Thursday, April 7, 2011

♥ awas telur tiruan!! semua orang patut tahu. ♥

- assalamualaikum -

korang penah dengar tak pasal telur tiruan? aku pelik la dengan China ni. Sume mende nak dijadikan tiruan. (-.-') Dikatakan telur tiruan ni TAK HALAL bagi muslim..sebab ada geletin bab*.. :(

Telur tiruan ni ada bahan-bahan kimia :-

* Cengkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. 

* Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. 

* Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. 

* Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. 

* Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. 



’Putih telur’ dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan kelihatan seperti cair yang kental dan sukar membezakannya dengan putih telur yang sebenarnya.


’Kuning telur’ dibuat dengan memasukkan dalam suatu bekas dengan pigmen kuning dan mengabungkan cecair-cecair tersebut ke dalam larutan kalsium klorida.


Akhirnya, ‘putih telur’ dan ‘kuning telur’ dibungkus ke dalam ‘kulit telur’ yang dibuat dari kalsium karbonat.


Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada ‘kuning telur’ tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir sama dengan telur yang sebenarnya.


Berhati-hati la, ni telor pun boleh dibuat di makmal. (telor tiruan). China semua boleh buat….tgk gambar dibawah..bagaimana proses buat telur palsu ini. See, nmpak sama tak dengan telur ori???


ehem..aku dah tepek cara nak buatnya ni. korang bole la try ye? :p

-
-

Korang leh tengok perbezaannya kat sini.. geli tak? (-.-')



 yang ni korang teka, yang mana ori, yang mana fake??

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 yang kiri : fake - kuning telur lebih yellowish , size lebih besar 
yang kanan : ori..


Cara mengenal telur tiruan:

* Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

* Cengkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

*Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

* Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

* Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

* Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

* Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

* Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.



(^_~)


credit to : cari forum


Nota kaki : haish, pelik2 zaman sekarang ni. makin maju, makin rosak. (-.-') berhati-hati ye time pilih telur tu ye cik kak..


17 comments:

storyfromme said...

teruknya dorang ni.makanan pon nak tipu.

~nsar~ said...

waa... ngerinya... ble dapat telur free pun nak cipta lagik.. hadoi.. tak ke membazir..

syairahmohdanuar said...

macam geli je -____-'

sy x pernah tahu.thanx bgtau!! >.<

najwa's said...

storyfromme : kita bako je! bako je!

nsar : cmtu ler gamaknya. nak cepat untung..sbb telur tiruan ni lebih murah.

syairahMA : ye dear~ geli!

nub said...

terbaeeek info

Sunah Mohammad said...

erk..dulu pun pernah baca gak ni..huhuhu...geli kan nak makan kalo tau tu fake...=.=

qlah said...

THANK YOU FOR THE INFO . :)

adan said...

wow..! info menarik cik najwa.. ^_^

mykhalis said...

smua benda cina nak tiru..gile betulla


Tips supaya blog sentiasa diingati

Kenangan lahir 80-an

Ada apa dengan dara

khalis datang ziarah di sini

Ahtool Izzra said...

scary..huhu

FariehanIbrahim [LBC] said...

uishhh, sgt dasat kannn..
telur pom nk ditiruankan..bahaya btoi! ~.~'

Mama JnJ said...

dahsyat! macam-macamlah dorang terfikir nakn tiru huhuu..

HaDi said...

Skrg macam2 tiruan ada...
Pandainya otak manusia semua boelh bt tiruan...
nnt 20 thn lagi adae la manusia tiruan..=)

miss nina said...

salam singgah dr cik nina:)
kita bela ayam la pas ni, takde isu telor ayam tiruan. ngehehe

sarah mohamad said...

scary pulak. telur ayam pun nak di klonkan. terlebih pandai kot?

mie said...

isk isk...
telur pun dah ada tiruan sekarang..

Solihin Zubir said...

bela ayam sindri la senang.. kompom telur ori.. heheh...