Thursday, March 31, 2011

♥ sagon in memories ♥

- assalamualaikum -

Tadi kan, pegi breakfast kat Bob Noli, Penang. Time nak bayar tu, ternampak menda makanan ni. Terus rembat nak lepas gian.  
(>_<)

Haaaaaa...korang kenal tak? 


sumber : bluesriders


.: SAGON :.


Kalau korang lahir lewat 80-an, mesti kenal makanan ni. Rasanya lemak-lemak manis, sedap. :) Dia ni jenis makanan berdebu. So, kalo korang tengok orang tengah sedap makan sagon ni, jangan gedik-gedik nak pi tegur, kang mau tersembur debu sagon kat muka korang. (-.-')

Time kecik-kecik dulu, Mak Dah aku suka sangat buat ni. Kalo pegi umah dia jek, mesti nak tapau banyak-banyak. Mak aku tak penah buat kot. hehe..mama, jangan marah. :p

Cara buatnya senang jek. 
-
Bahan-bahan : tepung beras, kelapa, gula, garam. Korang goreng dulu kelapa + tepung beras tu, agak-agak dekat nak kuning-kuning, angkat. Sejukkan jap, then masukkan gula + garam secukup rasa. Tadaaaaaaa, siap! :)) Senang kan? kan? kan? Tp, aku pun tak penah buat gak.

Sagon yang aku beli tadi pun sebijik macam gambar kat atas tu. Keluaran Sofynice Trading. Bagus diorang komersialkan makanan ringan ni. At least, anak cucu kita, kenal la kan... (^_~)

Tapi, satu jek aku tak puas hati. Sedap memang sedap, tapi, harganya RM 1.20. Ya ampun, pendek je pun plastik aiskrim yang dia letak sagon tu. Tapi, demi memartabatkan nafsuku yang gedik nak makan mende ni gak, aku beli jela. :p

(^_^) 

Nota kaki : Korang wajib try ni! Cepat pegi beli!!!





Tuesday, March 29, 2011

♥ souvenir dari geng KBU ♥

- assalamualaikum -

tadi, juan nasir ada bagi something. yeay!


:flower::kiss:

-
-
-
-
-


sticker kete. :)


cantik tak? haha sila jeles okeh. :p


26hb aritu, KBU ada buat gathering kat Tanjung Asam, aku tak dapat pegi la sebab clash dengan ESQ MCB (yang ku tunggu-tunggu sekian lamanya).. Teringin sangat nak pi, nak kenal-kenal dengan geng-geng KBU ni. Tuan tanahnya Cik GKSB. Takpe la kan, takde rezeki aku kat gathering tu. Len kali, insyaallah aku join ye kalo takde aral.

:cry:

Sticker kete tu, aku mintak Juan tolong amekkan..dia pi gathering tu. hehe aku macam berminat plak nak sticker tu. Kot-kot la jumpa geng tengah highway, boleh hon-hon + ajak belanja makan together2..


okies, papai.

(^_~)


Nota kaki : Alhamdulillah, sangat bahagia sekali selepas recharge MCB. Thank ya allah, berikan aku kebahagiaan ini. Ampunkan aku jika kebahagiaan ini melalaikan aku dari mengingati-Mu.. :'(


Monday, March 28, 2011

♥ tarian poco-poco haram? ♥

- assalamualaikum -

korang penah menari poco-poco tak? best kan?

" Balenggang pata-pata,
Ngana pe goyang... pica-pica,
Ngana pe bodi... poco-poco.."


memang enjoy habih.. 

(^_~)

rindunya nak berpoco-poco..


tapi kan, aku ada baca, 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke -186 bertarikh 24-26 Januari 2011 telah memutuskan keputusan hukum tarian poco-poco seperti berikut :-

" DIHARAMKAN tarian atau senaman poco-poco atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama dan pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. "


bukti bertulis :

klik untuk tumbesaran yang sempurna  


So, apa pendapat korang? Tepuk dada, tanya iman. Renung-renungkan dan selamat beramal.

(^_^)



Friday, March 25, 2011

♥ untuk lepasan SPM ♥

- assalamualaikum -

sangat-sangat sibuk dengan kerja hakiki lately sehingga mengabaikan incik blog yang bucuk macam ni. maap ye kawan-kawan yang setia menyinggah, tapi iols tak ziarah umah uols balik pun. :( tunggu free sket ye? janji! (>_<)

Untuk lepasan spm semua, apa khabar result kamu? haaa..mesti sebuk dok update borang-borang ke uni kan? gudlux! Semoga berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Carilah ilmu yang diberkati-Nya. Ingat, dah berjaya nanti, jangan dilupa bumi mana dipijak ye? Malu pada Tuhan Yang Maha Pemurah itu jika kamu takbur dan sombong atas ilmu-Nya. 

(^_~)

For my babies si kembar terchenta yang amek baru jugak dapat result SPM, Farah Farhana & Farah Farhanis, congratz. Haha, nanti kita berjimba-jimba celebrating uols okeh? :p 
Untuk adek kandung tak rasmi, Aniem, tahniah jugak atas result kamu tu. Dan jugak si pengomen setia kat sini, Wanythyra, amacam result? Mesti gempak ye dak? :)

Okies, ni link yang berkaitan untuk kamu-kamu lepasan SPM. Jenguk-jenguk la tips ni, amek peluang yang ada. 



"ALLAH tak mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kamu sendiri yang mengubahnya.. "


Nota kaki : Eh, tadi ku mencari-cari link Wanythyra, tapi, yang ku jumpa 'the blog u were looking for does not exist'. Eh, kenapakah? Last aku jenguk blog dia, sehari before result SPM, and she's sad. Huhu, thyra, ke manakah kamu dik? Kalo terbaca ni, say hi to me ya? (-.-')



Giveaway BCSH 3rd Anniversary

- assalamualaikum -

arini nak join giveaway cik syufa! yeay!
sempena anniversary blog dia yang ke-3, dia nak bagi hadiah.
korang nak tak? nak tak?

haaaaaaaa..kalo nak, klik banner ye? jom join ramai-ramai.
mana tau murah rezki.. :))

klik jangan tak klik


pendapat aku tentang blog syufa :

kemas dan cute! hehe bukan nak bodek, tapi, hakikat la weh. Kalo tak caya, pegi la terjah sendiri. kat SINI.

yang paling buat aku jeles tahap gaban jatuh hati kat blog dia ialah dekat header + gambar shoutbox + gambar kat bawah blog dia. huahuahua santek okeh! lagipun, backgroundnya match la dengan header tu. Tak macam blog aku, serabai. (-.-') Kuning sangat sampai sakit mata memandang. Takpe la incik blog, nanti-nanti kalo free, akan ku godek-godek cari baju baru buat kamu ye? :)

Memandangkan aku dengan cik syufa ni, baru jek singgah-menyinggah, aku takleh nak komen sangat la cara penulisan dia tu. Tapi, yang penting, SEMPOI! hehe okelah cik syufa, nice meeting u.. :))


tag : si comel NUSRAH :)


Tuesday, March 22, 2011

♥ jom join bloglist pak cek biola ♥

- assalamualaikum -

malam ni nak join bloglist lagi.. yang ke-2 plak. :) thanks MO for tagging me. Sory meh, lambat sangat amek masa nak join.. hehe 

.: JOM JOIN BLOGLIST PAK CEK BIOLA :.

klik banner ye kawan-kawan kalo berminat


Pak Cek Biola ni buat bloglist untuk memudahkan dia blogwalking. So, sape-sape yang nak diterjah oleh pak cek biola, sila join okeh?

Dia jugak ada buat beberapa kategori untuk bloglist dia :-

Blogku Hot, Blogku Chill, Blogku Style dan Blogku Comel.

 
Aku pilih nak masuk kategori Blogku Comel la.. Blogku tak comel pun, tapi, tuan punya blog dia comel..haha sila jangan muntah hijau okeh?

(^_~)


♥ GA : lets go green, save the earth! ♥

- assalamualaikum -

arini nak join GA yang dibuat oleh tuan umah coklat ni, syuwai.
aku excited nak join GA ni sebab tajuknya  

'LETS GO GREEN. SAVE THE EARTH'

ehem-ehem, aku kan nature lover..
hehe tu pasal overexcited nak berkempan gini.  

(^_^)


kalo nak join, klik banner ye sayang-sayang?


'Bagaimana anda selamatkan bumi ini supaya kekal hijau?'


meh nak bebel :

~ Kalo kita tengok sebenarnya bumi ni dah sakit parah dah. Dengan tsunaminya, dengan musim tak menentu, sepatutnya musim panas, tapi asyik hujan je kan? :( :( Kesian bumi ni.

So, jom la pakat-pakat mengubah cara hidup kita. Maybe apa yang kita buat tu tak seberapa, tapi, effect jangka panjangnya besar tau.


Caranya? 

* Jangan guna plastic bag, polisterine - gantikan dengan paper bag. Time nak membeli tu, cakap taknak plastic bag. Bawak je reusable bag tu. 

* Jimatkan penggunaan tenaga : elektrik dan air - Tutup lampu, kipas, tv kalo tak pakai. Kalo time gosok gigi ke, sabun badan ke, tutup dulu air tu..nak pakai baru bukak balik.

* Guna pengangkutan awam : LRT, bas - Jimatkan minyak, kurangkan gas karbon monoksida. Memang bab nak naik public transport ni leceh sket la kan? Tapi, cuba ok?

* Tanam lebih banyak pokok - Hidupkan suasana semulajadi tu kat umah-umah korang. Pokok tu kan sahabat karib kita. Dia bagi oksigen, kita bagi karbon dioksida kat dia.

* Kitar semula bahan buangan - Asingkan sampah ikut jenis bahan, pastu masukkan dalam tong sampah kitar semula. Senangkan?

* Buat menda yang remeh pada pandangan mata, tapi besar positive impactnya. Contoh :-

>  Beli barang-barang yang rechargeable and reusable - cam bateri, bag.

> Jangan print menda-menda tak penting - junkmail, bank statement.

> Pay bills, shopping online - tak payah bazirkan minyak kereta dan sumbangkan gas CO2.

> Kurangkan masa mandi, masa basuh kereta - jimat air.

> Sedekahkan barang-barang terpakai kat charity home - kurangkan bahan buangan. Pahala pun dapat.

> Beli barangan organik.


Pendek kata, selamatkanlah bumi ni. Saya sayang bumi saya. 

Peace forever. Amin.

(^_~)



Monday, March 21, 2011

♥ kejadian supermoon itu indah ♥

- assalamualaikum -

baru-baru ni kan (19/3/2011) ada kejadian 'supermoon'. korang sempat tengok tak? aku tak nampak la bulan yang cantek tu sebab penang gelap, nak ujan..bulan dilindungi awan. takde rezki la tu kan? hukhuk..


Apa itu kejadian 'supermoon'?
-
Fenomena dimana bulan akan mengelilingi bumi kita dengan jarak yang dekat dari biasa. Dikatakan Super Moon akan berada 221,567 batu jauhnya dari bumi. Apabila Super Moon terjadi, kita akan nampak bulan tuh menjadi besar dari kebiasaanya.
source here.

.Pictures of Supermoon from Around the World.

The Rockies, Colorado.
Logan Airport, Boston.

London, England. 


 
Vina del Mar, Chile.
Lillburn, Georgia.


Miami, Florida.
El Paso, Texas.


nak banyak lagi gambar kat sini : beautiful pictures of supermoon 
 

Nota kaki : Subhanallah, maha suci allah. Cantek kan? Allah maha kuasa.

(^_^)



Sunday, March 20, 2011

♥ aku mahu suami sebegini ♥

- assalamualaikum -

aku nak share something yang dapat dari fesbuk tadi. so sweet dan sangat-sangat menyentuh hati. ya allah, kurniakanlah aku suami seperti ini, yang dapat membimbing aku ke jalan kebenaran-Mu, dan dapat membuatkan aku mencintai-Mu lebih segalanya.

Ya robb, maafkanku jika diri ini tak sempurna mencintai-Mu...


*********************************

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis dalam satu program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.

Sekian, wasalam.

Yg Benar,

Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti.

Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

:flower:


Hasil Nukilan : Jazulfadli Jamaludin


Saturday, March 19, 2011

♥ kempen stay healthy for life, USM ♥

- assalamualaikum -

3 hari aku menghilang sebab pegi majlis kawen-kawen sambil menghabiskan saki-baki duit kat kelantan. :) :)

untuk kak ema dan abg mizi :-

selamat pengantin baru..
semoga kekal ke akhir hayat..
amin~
:) :)

***********************************


arini hari sabtu, sepatutnya hari cuti. tapi, aku saja menggedik nak keje. :) takdela..ekceli aku menjayakan kempen 'STAY HEALTHY FOR LIFE' kat USM Penang tadi. aku jaga booth 'cancer speciman exhibition' kat Dewan Tunku Syed Putra. mula-mula cuak takut orang tanya banyak-banyak sampai tak reti nak jawab. tapi, okela kan? belajar dari pengalaman~ :) takdela susah sangat pun jaga booth cancer ni.


abaikan aku yang bermata sepet dan berpipi tembam di pagi hari. memang lazimnya pagi-pagi aku begitu. (-.-')

-
-

soalan yang selalu orang tanya : -

~ eh, ni organ manusia betul ke ni?
--> yup! ni organ betul. :))

~ wah, besar ye thyroid ni? tak boleh imagine camna besar camni ada kat leher.
--> hehe yela, tak takdir sakit camtu.. swelling, membesar la..bla bla bla.. :))

~ eh, ni cancer stage bape ye?
--> ni memang dah teruk la. sebab dah memang kompem carcinoma. :))

~ eh, nape cancer cervix ni ada dua?
owh, cancer ni ada banyak jenis. ada adenocarcinoma, ada squamous cell carcinoma..bla bla bla.. :))


hehe oke, sebenarnya ada jugak jawapan merepek yang keluar dari mulut aku ni haa..
opsss..sorry uols..

:laugh:


Nota kaki :

1) terasa seronok plak berkempen. :) hope theyols panggil lagi.

2) badan terasa bagai dipam-pam oleh manisan sebab kelantan banyak sangat makanan bergula. (-.-')

3) esok nak pegi recharge ESQ basic training kat UiTM Penang.

4) terbaca sesuatu yang menginsafkan tentang 'menutup aurat, bukan membalut aurat.' :(



kerudung ungu giveaway 2011


- assalamualaikum -

korang nak join giveaway mama kerudung ungu tak?

klik banner ya! :)




tag : http://www.teamallstar100plus.blogspot.com/, adibry, natasha.


''Jom Sertai Bloglist Haris Kaito''


- assalamualaikum -


mood : baru balik jalan-jalan, terasa nak join contest, giveaway dan bla-bla-bla..


ni baru first time aku join bloglist. :) tuan umahnya ialah HARIS KAITO.

korang nak join? klik banner ya!

tag : logamaya, husna, azie.

:flower:



Monday, March 14, 2011

♥ contest : JANGAN pandang camera!! ♥

- assalamualaikum -

malam ni terasa nak join contest yang ditag oleh fatin. ampun ya! baru nak buat.

huahuahua esok dah tarikh akhirnya.

hope penyertaan di minit terakhir ni bertuah la ye~

:flower: :kiss:

contest "JANGAN PANDANG CAMERA"

by wajah rahsia hati :)

nak join klik banner



ni gambar pelahap yang aku pertaruhkan~
LOL, gelojoh kan?


tag : wanythyra, warna-warni kehidupan, fatinn

sory ye uols, aku lambat tag. kalo nak, join la. :)




segmen BEN ASHAARI soal cinta

- assalamualaikum -

Arini aku gedik-gedik nak join segmen Incik Ben la. Segmen cinta gitu. Hehe :)


  1. LELAKI pilihan anda ?
    -
    Semestinya yang beragama, dapat membimbing aku ke jalan kebenaran-Nya. Pastu biar la sedap mata memandang, nsem walaupun aku tak lawa. Biar ada kerja yang menjamin masa depan, bukan keje main guli je. Yang paling penting, mesti TEGAS, SETIA, SAYANG AKU, dan TERIMA AKU SEADANYA. dan jugak yang ngam kalo bab-bab merepek dengan aku. :)

     
  2. Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ? 
    -
    Hehe seksi tu satu credit buat lelaki. Aku suka je yang badan mantap2. Aduh..rasa gedik gitu bila dapat tido kat dada dia (ni aku berangan okeh! kalo dah kawen la). Seksi pada suara - tegas! 

     
  3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ? 
    -
    Sikap seseorang itu subjektif. So, aku rasa depends on jenis mana perangai lelaki tu sendiri. Aku penah jumpa both, lelaki yang sebelum memiliki cinta, dia macam tak bape nak berkorban sangat, dan selepas memiliki cinta, dia berkorban banyak! huhu~ thats my abang sayang. :)
    Dan aku penah jumpa gak lelaki yang sebelum memiliki cinta, beria bukan main. Dah dapat, endah tak endah jek. So, for those like this, say bye-bye~ cukup sekadar berkawan. :)

     
  4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ? 
    -
    Emm, aku tak rasa aku setabah sesape yang bermadu tu. Huhu, nauzubillah..mintak jauh la. Aku bukan nak menolak sunah, tapi, rasanya takut bertambah dosa kalo aku bermadu. Takut hati ni tak ikhlas menerima pompuan lain dalam hidup. Kang tak pasal-pasal dok tanggung dosa free.


  5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ? 
    -
    huhu, slow talk to him. Dan tanya dia, nape dia mesti cari pompuan lain? dan adakah dia masih sayangkan aku. Kalau dia sayang, aku akan cuba nak pertahankan cinta tu. Kalo tak, redha..


  6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
    -
    Both! Depends on diri seseorang tu sendiri.


  7. SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ?? 
    -
    Both jugak! Depends on diri seseorang tu sendiri. Tapi, kalau kita tengok, makcik-makcik yang kematian suami tu, jarang plak nak kawen lain. Kalau pakcik-pakcik, laju jek cari pengganti kan? Ntah la..maybe sebab lelaki ni pikir dia tak boleh hidup tanpa pompuan yang uruskan hidup dia kot. :P


  8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ? 
    -
    hahaha..zaman kat u dulu, YES! sangat-sangat. hehe, agaknya time tu, darah muda yang hot. panas membara gitu. Nasib baik la dapat dia penyabar orangnya. :P
    Sekarang, cemburu aku bertempat la. Dah boleh dikawal dengan BANYAKNYA. Yang penting kepercayaan. :)


    Nota kaki : Okies, dah banyak aku merepek ni. adios~

    (^_^)


Sunday, March 13, 2011

♥ kenapa facebook slow? ♥

- assalamualaikum -

korang perasan tak, lately facebook lambat je nak loading. kenapa eh?

:sleep::dizzy:

start semalam aku perasan, macam slow sangat.
nak chat pun, kejap online, kejap offline, macam tak best plak kan? (-.-')
bila buka website lain, ok plak..laju je.
mula-mula aku ingat line streamyx kat rumah aku ni yang problem.
rupanya tak. youtube pun laju jek.

huhu..kenapakah? apa dah jadi pada facebook?


gambar ikhlas : google



Nota kaki : Jangan la facebook tutup. Walaupun facebook kadangkala agak membosankan, tapi at least aku boleh tau update kawan-kawan dan family aku dari facebook. Ada gak kawan yang tak pernah jumpa in person, tapi weols sangat rapat di facebook (kawan pompuan okeh, jgn speku..) :)


Saturday, March 12, 2011

♥ icon meow-meow yang comel ♥

- assalamualaikum -

adusss, penat..sesak napas okeh. tengok tak apa jadi kat blog arini? huh.
ni la akibatnya teringin nak godek-godek, tapi tak pandai.

:sleep:

pape pun, dah jadi rupa ini dah blog aku. haha buruk kan?
aku maleh dah nak edit sini-sana. redha jek.

tapi, aku suka sebab time aku godek-godek tadi, terjumpa plak icon kucing-kucing comel ni. terus pasang kat blog, jadi plak.. hehe..syok-syok~~

:kiss: :pompom: :bye:

korang nak tak? pegi jenguk sini pasang icon meow2.
cuma satu je tak bestnya, sebab icon ni boleh diguna pakai pada old editor jek. huhu..


Nota kaki : eh, korang tau tak camna nak pasang smiley kat entry eh? aku tengok budak nakal tu ada pasang. kalo tau, rojer aku eh? nanti-nanti aku nak terjah kat blog nakal lak. ada tak tutorial nak buat smiley..


Nota tambahan : sedang berkira-kira untuk buang balik icon smiley kat ruangan komen ni. ada je icon, tapi, macam takle pakai. huhu. stress. (-.-')




under construction

HARAP MAAF.
BLOG INI UNDER CONSTRUCTION.
TUAN DIA AGAK SEWEL SEKETIKA.

PEACE.. :)

Friday, March 11, 2011

♥ clumsy? huh. ♥


- assalamualaikum -

Hari ni ari jumaat yang mulia lagi deberkati. Tapi, hari ni aku sangat seleweng (bahasa perok le teman rase). My labmate a.k.a housemate Cik Adawiyah tu balik kampung lagi. Bos lak pegi meeting. Lab alone la aku arini. Keje plak menimbun. (-.-') Mau kelam-kabut nak buat itu ini. Dah la arini rehat panjang. Tetiba rasa kejap plak pegi keje. (hikhik suka sebenarnya.. :p) 


Petang tadi, aku dengan jayanya telah menumpahkan alcohol atas lantai lab aku. Tak banyak, satu beaker jek. Huh, terpaksa jadi cleaner plak. (-.-') Aku memang camni, clumsy! Ekk, jangan gtau laling sayang ye. Kang turun plak hantaran aku.


Pastu time kalut-kalut tu plak si budak busuk masam tu asyik kol jek, tanya details pasal nak renewkan roadtax aku. Dah la suka nak main-mainkan aku. Tengah hujan lebat, dia suruh aku behenti kete, suruh tengok kat luar roadtax tu mati bila. Paksa rela tau tak. Memang nak kena sekeh ini budak. Pastu, cakap duit tak cukup la. Hadoi, aku dah ready nak pegi bank dah..tut-tut dia cakap suka-suka je nak buat aku cuak. Sepak laju-laju nak, budak busuk?? Debush! 


Pape pun, makaceh kamu buatkan roadtax kite. :)) :)) 
Auuww, tak payah penat-penat nak pikir mende remeh camni. 
Bestkan bila konon-konon jadi princess? Sume orang layan je.............. :p 
Sila jangan muntah ijo.


Tadi aku balik awal 15 minit je time lunch. Yela, bos dah kuar dulu, takkan aku nak tercongok lak dalam lab lagi kan? Tapi, rupanya time tu la jugak ada sample sampai. So, takde sape received. Huh. Si doktor pun sama. Celah tu jugak datang nak validate result. Tapi, aku dah selamat melantak nasi kat umah. Hehe kesian diorang. Err, hope takde sape report kat big bos perangai buruk aku arini. :((


Insyaallah tak buat lagi untuk minggu depan........sebab minggu depan aku cuti! Yahuuuuuuuuuuuu.. :)) :)) :)) 

Minggu depan-depan lagi tu, tak tau le kan camna. 





Nota kaki : Berkira-kira untuk buat oncall weekend ni untuk menyiapkan apa-apa yang perlu. 

Walau seleweng camna pun aku ni, aku tetap suka keje aku dan tetap suka tempat keje aku. 


Peace. (^_^)



♥ duduk terlalu lama tu tak elok la! ♥


- assalamualaikum -

Korang slalu tak tersengguk-sengguk di meja kerja? Ataupun time skolah dulu, cikgu aku cakap 'patuk meja'.
Ni mesti kes tak dapat tidur yang nyenyak kan?
Ataupun korang menghidapi 'sleep apnea'?


Sleep apnea : Kesukaran untuk bernafas ketika tidur.


Apa yang menyebabkan sleep apnea ye?

Sebilangan penyelidik dari Kanada mendapati perbuatan duduk di kerusi sepanjang hari boleh mendedahkan anda kepada penyakit ni.


Kaitannya begini :

' Apabila kamu duduk dalam jangka waktu yang terlalu lama, air dan darah akan berkumpul di kaki kamu. Kemudian apabila kamu ingin tidur, graviti akan menyebabkan air dan darah yang berkumpul di kaki itu bergerak pula ke bahagian leher. Tindakan ini menimbulkan tekanan pada diri dan tidak mushatil kamu akan pengsan. '



Jadi, dapatkanlah tidur yang berkualiti untuk hidup lebih sihat!
:)) :))


Nota kaki : Jom tido! Ngantok plak ni.

(^_^)


Thursday, March 10, 2011

♥ kenapa lelaki nak kawen lebih? jawablah ♥


- assalamualaikum -

korang dah lunch? perut aku dah selamat dijamu dengan nasi lemak ayam berempah yang lazat lagi menggemukkan.

yummy, yummy~~ :))

credit google


kadang-kadang aku terpikir, 
ape bestnya orang laki ni suka sangat nak berbini banyak ye?
tak ke menyusahkan hidup? 
yela, pompuan kan banyak kerenah.
tambah-tambah pompuan hormon tak stabil macam aku ni.
huh, mau meroyan jugak laling sayang nak melayannya.

(-.-')

ye, aku tau la berkawin 4 orang jika mampu tu sunah rasullulah s.a.w. Tapi, baginda tu semulia-mulia manusia. Yang mampu berlaku adil dari segala segi. 
Kalau laki zaman sekarang ni, agaknya susah kot nak jumpa yang betul-betul adil. 

ADIL = meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Emm, kalau kamu kawen dua, tapi kamu rasa ada sikit lebih rasa sayang kamu kat salah sorang isteri, tu tak adil namanya kan? (-.-')


Firman ALLAH s.w.t :

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja.” (An-Nisaa’: 3)

وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ
“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian. ” (An-Nisaa’: 129)


apa-apa pun, aku rasa sebelum melangkah lebih jauh, tepuk dada, tanya iman, jangan tanya nafsu sebab nanti nafsu akan jawab "YA! BOLEH AJE KAWEN!"


credit google

-
-

Nota kaki : Abang sayang, jangan kawen dua ya? (>_<)




Tuesday, March 8, 2011

♥ sakura malaysia ♥


- assalamualaikum -

Malam ni aku nak jamu mata korang dengan bunga sakura Malaysia. 








sumber gambar : kawan baik yang cun, Nurul Sharinie sayang.. 

-
-

Haaa, amacam? Santekk kan? Truly in Malaysia. Kat mana? Bertam Indah, Penang. :) :) Tempat aku tu.

Sekarang ni musim panas kot (tak sure sebab kadang-kadang ujan lebat), pastu pokok ni mula la kuarkan bunga-bunga yang cantik bak sakura. Sejuk mata memandang tau. Pegi keje pagi-pagi, fresh je rasa.

Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apa nama sebenar pokok ni ya? (-.-')



Nota kaki : Entry ini khas untuk si comel, Sunah Suka Sakura sebab dia suka bunga sakura. Tak dapat bagi yang betul, made in Malaysia pun, ok la kan sunah?  :) :) :)


♥♥♥♥


♥ Qi dan Yuna sah bercinta ♥


Tadaaaaaaaaa..
Segala teka-teki terjawab jugak.
Confirm dah Qi dengan Yuna. :)

[ klik image untuk tumbesaran yang sempurna ]


Aku suka Qi walaupun aku dengar cerita perangai dia dulu, hazab la sangat. 
(-.-')

Takpela, aku doakan dia berubah.
Semoga hubungan ni ke jinjang pelamin hendaknya. 
Umur dia pun bukan muda lagi. Dah 35 tahun pun.
Aku suka tengok dia dalam Destinasi Bajet dulu-dulu tu.
Sekarang dia pengacara Jalan-Jalan Cari Makan lak.

:) :) :) :)

Kan best retis camni, tak payah nak sorok-sorok.
Daripada dok kena speku bukan-bukan dari orang lain, baik ngaku je terus.



Nota kaki : Kalo takde jodoh tu..jangan risau Qi. Najwa Hazwani ada. 
(^_^)

Sila jangan sepak aku.. :P