Friday, April 29, 2011

♥ mesin masturbate, perlu ke? ♥

- assalamualaikum -

Maap la ye, ni bukan entry melucah di hari jumaat yang mulia ni.
Tapi aku nak share something.
Korang kenal tak menda ni apa?

Tak kenal? Ala, agak-agak jela.


 
. MESIN MASTURBASI AUTOMATIK .


* dipamerkan di salah satu pameran peralatan perubatan yang diadakan di Shenzen, Guangdong, China.

* Mesin ini akan digunakan untuk memudahkan pengeluaran sperma bagi lelaki-lelaki yang ingin mendermakan sperma mereka dan ianya lebih praktikal.


Apa jadahnya diorang cipta mesin ni aku pun tak tau.
Napsu? 
Perlu ke dilayan napsu tu pakai mesin?
   



Mula-mula aku ingat ni jek satu-satunya mesin pemuas napsu yang wujud kat dunia ni. 
Oh, aku salah rupanya.
Jepun semestinya lebih maju.

See, mesin kiut-miut Jepun.




mahal ke tak tuh? 



Tapi kan, ada orang cakap,
Tak payah pakai mesin, pakai tangan pun sedap.
Environment friendly gitu~
Siap ada kit DIY.

Approved by AMERICAN MASTURBATORS ASSOCIATION. 
<-- persatuan gini pun ada? (-.-')


Tapi, pada pendapat aku, tak payah la weh nak pakai mesin bagai.
Kawen aje...nikmat dapat, pahala pun dapat.
Lagipun, korang agak-agak, hygiene ke mesin tuh?
Tak pasal-pasal kena syphilis bagai.
Padan muka.



Oklah, pendek kata, tepuk dada, tanya la napsu ye?

credit : CARIFORUM

(>_<)


Nota kaki : Aku hanya mampu menggelengkan kepala dan PENGSAN!  

Thursday, April 28, 2011

♥ icon smiley yang comel kat entry ♥

- assalamualaikum -

         

hehe amacam? jeles tak korang?
comel kan icon-icon ni? kan? kan?

okeh, i admit, aku memang ketinggalan zaman.
baru sebok nak buat icon-icon kecik ni dalam entry.
padahal, orang lain dah maju berjuta tapak pun.
(-.-')

hehe tengs to syu yang kiut-miut sebab ajar aku buat ni.
makaseh sayang. 
lain kali ajar lagi~


apa? korang nak jugak?
pegi terjah sendiri umah dia okeh?

--> KAT SINI, ek..nak masuk jangan lupa bagi salam ye?

okies, papai.



Nota kaki : Related link here.
Ek, apsal malam ni banyak sangat typo aku buat eh? Sekeh kang. 


 

Tuesday, April 26, 2011

♥ BBQ yang meleleh ♥

- assalamualaikum -

Weekend lepas kan aku cakap aku ada buat ni kan?
Penat memang le penat. Tapi, malam tu plak ada majlis BBQ + makan-makan lagikkk.
Hadoi, gumuksss~
Takpe, rezeki Tuhan, aku tak tolak punya.

(^_^) 

 
Hikhik.. jom layan gambar jela ye?

MAJLIS BBQ BERSAMA GENG PARAMEDIK
- ADVANCED MEDICAL & DENTAL INSTITUTE -

@ Pantai Bersih, Butterworth.


makcik-makcik  cik-cik nurse selaku penganjur~


santek view waktu malam kat sini..bole nampak penang island. : D


disebabkan sangat mewah dengan makanan,


weols makan tak hengat doniya.. <-- padahal perut penuh lagi sebab baru pas makan-makan kat hotel sebab ni.


budak ensem masam ni pong ade..

see, 
tengah bakar ayam tuh.. (-.-')


meleleh air liur den.
sumpah sedap bangat ayam diorang ni walaupun marinate sendiri jek.
nak resepi???
mintak ler sendiri~ 
hehe  =)

-
-
-

oppssss, terlupa satu fakta penting.
budak ni bukan setakat reti bakar ayam jek.
reti mengayat awekssss jugak.
tak caye?
tengok ler bukti~


kan aku dah cakap? :p


Okies, pape pun, BBQ ni memang besh! 
Dapat jugak beramas mesra dengan geng-geng klinikal yang lain.
Len kali jemput lagi ye tuan umah~
=)


Nota kaki : Ekk, maap ye budak ni. Sok aku blanje makan tau. Jangan nak menolak lagi. Sekeh kang!


Monday, April 25, 2011

♥ buah kiwi yang menakjubkan ♥

- assalamualaikum -

korang kenal ke tak buah ni? ce teka.. ce teka..
podah, mesti la kenal kan??
 :)


okeh, last week aku beli sebakul kecik buah ni. 
Balik-balik kupas, ekk, masam sket. Tapi, ok la. Sedap. :) 
Sampai arini pun makan tak habih lagi. (-.-')


Antara khasiat buah ni :

* Sumber vitamin C yang sangat banyak.
- Sebiji kiwi : Vit C 17 kali lebih banyak dari epal. Perghhh, banyak kan?
- Dua kali ganda lebih banyak dari oren/lemon.

Vitamin C = dapat mengelakkan batuk dan selsema, dan meredakan ketegangan.

-

* Sumber vitamin E.
- 2 kali ganda lebih banyak dari avokado.

Vitamin E = dapat mengekalkan kesihatan badan, 
membantu melambatkan proses penuaan (ish, penting ni.. :p ),
mengurangkan risiko penyakit jantung.

-
* Sumber Asid Folik

Asid folik = menghalang kecacatan neural baby (asid folik diperlukan sebelum & ketika hamil),
perkembangan otak & kognitif kanak-kanak,
menghalang penyakit kardiovaskular.

-

* Sumber potassium rendah garam. 
- mempunyai kandungan potassium yang hampir sama dengan pisang.

Potassium = bermanfaat dalam penjagaan tekanan darah & kesihatan jantung.

-

* Mempunyai kandungan Lutein karetenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, jauh lebih baik dari sayuran.

Lutein karatenoid = membantu masalah penglihatan (untuk orang tua khasnya).

-
* Sumber antioksidan - polifenol, karotenoid.

Antioksidan = melawan kerosakan yang disebabkan radikal bebas dan tekanan oksidatif.

-

* Mempunyai serat
Serat = mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. 
pembantu sistem pencernaan semulajadi. 

-
-
-


(^_^)



Nota kaki : Ekk, buah kiwi mahal la weh. (-.-')


Sunday, April 24, 2011

♥ nikmatnya bekerja di hujung minggu ♥

- assalamualaikum -


Weekend yang sangat pack dengan majlis makan-makan kursus, bengkel dan audit. Hoyeah, dah 3 minggu berturut-turut keje non-stop. Aritu buat itu, arini buat ini. Penat ke? Eh, tak la.. Suka sangat. :)


Alhamdulillah, arini dah settle sume internal audit kat lab. Histopath dah selamat diaudit oleh team Dr Hakimah. Quite good. I love being auditee. Haha. (>_<)


Okies, tak sabar nak pindah ke lab baru yang lengkap selengkap-lengkapnya. Insyaallah, bulan 8 ni.


Gudluck ADL Team,
Advanced Medical and Dental Institute, USM.

Congrats for the accreditation~




Nota kaki : Go go power rangers untuk histopathology lab. 


Thursday, April 21, 2011

♥ rindu-rinduan pada kamu ♥

- assalamualaikum -

pesanan tulus ikhlas : ini adalah entry rindu-rinduan. (-.-')



aku rindu sangat kat kamu.
dah dekat sebulan kita tak jumpa kan sayang?
tadi abah kamu kol, pas cakap jap dengan dia,
dia bagi tepon ke kamu.
comelnya suara kamu..


aduh sayang,
sungguh aku rindu sangat-sangat.
rindu sama gelak tawamu..
rindu sama tangisanmu..


sabar ye sayang,
minggu depan aku balik kampung,
kita bole ngedate ye??
lately aku busy sangat-sangat..
weekend ni ada kursus + audit lagikk..
bikin stress sajok!


kamu tunggu aku ye sayang..
tak sabar rasanya..


kenang daku dalam doamu..
aku tau kamu dah pandai baca doa macam-macam kan?
doa makan, doa masuk toilet, doa ibu bapa, al-fatihah, yassin..
bijak-bijak~
cepat besar ye sayang bucuk!


:kiss:


~NURIN SYAZANA BT MAZLI~

*kakak rindu kamu..
*kakak rindu abah + mama..
*kakak rindu angah, acik, ateh..
*kakak rindu abang kamu jugak!


Nota kaki : Mood sedang melonjak-lonjak, terkinja-kinja untuk balik kampung!!!!





Wednesday, April 20, 2011

♥ award from cahaya azyla ♥

- assalamualaikum -

Million tengs to zila sebab bagi award tuk follower dia.

:pompom: :kiss::flower:

Frankly speaking, first impression aku sampai blog dia, terus aku suka.
Ni bukan sesi bodek membodek okeh.

Blog dia sangat kemas, cantek (sebab kaler pink..hehe), header smart,
template dia ada 2 column
.
Aku teringin la nak template cmtu, tp........
(-.-')

camna nak buat eh?

Cik Zila....ce ajar, ce ajar.. :P


~jom terjah cahaya azyla by clicking da banner~


Okeh, tak payah cakap banyak..
Makaseh daun keladi ye sayang bagi ai award ni.
Lain kali bagi la lagi.

(^_^)



Nota kaki : Hari ni aku drive macam sewel. Aku tak sure aku yang pening-pening lalat ataupun highway tu tiba-tiba bengkang bengkok.

:dizzy:




Sunday, April 17, 2011

♥ kempen kesihatan @ kg orang asli air bah, grik ♥

- assalamualaikum -


Mood : penat, bahagia, best.

Weekend ni (jumaat, sabtu, ahad), kitorang join Pusat Pengajian Sains Farmasi (klinikal), USM pegi buat pemeriksaan kesihatan kat Kampung Orang Asli Air Bah, Grik, Perak. Tengs buat 'geng kak Limah' yang sangat happening + havoc. Best sangat-sangat. Dah la dapat pegi free. I loike~ hehe

Perjalanan masuk ke kampung diorang tu, adventure gak la. Jalan bonggol-bonggol + cross 3 batang anak sungai. Kitorang naik Toyota Hilux 4x4 untuk meredah hutan + kebun + ladang nak ke perkampungan tu. Kereta biasa tak lepas. Ok la kot, sekali jek tersangkut. Setengah jam perjalanan nak masuk dalam kampung daripada jalan luar. Hehe takde la adventure benor pun, tapi, ok la.. pengalaman baru.

:smoke: :wink:


Orang asli kat situ, dah maju jugak. Walaupun rumahnya serba sederhana, theyols ada astro tau. Femes giler Hantu Kak Limah kat sana. :p Ada satu rumah ala-ala kak Limah punya kat situ. Mula-mula weols masuk siap posing-posing amek gambar ala-ala kak Limah dalam umah tu. Tut-tut malamnya orang asli tu cakap, tu umah tinggalan sebab orang umah tu dah meninggal. Dem!! Dan-dan rase ketaq lutut~ (-.-')

Kat kampung ni sangat-sangat banyak anjing. Dah macam kambing or kucing dah rupanya. Slumber jek anjing-anjing tu dok melepak skali. Takot!! Diorang sume Islam, tapi rasanya Islam hanya pada nama jek kot. :( :( Tanggungjawab kita la nak kenalkan Islam pada diorang.

Diorang kalo nak p sekolah, start Darjah 1 kena dok asrama dah. Sekolah jauh. Slalunya umur 10 tahun, diorang baru masuk sekolah. Tapi ramai yang tak sekolah pun. Pastu umur dah besar-besar pun, dok saje-saje kat umah, tak keje pape pun. Kesian tengok. Kitorang ada la bagi semangat suh belajar. Insyaallah nanti nak bawak diorang datang melawat USM. Setakat ni, yang dah lepas SPM, baru sorang.

Oklah, banyak nak citer sebenarnya. Tapi, takot boring plaks. Satu gambar jek untuk entry ni. Insyaallah, nanti-nanti ai letak banyak lagik gambar orang asli tu ye??


- ni ler umah kak limah tu -


okies,

papai~

:flower:


Nota kaki :

1) Tengs geng kak limah belanja makan deriyan tepi jalan Bukit Gantang. Lepas hajat ai. (^_^)

2) Hati rasa berdebar-debar + takot bila ada orang asli yang suka kat dia. :( :( :(


Thursday, April 14, 2011

♥ aku sayang polis ♥

- assalamualaikum -

Semalam, on the way balik keje..


Aku : Weh Adawiyah, weekend aritu kan aku kuar. Banyak giler roadblock.

Adawiyah : Iye?? 

Aku : Yela. Aku tak reti la bila jumpa polis.. nak wat ape ye? Nak kena bukak tingkap & say hi ke? Bagi salam ke? Ape ke? Aku rimas la bila jumpa polis nih. (-.-') Nanti aku blurr~

Adawiyah : Ehhmm..ntah ler. Teman pun idok ler tahu benor camne nak buek kalo jumpe polis tuh. Ate bukan ke selalu laki jek yang bukak-bukak tingkap bagi salam tu??

Aku : Ye la kot. Tapi, selama ni aku jumpa polis kan, mesti dah ada kete depan yang bagi lampu kat aku. So, aku leh ler prepare apa-apa yang patut. 

(Untuk pengetahuan, aku tak suka pakai seat-belt bila drive. Rimas.)

Adawiyah : Baguih le gitu. Teman idok le selalu jumpe polis-polis nih.

-
-
-

Tiba depan rumah kedai dalam taman perumahan kitorang.


Aku : Weh, ada accident ke ni? Banyaknya keta..

Adawiyah : A'ah ler. Tengok..motor polis pun ada.

Aku : Teruk ke ni??


Lepas kereta bergerak slow-slow. 
Satu kereta depan aku dah blah, tiba turn aku...





DEMMM!! Roadblock rupanya. Dalam taman? Wadafishhhhhh???


Dengan blur aku turunkan cermin. Muka sengih-sengih manja kat abang polis.


Abang polis (muka tegas macam nak makan orang, agaknya tak tergoda dengan sengih manja aku tadi) : Tali pinggang ni untuk apa?

Aku : hehehehehehe...ehhmmm... (sambil pandang-pandang Adawiyah)

Abang polis (muka bertambah ketat) : Haaaaaaaaa! Tali pinggang ni untuk apa?

Aku : hmm..pakai.. (suara tak kuar..lekat kat tekak)

Abang polis lagi : Untuk apa ni tali pinggang ni??????!!!!!!!!!!!!!!!

Aku : Err...errr..errr... pakai. Untuk keselamatan.

Abang polis : Dah tu??! Pakai la!!

Aku tahan air mata ni sket lagi nak kuar...
sambil terhegeh-hegeh pakai seat-belt.

Hati ni macam nak meletop! Kebabommmmmmmmm!!


Abang polis tunjuk isyarat suruh aku blah. 

Aku : Terima kasih! 
(suara lantang giler..dapat kekuatan dari airmata dalam hati)

Lepas tutup tingkap, nampak JPJ plak kat depan..

-
-

Adawiyah : Eeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, tegas giler polis tuh!!!!!!!!! (suara kuat macam nak pecah pintu kete)

Aku : Senyum jek..tak perlu kata apa-apa.

-
-

Nota kaki : 

1) Sangat sadis bila roadblock dibuat DALAM TAMAN PERUMAHAN. Terima kaseh Polis Traffik dan JPJ.

2) Hari semalam dalam sejarah bila aku buat pertama kalinya rumah aku berjaya tengok aku pakai seat-belt kete.

3) Tetap bersyukur bila tak kena saman. Dah serik nak bayar Rm 300.

4) Mulut aku sangat masin bila cakap-cakap pasal polis.


Sekian, 
thanks for reading ntah apa-apa ni.

(-.-')


Wednesday, April 13, 2011

♥ allahuakbar! dia hidup kembali.. ♥

- assalamualaikum -

Hari Isnin lepas, ikan yang aku bela dalam balang (taktau nama penuh ikan tu..) hampir-hampir nak mati. Siyesly dah nazak sangat. Aku balik keje kul 5 tengok badan dia dah terbalik sambil nyawa-nyawa ikan dah. Hati ni sedihhhh teramat sangat. Aku hanya mampu melihat. Tak tau nak watpe. Nak buat CPR, takot tertelan plak. (-.-')

Aku pun tukar air balang dia sebab dah kotor. Ikan tu akhir-akhir ni makan banyak giler sampai aku pun pelik. Aku plak seronok tengok dia lompat-lompat nak makan, aku bagi lagi makanan banyak-banyak. Kat situ la salah aku. :( :( :(  Ikan mana leh makan banyak-banyak la~

Lama dia takle nafas camtu. Seksa aku tengok. Pagi Selasa aku bangun pun, tengok dia masih lagi mereng-mereng. Sadis weh. :'( :'(

Pastu semalam aku p keje dengan perasaan yang berbelah bagi. Reda jela kalo dia ditakdirkan pergi dulu dari aku. Balik keje pun, aku lemah longlai jek. Aku dah agak dia akan mati..(sebab berdasarkan pengalaman aku bela ikan dulu-dulu, sebelum mati, memang ikan tu akan mereng dulu..  
p/s : aku memang banyak bela ikan sampai mati. (-.-') )


ikan aku mereng camni la. (-.-') hasil digoogle.


Tapi,

SUBHANALLAH~ 

ALLAH Maha Kuasa atas sesuatu yang dikehendaki-Nya.

Ikan tu hidup balik. Siap boleh berenang-renang bersuka-ria macam tak penah nazak. Syukur sangat-sangat. Aku tak tau nak explain cmna perasaan ni. Malam tu aku mintak doa sangat-sangat kat Allah supaya panjangkan umur ikan tu, walaupun harapannya sangat tipis..dalam 20% jek boleh hidup.

Aku betul-betul terkejut dan bersyukur Allah dah makbulkan doa aku. Allah tu Maha Penyayang - walaupun aku ni seorang pendosa, tapi dia tetap kabulkan permintaan aku. 

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..


- bukan gambar sebenar jugak, nanti aku tepek gambar dia ye? -


Sungguh aku beriman kepada-Mu ya Robb.. 

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang aku sembah melainkan ALLAH s.w.t, dan Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah~

(^_^)



Monday, April 11, 2011

♥ animasi terbaru Les' Copaque ♥

- assalamualaikum -

Weh, korang-korang..meh nak kepoh sket..  
padahal citer ni dah basi pong..(-.-') 

Les' Copaque nak buat animasi baru!! 

ekk, tak kenal Les' Copaque tu sape??

"betul..betul..betul.." << tau kan ayat sape kan? :p
Upin & Ipin tu Les' Copaque ni la yang buat.


Kali ni diorang nak buat 3D animation plak..
tajuknya "Pada Zaman Dahulu".
Konsepnya sama cam Upin Ipin tapi more  
enhancement dekat 2D/painting looks
Animation ni still dalam progress.
Harap tuan-puan, pakcik-makcik, kakak-abang, adik-adik bersabar ye??

feel free visit here : Pada Zaman Dahulu







Nota kaki : Baby In cakap, dia tak sabar nak tunggu citer ni kuar~ dah siap gtau kengkawan dia dah. LOL. :p


♥ jom beli saham bank rakyat ♥

- assalamualaikum -

arini penat menunggu turn nak beli syer saham Bank Rakyat yang dapat dividen 15% tu~

haaa...sape-sape tak buat lagi, p buat cepat! bukan slalu Bank Rakyat bukak cmni. untung tau.. :) :) :)

4 jam aku tunggu, dari kul 10.07am sampai la pukul 1.10pm. penat, lenguh..sume ada. tapi, kunci kejayaan ialah 'sod ba ro' kan? 
S.A.B.A.R


nak melaburnya  rm500 jek. sebab bank nak bagi peluang kat ramai orang untuk dapatkan saham ni. yela, kang dia bukak banyak-banyak, orang kaya-kaya kompem la melabur 100k ke, 200k ke..untung besar la diorang. kita yang miskin-miskin ni, tak berpeluang lak nak join. (>_<)

tapi, kalo nak mohon syer lebih pun boleh, kena isi borang permohonan dulu, pastu permohonan tu akan diteliti oleh ahli lembaga pengarah. then, baru boleh tau diluluskan ke tak..

ape yang korang kena bawak time nak pegi buat ni??


* salinan IC 2 keping
* isi borang-borang (dia bagi kat bank)
* duit rm500 - rm10 untuk bukak akaun baru, rm10 untuk kad bank, rm5 - caj perkhidmatan.

okies~

gudluck!

(^_~)


Saturday, April 9, 2011

♥ aku, mereka, kepah, dan kunci rumah ♥

- assalamualaikum -

harini kan, pagi-pagi buta pas subuh, aku + osmet bucuk-macam gigih pegi pantai berlumpur kat Kota Kuala Muda untuk cari kepah. haaaa..korang kenal ke tak kepah tu cmna?

ni la rupa kepah tu selepas dibuang lumpur. 
 

nak cari kepah ni takde musim-musin terterntu, bukan macam deriyan. cuma kita boleh masuk dalam laut dan meredah lumpur bila air surut jek. kalo air pasang, tak koser la aku nak menyauk kepah tu dalam2. (-.-')

ekceli, ni second time kitorang pegi cari kepah ni selepas cobaan kali pertama gagal dek pegi time air pasang. mula-mula nak masuk lumpur tu, cuak gak, geli-geleman sebab pijak lumpur lembik-lembik. tapi, bila dah jumpa sekor kepah (ekkk, kepah ada ekor ke weh? (>_<) ) baru start excited nak cari lagi banyak.

hehe pengalaman yang sangat best! korang try la.. pegi la laut-laut lumpur yang berdekatan tempat korang ye? jangan mai tempat aku, kang habih kepah-kepah kat sini korang rembat.


*********************************************


okeh, tamat la al-kisah kepahnya. meh aku nak story satu mende lagi ni.

time nak kutip kepah tu, aku sangat-sangat nak terkencing terkucil. tp, aku tahan jek. yela..takkan nak melepas dalam laut plak kan? kang terlebih masin kepah-kepah tu. LOL. aku sangat tak senonoh di situ~ abaikan ya? :p

lepas kitorang g pasar, singgah kedai beli barang-barang nak masak selepas setahun dah dapur tu tak berasap, weols pun balik la. elok jek sampai kat umah...

" ekkk, weh..kunci umah tak bawak la.. "

" alamakkkkkkkkkkk!!! "

time kitorang kuar tu, nadia ada lagi kat umah. tapi, dia kuar lak & kunci sume pintu. demm, dah la kitorang  tak bawak kunci. aku ni penat dok menahan nak buang tuntutan semulajadi nih. (-.-')

pastu, g pinjam hammer kat jiran depan umah.. bermula la sesi ketuk-mengetuk padlock. kot-kot dengan kudrat gadis-gadis melayu ni padlock tu tercabut. tp, gagal. :( dah bising, jiran-jiran yang lain pun, kuar la tanya kitorang, nape.. 

pas explain sume, abang nsem pakcik-pakcik tu pun berusaha keras pecahkan pintu belakang untuk masuk. elok pintu dah rosak.. tapi, kunci still tak boleh bukak lak. penat weh. dekat-dekat 3 jam kitorang berusaha nak pecahkan umah ni, tapi, sume failed. stress sangat-sangat.

last-last, ada jiran lain yang datang bawak mesin pemotong besi. dan kitorang pun redha grill umah sewa ni dipotong untuk nak masuk kat dalam umah. (-.-') 
 

camni ler lebih kurang mesin tu.


pasni, amek pengajaran.. jangan tinggal lagi kunci umah. seksa weh. dah ler duit melebur gitu jek. haii..bertambah stress aku sebab bulan ni memang bajetku tak cukup..terlari sket. (-.-')
ya allah, murahkanlah rezeki kami.. amin... :) :) :)


(^_~) 


nota kaki :

1) bersyukur sebab pape pun hajat dapat dilunaskan bila jiran sebelah bagi pinjam toilet. :p 


2) terima kaseh jiran-jiran. hanya ALLAH yang dapat membalas jasa baik korang-korang yang sangat caring kat Bertam Perdana ni.