Monday, February 7, 2011

♥ hatyai + songkla, thailand trip ♥


- assalamualaikum -

Senyum. :) Maap ye korang lama plak aku menyepi.
Sedang mencari erti hidup yang hakiki. :P

Mood sebenar : sedikit susah hati. (=_=')
Mood tipu : konon2 hepi. (^_^)

Layan je la ye...

Venue : Hatyai + Songkla, Thailand.
Date : 7, 8 Januari 2011.
Transport : Naik bas je + ada guide (Pak Man).

Disebabkan aku berada di utara, so, aku tak payah susah2 buat pasport. Hanya pakai borderpass RM10 je, tahan 6 bulan. Untuk orang2 di Perlis, Perak, Kedah, dan Kelantan saja oke.

Masuk imigresen Thai, huh, rasa gelap, suram jek sebab bangunan dia kaler hitam. Pastu perkara pertama yang aku perasan ialah kabel letrik dia, sangat la hazab, tak organize langsung.
(+_+') Berselirat.


Tiba kat Hatyai, oke2 je bandar dia. Lebih kurang dengan Malaysia gak la. Paling best sampai rasa taknak balik tu sebab tempat shopping dia, heaven sangat! Sampai tak terpilih. Murah-murah. I like dis part. :) :) Make sure korang tukar duit bath banyak2 ye.. Adek aku cakap beli barang pakai bath ni, macam pakai kupon jek.
(*_*)

Sebok berjoli, tak sedar duit dah habih.


Lagi satu, pertanian diorg memang superb la. Banyak cucuk-cucuk. Korang boleh dapat buah pisang rasa strawberi, rasa coklat kat sini. Buah asam yang manis. Tembikai yang kulit kaler merah, isi kaler kuning. Macam2 la. Originally dari pokok betul. :)


[ di market shopping, ala-ala pasar siti khadijah, kelantan gak la ]

Lagi satu yang best mesti la bab makan-makan, ye dak? :p Dengan tomyamnya, ikan stim, poktek, and bla-bla-bla, memang masyuk habis la. Thumbs up! Aku makan kat SAMI KITCHEN. Best!

Tapi, kedai2 tepi jalan dia, aku tak bape nak bekenan la. Geli tekak kot. Tulis je HALAL, tapi, ya ampun, belangkas pun ada goreng skali. Tak penah aku tengok org makan belangkas weh. Korang kenal ke tak belangkas nih?
(>_<)



[ kat sini, kompem halal + sedap + xde belangkas ]

First day, kitorg pegi merayap kat Songkla. Kat Songkla ni lebih kurang macam pusat kerajaan diorang la. Ada sekolah, universiti..dekat sangat2 dengan pantai, Samila Beach. Memang best la. Pantai cantik, air kuat sket. Pas sekolah jek, lepak2 kat pantai. (^_~)

Kat Samila Beach ni, ada statue of The Mouse and The Cat. Sebab dari sini, boleh nampak dua island = Koh Nu : Mouse Island, Koh Maewo : Cat Island. Pastu, ada gak Golden Mermaid kat pantai ni. Jangan lupa amek gambar kat sini tau. :) :)



[ Samila Beach, Songkla ]



[ tugu the mouse and the cat ]

Kitorang ada gak pegi Klonghae Floating Market. Bes gak berjual-beli atas air ni. Unik tempatnya. Kat atas darat tu, ada gak tempat makan2 yang diperbuat dari bamboo dan tempat shopping lagi. Kraftangan diorg, very da auwwww!! Siyesly, aku sangat suka accessories diorg, terutamanya bracelets. :) :)


[ mostly barang, dari bamboo..termasuk bekas minuman pun ]


[ Klanghoe Floating Market, Hatyai ]


[ paham tak? jangan buang sampah!! location : imigresen Thailand ]


[ Diamond Plaza Hotel : tempat menginap ]


[ tuk-tuk : teksi kat Thailand ]


[ Golden Mermaid : Samila Beach, Songkla ]


[ Babai Thailand, semoga ketemu lagi ya! ]

-
-
-

Nota kaki : Maap ye, banyak gambar kitorg jek.
(+_+)


-
-
-

Oke la weh, banyak plak aku bebel kali ni.
Ekceli, tak bape sehat batin ni.

Korang doakan aku supaya cepat sembuh ye?
(^_^)


♥ peace ♥





4 comments:

Mama2Q said...

oit cik adik...belangkas orang makan dan halal la...huhu..
gi thai tak ajak no....

najwa's said...

ngeh3..mana cek tau halal. :P bukan haiwan 2 alam kah belangkas tu?

Novelgurl said...

Assalamualaikum

waa..bestnya..nk pergi gak la..nk rasa pisang berperisa strawberi tu..huhu

najwa's said...

boleh syg.. p ler. :)