Friday, March 4, 2011

♥ doa apabila takut kepada kejahatan seseorang ♥


- salam jumaat -

Memang tak dapat dinafikan pun, dunia akhir zaman ni penuh dengan cabaran. Sekarang ni pun, ramai je manusia bertopengkan syaitan. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Ekkk, boleh pakai lagi ke pepatah tu weh? Ramai plak yang dah mat saleh celup sekarang ni. Rambut kaler lain dah.
(^_~) 


Kalo dulu-dulu, kita pakat takut dengan hantu setan. Tambah-tambah kalo nak p ngaji malam-malam tu kan? Tengok jek kain putih layang-layang celah pokok, tak pandang kiri-kanan dah, terus pecut jek. Gila nak tunggu hantu tu tunjuk muka dulu. Mau berterabur terberak terkencing tengah jalan.. Ceh, padahal, tu makcik-makcik pakai telekung baru balik surau. LOL. Biasa la, budak-budak, tak pikir panjang. :P



Oklah, aku bukan nak cerita pasal takut hantu. Aku nak share satu doa yang diajar oleh kekasih kita, Rasullullah s.a.w apabila kita takut pada seseorang. 


Diriwayatkan dalam Shahih al-Adab al-Mufrad, no 707, doanya :


" Ya Allah, Tuhan tujuh langit, Tuhan Arasy yang agung. Jadilah Engkau pelindung bagiku daripada *si polan bin  si polan* (sebut namanya) dan para sekutunya dari kalangan makluk-Mu. Jangan ada seorang  jua dari mereka yang menyakitiku atau melampaui batas terhadapku. Sungguh kuat perlindungan-Mu dan sungguh agung puji-pujian-Mu, tidak ada tuhan kecuali Engkau. Amin. "



Pengajaran doa : -

Apabila menghadapi sesuatu masalah, kebimbangan atau hajat, tempat pertama yang kita ajukannya ialah kepada Allah s.w.t. Rasullullah s.a.w memulai dan mengakhiri doa tersebut dengan puji-pujian terhadap kebesaran Allah. Ini kembali mengingatkan kita kepada kebesaran Allah di mana tidak ada sesuatu masalah, kebimbangan atau hajat lebih besar daripada kuasa Allah, yang tidak mampu diselesaikan oleh Allah.


Ketika meminta perlindungan dari *si polan bin si polan* dan para sekutunya, Rasullullah s.a.w menambah ayat "dari kalangan makhluk-Mu". Ini menyedarkan kita bahawa siapa jua samada manusia atau jin, yang berkuasa atau tidak, semuanya adalah makhluk Allah s.w.t yang berada di bawah kekuasaan Allah s.w.t.


Doa ini selain memohon perlindungan Allah, memberi motivasi kepada kita untuk tidak takut kepada makhluk sesama makhluk, sejahat mana pun sekali tindak-tanduknya.

-
-
-

Nota kaki : Ok u guys, renung-renungkan dan selamat beramal. Ingat, sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa ada untuk kita mengadu. May Allah s.w.t bless us. Amin.



♥ peace ♥





1 comment:

mykhalis said...

khalis sangat penakot orangnye.. tapi bila dah besar nie lagi takit dengan kemalangan jalanraya,, rompakan.. pembunuhan..semogga kita semua selamat di bawah lindunganNya