Tuesday, March 1, 2011

♥ kantoi diari pemberontakan ♥


- assalamualaikum -

Weekend lepas, aku balik kampung. Dah puas berjoli-sakan bergembira dengan family, sedih plak rasanya nak balik Penang. :'( Tapi,apakan daya, hidup mesti diteruskan kan? Walaupun ada sesuatu yang agak pahit di tekak ketika ni, aku mesti kuat. Sabar, sabar, dan sabar. Sesungguhnya ALLAH takkan menganiaya hamba-Nya.


Dah, tak payah aku nak merepek panjang-panjang. Sebenarnya ada something terjadi kat rumah aritu. 

Guess what? Hahaha...

-
-
-



korang kenal tak apa tu? 

D.I.A.R.Y

-
-

Al-kisahnya begini. Dulu time kecik-kecik (bajet sekarang dah besar-matang-tahap bole kawen dah la kan. lol. ) aku ni suka luah perasaan tak puas hati aku kat diari ni. Hehe maklum la, time muda remaja dulu, darah panas, cepat memberontak gitu. Asyik tak puas hati je dengan semua orang. Tambah-tambah kat mama. Sebab dulu aku ni agak nakal, asyik nak merayap je. 
Mak aku plak jenis yang mengidamkan anak solehah-sepanjang-zaman. Memang time tu, jauh panggang dari api la aku. Haish, istighfar2.. (-.-') Moga-moga sekarang dah ke depan, aku menjadi lebih baik. Amin. 
(Korang aminkan jugak!)


So, apa-apa yang aku nak berontak, aku tulis dalam diari ni. Tapi, aku ni baran time tu je, sekarang, aku dah lupa pun apa yang aku tension-tension sangat dulu tu. Hahaha gedik tak aku?


Nak jadi cerita, baby In (adik aku) tunjuk kat aku diari tu time aku balik kampung aritu. Haish, ntah kat mana la budak ni jumpa. Aku pun dah tak hengat kat mana aku letak. Pastu, aku pun belek-belek la balik sambil mengimbau kenangan pahit bak hempedu manis tu. Haha malu aku nak baca balik. Rasa tebal jek muka. Apa la bahlul cap tolol aku zaman tu. Memang tahap budak-budak tak cukup umo la apa yang aku tulis tu. Aku cakap aku tak suka dok umah la, terkongkong la. Aku rindu hostel la, macam-macam la. Debush! Sila sepak aku kuat-kuat.
(>_<)


Selak punya selak, sampai kat satu page tu, aku perasan,

" eh, ni tulisan mama la..mak ai.."
*sigh*

Rupanya, mak aku jawab balik apa yang aku tulis tak puas hati tu. Siap doakan lagi yang terbaik untuk anak-anak dia. Dia tulis dia sayang sangat kat aku.

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... :'( :'(


Malu guling-guling weh!!! (-.-') Sentap mekk, sentap!


Agaknya apa yang aku tulis tu, mesti mak bapak aku dah baca semua kan? Haish, rasa cam nak sorok je semua yang aku buat bukan-bukan dulu. Segan!!

Tapi, akan ku simpan diari ni jadi kenangan sampai ke anak cucu nanti. Hehehe. Biar diorang amek pengajaran perangai nenek mama diorang dulu-dulu. LOL.
Itukan hanya pemberontakan perasaan remaja aku je. Kejap je, pastu lupa dah. Sekarang ni, sayang mama + abah ketat-ketat. 

Mmmuuuaaahhhh...

Nota kaki : Hey remaja, kamu jangan buat bukan-bukan ya! Jangan tiru saya. 
Yang, kamu mesti tak sabar nak baca diary misteri ini kan? Haha tunggu lepas kawen ya! :) :)




10 comments:

picairin said...

mama kamu sgt sweet... ble reply lagik...=)

JuAn NaSir said...

sila sepak budak sengal ini kuat2,hahaha...=p

najwa's said...

picairin : haha malu! (^_~)

juan : haha denush!

adan said...

hahaha.. kantoi sudah.. mesti muka tebal kan..

btw nak gtao cik najwa d tag..

http://adan-akudandiriku.blogspot.com/2011/03/dapat-2-tag-dari-seorang-pendendam.html

Huszaini said...

wa.. mesti si dia nak rompak diari itu! heheheh

Syafiq Afandi said...

pagi!!!!!!

Syafiq Afandi said...

pagi!!!!!!

nelly said...

diari !! i like ..
nelly pun ada ..
untuk mengelakkan buku kantoi !
nelly pakai buku sains ..hahahaha

najwa's said...

adan : hehe tebal 40 inci. tag? oke, will do soon. insyaallah. :)

huszaini : haha dah simpan diari tu jauh2 dr orang dah. :P

syafiq afandi : pagi! :)

najwa's said...

nelly : hahaha buku sains? gud idea. :)