Sunday, February 13, 2011

♥ Penang National Park ♥

- assalamualaikum -

Semalam pegi Taman Negara Penang lagi. Siyesly, aku dah jatuh cintun dengan tempat ni.
:) :) :)




Kali ni, aku trekking ikut jalan pendek sket dari aritu.
Entrance - Pasir Pandak - Tasik Meromiktik - Pantai Karachut (1 jam 20 minit ).
Tak penat pun. Suka. Suka. :)


[ trail guide taman negara penang ]

-
-

Apa yang best kat sini?


+ Hutan : tempat yang bersih, cantik, nyaman, tenang, sejuk mata memandang. Kaya dengan flora dan fauna. +









+ Pantai Karachut : Puas rasanya bila penat-penat trekking dalam hutan, dapat jumpa pantai yang sangat gojes. Subhanallah..pasir putih je. Tak tercemar lagi..pantai dara gitu. :P Facilities lengkap - surau, toilet, dewan terbuka, campsite. Nak p naik bot pun bole. +













+ Turtle Sanctuary : Kalo bernasib baik, dapat tengok penyu menetas. Ada galeri tentang penyu. Kita sendiri bole tentukan jantina penyu yang bakal lahir. Kalo nak penyu jantan, eramkan telur penyu dalam pasir kat tempat yang redup. Kalo nak penyu betina, suhu panas. menarik kan? :) +




[ eraman telur untuk menghasilkan penyu betina ]






+ Tasik Meromiktik : gabungan air laut dan air tasik. Mempunyai dua lapisan air yang berbeza suhu dan ketumpatan. Air laut (lapisan bawah) dan air tasik (lapisan atas). Air laut dan tasik tak bole bercampur. Kalo kita mandi dalam air ni, kita dapat rasa bahagian bawah panas, dan atas lak, sejuk je. Unikkan ciptaan Tuhan ni? :) +




[ musim kering : time aku p semalam, xde air ]




[ musim berair : sebulan yang lepas, aku p, air penuh ]





[ cantik kan? ni pertembungan antara air laut dan air tasik ]


+ Canopy Walk : Aku try time g dulu. Kali ni tak ikut jalan ni dah. Best gak berjalan atas titi gantung antara pokok-pokok. Tiket : RM 5 je. +




+ Tempat lain yang korang boleh pegi : Monkey Beach, Rumah Api Muka Head, Teluk Kampi, USM/CEMAC. +

+ Petang-petang, sunset kat Pantai Karachut memang superb! Pastu kalo dah kuar hutan tu, nikmatilah petang kat jeti nelayan tu. Bole layan blues sambil memancing. :) +




Pendek kata, pegilah melancong dalam negara. :P
Nikmatilah alam ciptaan Tuhan ni sementara masih berdaya. :) :)


♥♥ subhanallah..subhanallah..subhanallah ♥♥


Nota kaki : Gian, gian dan sangat gian nak p bergunung lagi.
(=_=')
Sape nak ikut? Jom!!


7 comments:

cinonex coreyan said...

waa besnye..ntah bila la nak sampai ke sane =p

♥cik cahya♥ said...

tmpt menarik. kena terjah g sana. ehe ;D

Qalam_Firdaus said...

cantik nyer tempat nih.....indah sungguh ciptaan Ilahi.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

ajak hiking sini ka?

ahaha..

penah dah camping cni..syok gak..

tomato said...

wahh~syiok je tmn negara ni..huu

picairin said...

teluk bahang ya??? penah gi...memang canek sgt...=)

najwa's said...

yup semua :) memang chantek tempat ni :)