, pegi War Museum plak.
Best-best.
 

Dah lama tak merayap the whole day macam semalam.
Sampai dah hilang skill meronggeng. haha.
Teringat time kat KL dulu, kuar pagi-pagi buta lagik,
pastu selagi tak malam, tak balik ler. 
( jangan contohi perangai buruk ni ye adik-adik! )


Pastukan korang-korang, aku dapat surprise gift.
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa~
 

Castle? Tembok Besar China?


Ngee~ salah sama sekali. 
Dah ada baby-baby ikan dalam tu,
mesti la yang ni...



. AQUALIFE IN MY ROOM .

Haha, bole tahan besar la aquarium ni actually.
Really great sursprise!! 
>.<
Thanks bebeh.
I'm lovin' it~ 
Muah . Muah . Muah .

     
  

Nota kaki : 

1) Harap baby-baby ni tak jeles. 

2) Bilik aku dah macam zoo wei.. Ada ikan laga dalam balang, ada kura-kura, ada aquarium. Huh, naseb baik tak adopt meow-meow aritu. Kalo tak, meriah la bilik sempit nih.

3) Terasa diri dah macam mak-mak plak bila before and balik keje kena bagi makan kat 3 anak-anak.

Sunday, May 8, 2011

♥ happy mother's day, mama ♥

- assalamualaikum -

Selamat Hari Ibu buat mama tercinta,

. PN SITI RAMLAH BT SAID .


Semoga sentiasa dalam rahmat & keberkatan ALLAH.
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang halal.
Semoga sejahtera di dunia & akhirat.

Kakak sayang mama,
Bukan kerana sape-sape,
Tapi, ikhlas kerana ALLAH.
Kerana kasih sayang mama tu adalah kasih sayang dari ALLAH jua.



Ya ALLAH,
Aku benar-benar menyintai ibuku.
Payungilah kami dengan payung hidayah-MU.
Berikanlah kebahagiaan buat kami 'di sini' dan 'di sana' kelak.
Amin~


Nota kaki : Selamat hari ibu buat semua yang bergelar ibu. Ekk, bila la aku nak jadi ibu nih? <-- cis, verangan!  



♥ makna bacaan duduk antara dua sujud ♥

- assalamualaikum -

Selamat pagi.
Arini nak share sket menda yang kita buat hari-hari, 
tapi slalu tak amek kesah.
Apa tu ? ? ?

. SOLAT .

Jom check it out bacaan duduk antara dua sujud & makna bacaannya.
Kalau boleh, try la hafal sebab solat akan lebih khusyuk jika kita tau makna bacaan dalam solat.

-
-

Ketika dalam "duduk di antara dua sujud."
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah.. 


Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.  Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. 

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, 



 Warhamni.. (Sayangi aku..)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.  Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.  Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu. 



 Wajburnii..  (Tutuplah aib-aibku..) 


 Warfa'nii..   (Angkatlah darjatku..) 

Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..) 

Wahdinii..  (Berilah aku petunjuk..) 

Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..) 

Wa'fuannii.. (Maafkan aku..)

 

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. 
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..
sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. 
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. 

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.
(Hadis riwayat Al-Qudhi).

sumber : HALAQAH


 

Nota kaki : 

1) Janganlah mengejar sesuatu janji yang tak pasti. Kejarlah janji ALLAH kerana janji ALLAH itu pasti. 

2) Masih terasa hati dengan sikap seseorang. Ya Allah, jauhkanlah kami dari bisikan syaitan yang sentiasa merosakkan. Jauhkanlah kami dari penyakit hati ini. Amin.