Monday, April 25, 2011

♥ buah kiwi yang menakjubkan ♥

- assalamualaikum -

korang kenal ke tak buah ni? ce teka.. ce teka..
podah, mesti la kenal kan??
 :)


okeh, last week aku beli sebakul kecik buah ni. 
Balik-balik kupas, ekk, masam sket. Tapi, ok la. Sedap. :) 
Sampai arini pun makan tak habih lagi. (-.-')


Antara khasiat buah ni :

* Sumber vitamin C yang sangat banyak.
- Sebiji kiwi : Vit C 17 kali lebih banyak dari epal. Perghhh, banyak kan?
- Dua kali ganda lebih banyak dari oren/lemon.

Vitamin C = dapat mengelakkan batuk dan selsema, dan meredakan ketegangan.

-

* Sumber vitamin E.
- 2 kali ganda lebih banyak dari avokado.

Vitamin E = dapat mengekalkan kesihatan badan, 
membantu melambatkan proses penuaan (ish, penting ni.. :p ),
mengurangkan risiko penyakit jantung.

-
* Sumber Asid Folik

Asid folik = menghalang kecacatan neural baby (asid folik diperlukan sebelum & ketika hamil),
perkembangan otak & kognitif kanak-kanak,
menghalang penyakit kardiovaskular.

-

* Sumber potassium rendah garam. 
- mempunyai kandungan potassium yang hampir sama dengan pisang.

Potassium = bermanfaat dalam penjagaan tekanan darah & kesihatan jantung.

-

* Mempunyai kandungan Lutein karetenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, jauh lebih baik dari sayuran.

Lutein karatenoid = membantu masalah penglihatan (untuk orang tua khasnya).

-
* Sumber antioksidan - polifenol, karotenoid.

Antioksidan = melawan kerosakan yang disebabkan radikal bebas dan tekanan oksidatif.

-

* Mempunyai serat
Serat = mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. 
pembantu sistem pencernaan semulajadi. 

-
-
-


(^_^)



Nota kaki : Ekk, buah kiwi mahal la weh. (-.-')


7 comments:

Huszaini said...

ooooooooo baru ku tau!

mykhalis said...

baru nak bagi tau..tapi terinagt yg orang edit gamabr kiwi ngan tikus..serius terbayang yang itu je

najwa's said...

huszaini : aku pom baru tau~ :)

nelly said...

tak tau makan buah kiwi .
=='

najwa's said...

nelly : senang jek syg. nganga mulut luas2 n suap~ ngee :))

najwa's said...

khalis : gmbar yang mana ye?

storyfromme said...

makan sayur jela.sayur murah sikit.