Tuesday, February 1, 2011

♥ bila budak sekolah gatai nak kawen ♥


Korang patut baca ni weh. Terer tak budak skolah ni menepis soalan hakim demi nak kawen.

(^_~)

=
=
=
=
=

Belajar bukan berkahwin Oleh Dr. Zaleha Kamaruddin

Sepasang remaja berumur 15 tahun memohon kepada Mahkamah Syariah untuk berkahwin. Hakim Syari’e semasa mendengar kes tersebut bertanya beberapa soalan untuk memastikan pasangan tersebut sudah bersedia untuk berkahwin.


Hakim Syari’e bertanya sekiranya diberi kebenaran untuk berkahwin diberi, ke manakah pasangan itu akan tinggal?

Ali, pasangan lelaki tersebut menjawab bahawa mereka telah memikirkan perkara tersebut dan telah membuat keputusan untuk tinggal di rumah Laila, pasangannya kerana bilik tidur Laila lebih besar dari bilik tidur Ali.


Hakim Syari’e tersenyum dan kagum bahawa perkara tersebut telah dibincangkan terlebih dahulu.

Beliau kemudiannya bertanya satu lagi soalan. “Sekiranya dibenarkan berkahwin, bagaimana kamu akan menanggung Laila kerana kamu masih bersekolah?”.

Ali menjawab, “Yang Arif, kami mempunyai tabungan dan sekiranya tabungan tersebut disatukan dan kami berbelanja hanya RM10 sehari dan membawa bekal ke sekolah, kami akan dapat menampung penghidupan kami setelah berkahwin sehingga selesai peperiksaan PMR.”

Sekali lagi hakim tersebut tersenyum dan merasa kagum dengan kesungguhan cinta kedua remaja tersebut.


Hakim itu terus bertanya, “Oleh kerana kedua-dua kamu akan mengambil peperiksaan PMR pada hujung tahun ini, bagaimana kamu hendak pastikan yang Laila tidak hamil ketika tempoh tersebut?

Kali ini Ali pula yang tersenyum dan menyatakan, “Yang Arif jangan khuatir, kami telahpun melakukannya dan nasib kami baik kerana Laila tidak hamil langsung!

Hakim menarik muka masam dan dan tentu sahaja tidak kagum dengan jawapan tersebut.


Nota kaki : Aku telah selamat mencilok artikel ni dari Cari Forum. Huhu, dah matang benor ke budak ni ha?? haish... :( :(





9 comments:

taz said...

HAHHA. kantoikan diri sendiri je :P

neesa said...

ohhh ini tidak harus.. okehh
kepade budak-budak belum berkahwin.. dont try this at mane2 okehh..

alia shahira said...

ahahaha sengal gila si ali uh~

Ohno!!! said...

Hakim terus kagum ngan kesengalan mamat tu....
haha....
tak bley blah.....
nice

. i . n . a . z . said...

oh budak budak sekarang... dah terror sangat la tu

sekamar rindu said...

salam..

hahahaha...tu la terlalu nak kwin sampai dah kantoi..

:)

FariehanIbrahim [LBC] said...

LOL! dasattt,
adoiii, apa lar ituuu budak! haha! xD

Ujang9897 said...

huk alo..hee

faqrul said...

ade plak cm 2yer...