Saturday, April 9, 2011

♥ aku, mereka, kepah, dan kunci rumah ♥

- assalamualaikum -

harini kan, pagi-pagi buta pas subuh, aku + osmet bucuk-macam gigih pegi pantai berlumpur kat Kota Kuala Muda untuk cari kepah. haaaa..korang kenal ke tak kepah tu cmna?

ni la rupa kepah tu selepas dibuang lumpur. 
 

nak cari kepah ni takde musim-musin terterntu, bukan macam deriyan. cuma kita boleh masuk dalam laut dan meredah lumpur bila air surut jek. kalo air pasang, tak koser la aku nak menyauk kepah tu dalam2. (-.-')

ekceli, ni second time kitorang pegi cari kepah ni selepas cobaan kali pertama gagal dek pegi time air pasang. mula-mula nak masuk lumpur tu, cuak gak, geli-geleman sebab pijak lumpur lembik-lembik. tapi, bila dah jumpa sekor kepah (ekkk, kepah ada ekor ke weh? (>_<) ) baru start excited nak cari lagi banyak.

hehe pengalaman yang sangat best! korang try la.. pegi la laut-laut lumpur yang berdekatan tempat korang ye? jangan mai tempat aku, kang habih kepah-kepah kat sini korang rembat.


*********************************************


okeh, tamat la al-kisah kepahnya. meh aku nak story satu mende lagi ni.

time nak kutip kepah tu, aku sangat-sangat nak terkencing terkucil. tp, aku tahan jek. yela..takkan nak melepas dalam laut plak kan? kang terlebih masin kepah-kepah tu. LOL. aku sangat tak senonoh di situ~ abaikan ya? :p

lepas kitorang g pasar, singgah kedai beli barang-barang nak masak selepas setahun dah dapur tu tak berasap, weols pun balik la. elok jek sampai kat umah...

" ekkk, weh..kunci umah tak bawak la.. "

" alamakkkkkkkkkkk!!! "

time kitorang kuar tu, nadia ada lagi kat umah. tapi, dia kuar lak & kunci sume pintu. demm, dah la kitorang  tak bawak kunci. aku ni penat dok menahan nak buang tuntutan semulajadi nih. (-.-')

pastu, g pinjam hammer kat jiran depan umah.. bermula la sesi ketuk-mengetuk padlock. kot-kot dengan kudrat gadis-gadis melayu ni padlock tu tercabut. tp, gagal. :( dah bising, jiran-jiran yang lain pun, kuar la tanya kitorang, nape.. 

pas explain sume, abang nsem pakcik-pakcik tu pun berusaha keras pecahkan pintu belakang untuk masuk. elok pintu dah rosak.. tapi, kunci still tak boleh bukak lak. penat weh. dekat-dekat 3 jam kitorang berusaha nak pecahkan umah ni, tapi, sume failed. stress sangat-sangat.

last-last, ada jiran lain yang datang bawak mesin pemotong besi. dan kitorang pun redha grill umah sewa ni dipotong untuk nak masuk kat dalam umah. (-.-') 
 

camni ler lebih kurang mesin tu.


pasni, amek pengajaran.. jangan tinggal lagi kunci umah. seksa weh. dah ler duit melebur gitu jek. haii..bertambah stress aku sebab bulan ni memang bajetku tak cukup..terlari sket. (-.-')
ya allah, murahkanlah rezeki kami.. amin... :) :) :)


(^_~) 


nota kaki :

1) bersyukur sebab pape pun hajat dapat dilunaskan bila jiran sebelah bagi pinjam toilet. :p 


2) terima kaseh jiran-jiran. hanya ALLAH yang dapat membalas jasa baik korang-korang yang sangat caring kat Bertam Perdana ni. 



10 comments:

muhamad hanif said...

ganas gila mesin tuu..

~cahaya~ said...

hua3..MOS : ingat2kan kunci umah b4 keluar..:)
sesuatu kesulitan tu, datangnya bersama kesenangan..=)
** berkat si kepah, boleh kenal dgn jiran2 - tak kenal, mka tak cinta..**
** nikmat makan si kepah yang sedap bersama osmet**
** pengalaman y takkn dilupakan**

najwa's said...

hanif : hehe contoh jek mesin tu. :p

yang : haha yup. sume betul. sangat nikmat bila dapat spent time together2. :) :) nikmat jugak bila dapat beramas mesraan dgn jiran2.. :p

najwa's said...

testing jap : ♥ aku, mereka, kepah, dan kunci rumah ♥

BillyNain said...

dah lama tak gi hunting kepah..dulu time kecik2 rajin la jugak g cari kepah kt area tg dawai tu..huhu

aisya said...

1st time dengar cerita pasal orang cari kepah.. macam seronok je.. hehe

najwa's said...

billy : hehe kami plaks ni first time.. :P

aisya : hehe yeah..seronok~ :)

` said...

hahaa. tag jek nama nadia tuh. aku x kisah punya. haha

cok eh comott cumell said...

haha. nadia ? ko tag jek. aku x kisah punyaaa :)

najwa's said...

nadia : hehe aku lupa sudey ang pong ada blog. (-.-')