Monday, February 28, 2011

♥ sayang-menyayang ♥


"jangan tinggalkan org yg kita sayang, 
untuk org yg kita suka, 
kerana,
org yg kita suka akan tinggalkan kita,
utk org yg mereka sayang..
sayanglah dengan apa yg kita ada."

-
-
-

hehe amacam? akhir-akhir ni berjiwang plak aku kan?

(>_<)


time blogwalking tadi, terjumpa ayat ni kat blog come-lote Nadiah talktalk.
terus aku terpikir, yup, sangat betul ayat tu kan?

so, juz appreciate wat u have..
belajarlah bersyukur..bersyukur..dan bersyukur..

jangan mengejar sesuatu yang tak pasti..
sebab takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


haish.

(^_~)






Sunday, February 27, 2011

♥ aku tanpa cinta-Mu ♥


Aku Tanpa Cinta-Mu

by Mirwana & Jay Jay

************************************

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


 *****************************


ya allah,
aku mohon ampun,
jika aku telah mungkiri janjiku,
masih mengulangi kesalahan lalu..

(>_<)




Friday, February 25, 2011

♥ meh check penyakit genetik korang ♥


-assalamualaikum-

Petang tadi ada CME (continous medical education) kat tempat keje aku. Talk ni pasal 'genetic disorder'. Aku ni tak la reti pun pasal genetic ni (al-maklum la, iols bukan keje kat lab genetic okeh.. :p) Tapi, aku tetap nak share gak sikit-sikit untuk pengetahuan kita semua. :) :) Semua ni symptom2 untuk penyakit ni. Aku bercerita pakai bahasa pasar je. So, para hadirin yang lagi terer, sila betulkan kalau salah ye. 

(^_~)

-
-

DOWN SYNDROME




a) Hidung - takde tulang hidung. ada hidung kecil comel jek.

b) Garisan kat tapak tangan tu lurus jek. dipanggil simian crease.



 simian crease


c) Kaki - jarak yang luas antara ibu jari kaki dengan jari kaki yang kedua tu (ekk, jari telunjuk kaki ke??)

d) Mata - upward slanting eyes =  matanya tak selari..macam menaik sikit antara mata dari sebelah hidung ke mata sebelah telinga tu. kalau normal, mata kita selari je. Tak caya, cuba tengok cermin. :)

 upward slanting eyes

-
-


KLINEFELTER'S SYNDROME





a) Selalunya jadi kat male newborn ( 1 : 500-1000).

b) Penis - kecik, firm. Pubic hair dia tumbuh macam pompuan (V shape).

c) Gynecomastia - breast jadi besar (lelaki ye, bukan pompuan).

d) Pertumbuhan body yang abnormal - contohnya macam long legs, tapi short trunk.



klinefelter's syndrome

-
-


TURNER SYNDROME





a) Terjadi kat pompuan sahaja - lack of normal sexual development at puberty.

b) Takde period (menstruation).

c) Poor breast development - jarak yang luas antara sebelah nipple dengan nipple lagi satu.

d) Webbed neck - ada extra skin yang berlapis-lapis (macam menggelebeh) di sekeliling leher.

e) Strabismus  - lazy eye.

f) Scoliosis - tulang belakang sedikit bengkok.



turner syndrome

-
-


EDWARD SYNDROME




a)  Selalunya gugur (abort) sebelum lahir. Kalau ada live birth pun, 1 : 3000 je.

b) Tangan - clenced hands + overlapping fingers.

c) Mulut, kepala kecil.

d) Leher pendek.

e) Time baby - nanges lemah je (weak crying).

e) Omphalocele - bila lahir je, usus kat luar badan.



omphalocele - usus budak ni kat luar badan, tapi still dalam sac (kantung).
baby ni bukan edward syndrome ye, aku nak tunjuk 'omphalocele' tu je..

-
-


PATAU SYNDROME



a) Detect bila baby lahir berdasarkan structural birth defects dia.

b) Poor neurological performance - berkaitan dengan sistem saraf yang lemah.

c) Takde eyebrows.

d) Microcephaly - bahagian kepala kecil compared to kepala budak lain yang sebaya. 

microcephaly


e) Cleft lip and palate -  birth defects that affect the upper lip and the roof of the mouth.



cleft lip and palate 



 patau syndrome

-
-

Oke la kot, thanks for reading. :) :)



Nota kaki : Sekali lagi maaf kalau bahasa pasar digunakan kat sini. Sumber ini tidak la disahkan benar 100%, hanya berdasarkan pembelajaran aku saja. Aku juga ada mencilok gambar + info dari pakcik gugel. Kalau ada salah silap, sila gtau ye.. Insyaallah, aku akan betulkan.



♥ peace ♥



Thursday, February 24, 2011

♥ nak join gunung bintang trip tak? ♥

- assalamualaikum -

Korang, aku nak sangat pegi hiking lagi.
Lama dah tinggal kot..dekat setahun dah.
Ni ada event baru. Aku maseh cari orang untuk join sekaki. Aku xde geng.
Sapa-sapa berminat, jom ler..




Location : Gunung Bintang, Sungai Sedim, Kedah.
Time : Saturday, March 5 at 7;00 pm - March 7 at 10:00 pm.
Organiser : En Sungai Sedim - 0173727965
Pesbuk event : Gunung Bintang

Pendaki @ 1st timer boleh join.

TERBUKA kepada yg sihat dan Fit .termasuk beginner.
sabtu, ahad, isnin
3 hari, 2 malam.
Yuran RM50 tidak termasuk makan dan permit
Minimum 10 peserta.

Tentatif program :

Jumaat

0600 solat subuh di Sungai Sedim
0630 Breakfast di warung kg. sedim
0730 Bergerak ke trail head
0830 Start trekking
1230 sampai Waterfall dan terus lunch dengan lunch pack ( tiada masak2 )
1300 Resume trekking
1700 sampai ke Campsite Bunian . Solat Jamak/ asar di sini

-

sabtu

0530 start trekking if wanna see sunrise
1000 start trekking if dun care about sunrise
1400 came down from summit. arrive at campsite

option 1- stay here tonight or
option 2- Go down back to waterfall

-

ahad

1000 trekking keluar hutan
1400 everyone safely arrive carpark.

-

Nota kaki : Harap-harap kali ni aku dapat la pegi.
(=_=')





♥ first giveaway sayangku faish ♥


mood : nak ber'giveaway' lagi.

harap-harap murah rezki..

AMINNNNNNNN... 

(^_~)



jom join GA sayangku faish ni.

hadiahnya banyak : 30 hadiah. :) nak tengok? meh ke sini.

aku nak tag :  budak kedah ni :P

DONE!





♥ saya nak! saya nak! ♥


saya nak! saya nak! korang nak tak?

kalo nak, pakat-pakat klik sini.

sebelum kul 12 ya!


Nota kaki : Nak apa? Motip tak paham? :P


♥ demi matahari ♥


- assalamualaikum -




Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya... 

Subhanallah



Nota kaki : Think, think, and think deeply inside your heart. Insyaallah, u'll find the way. 

(^_~)


salam 165
~ sedang mencari
kemanisan iman ~


Tuesday, February 22, 2011

♥ jogging itu membosankan ♥


- assalamualaikum -


Ye, jogging itu memang membosankan. Korang best ke kalo badan berpeluh-peluh, penat, dahaga sume tu?
Tambah-tambah kalo jogging kat tempat yang sama jek hari-hari. Sampai pakcik-pakcik, makcik-makcik, nenek-nenek kat situ pun dah bosan nengok muka kamu. Tapi, demi kesihatan diri, berusahalah. :)

-
-

Agak-agak korang kan, apa ye yang boleh kita buat supaya berjogging itu menjadi satu hobi yang masyuk?


1) Jogging bersama kawan-kawan = boleh borak2, sambil2 cuci mata kan? Pastu gosip-gosip. :P


2) Jogging kat tempat berlainan = kalo agak2 dah bosan kat satu2 tempat tu, tukar le angin. Pegi la kat trek ke, tepi tasik ke, tak pun area taman perumahan sendiri.


3) Jogging sambil dengar lagu = ramai yang wat cmni kan? Tak le bosan bila dok sorang2 tu. Terapi jiwa gitu.


4) Bawak budak-budak jogging sekali = hehe budak-budak kan suka berlari2? So, apa kata main kejar-mengejar dengan diorang? Dapat gak kuar peluh kan? (^_~)


5) Kalo rasa dah bosan jogging, naik la basikal plak. Best jugak tu.

6) Tak pun, pegi la gym. Gym ada macam-macam kemudahan. Best gak. Tapi, kalo hari-hari ke gym pun, mau muntah gak aku ni. Lain le peminat setia gym macam Incik Ben tu, kompem berselera jek tengok treadmill hari-hari. :P

-
-

Pendek kata, aku pun tak tau apa lagi yang boleh aku buat supaya aktiviti jogging aku tak membosankan.

Haish, any idea?

(-.-')




Nota kaki : Berusaha, berusaha, berusaha untuk ke 'Bintang'. Ya allah, berikanlah aku kekuatan fizikal, mental dan spiritual untuk aku kembali bergunung lagi. Amin. :)



♥ peace ♥


♥ faceblog? ♥

- assalamualaikum -

dah berhabuk tak blog ni? hehe, maaf ye incik blog sayang, ai tak jenguk u tiga, empat hari ni. Ai pegi ESQ Training = SC2 (Angkatan 1, Malaysia, KL). Alhamdulillah, semoga diri ini menjadi lebih baik, baik, dan baik...Insyaallah. :)

Time dok godek2 blog orang tadi, tengok ramai gak yang join FACEBLOG. Apa tu? Aku pun pegi la terjah. Faceblog ni lebih kurang facebook la eh? Untuk mengumpul dan membina komuniti blogger di seluruh Malaysia dan dunia. Wah3...macam best ni. Jom ler join. :) :)



Salam perkenalan member2 faceblog semua.

:) :)


Thursday, February 17, 2011

♥ doakan mama saya ya? ♥



Dear blog,
sedeh la... :(

Arini rasa bersalah lagi. Aku terlalu mengejar menda yang tak pasti sehingga terlupa tanggungjawab hakiki. huh. sigh*


Maaf mama. Kakak sayang mama, ketat-ketat.

Sebenarnya dah hampir 2 minggu aku tak kol mama. Bukan tanak kol, tapi, bila aku kol adek jek, mesti mama takdak time tu. Haish. :(
Nak kol henpon mama, takut tak angkat. Slalu letak dalam handbag jah.


Pastu malam ni, ada miskol..tett, abah?? OMG, aku dah start rasa bersalah. Pastu, lepas solat, aku kol abah balik. Cakap dengan mama sat.


Pastu mama bagi kat baby In (adek bongsu aku), baby In marah-marah aku plak (ala, marah manja-manja..nada budak kecik 3 tahun..)

Baby In cakap, "kakak, awat lama tak balik? nak kena ni. dah la tak tepon mama.."

Aku?? Ekkk, terkedu-kedu nak jawab. Maap sayang. Kakak bizi..

Owh, bizikah aku?
Bizi apa najwa? Bizi menggedik sehingga terlupa pada mereka?
Haish, ampun ya allah.. (=.=')


Mama plak tanya, "kakak, balik kan minggu ni? Bawak balik angah sekali. Minggu depan dia exam tu. Jangan bagi dia merayap sangat.."

Zaaappppppppp, tersentap hati ni.

Aku, "ekkkk...mama, ekceli kakak ada seminar kat KL minggu ni. ESQ-SC2, angkatan pertama lagi tu. takleh balik la. minggu depan kakak balik.."

Dalam hati aku, macam nak meletup terpaksa cakap cmtu. Dah la esok aku nak p KL dah, langsung tak gtau kat mama..haish..(=.=')



Maaf mama, kakak salah. I love u more, more and most of the time. 
Kakak rindu jugak nak balik rumah.  :'( :'(

Percayalah, tiap masa, ketika dan saat, i never forget u. NEVER.
Always pray for our happiness..abah + mama + kami.. 



Nota kaki : Harap-harap mama tak baca blog aku. Kalo baca, eekkk, sentap mekk. Maaf mama, maaf.



I LOVE YOU, MAMA..

the only my beloved mama,
PUAN SITI RAMLAH BT SAID.



-
-

Hye readers, pray for my mama too ya? 

Mmuuuaaahhhhhhhhhhhhhh.... ♥♥♥♥♥♥♥♥



Wednesday, February 16, 2011

♥ maap, salah saya (-.-') ♥

- assalamualaikum -

Arini sangat bizi. Keje banyak. Tapi aku suka je. =) Sebab dapat satu berita yang best. Kalau jadi sesuatu itu, terima kaseh kamu-kamu. =)


Sebenarnya aku tersangat-sangat rasa bersalah ni. Aku nak buat pengakuan berani mati confession kat sini.  

(=_=') 

Sebelum tu, maafkan saya, saya salah.

-
-
-

Ceriteranya...

Tadi kat lab, aku dengan bangganya bagi la slide immunohistochemisty yang aku dah gigih buat hujung minggu aritu kat doktor. Macam biasa, aku buat stain ER, PR, C-erb la untuk breast cancer. Then, tunggu la doktor report. 

Tiba-tiba doktor panggil, 

Doktor OA : Eh Najwa, aritu saya tak order E-cadherin ye?

Aku : Tak la. Yang ni je doc.. (dengan tersangat konpiden)

Doktor OA : Owh, kalo camtu salah saya la. Haish, macamana bole lupa ni. Lambat kang result kuar. Err, bole tak awak buat E-cadherin? Saya nak tambah satu lagi la. (sambil buat muka bersalah).

Aku : Okies, takde hal. Tapi, esok la saya buat. Arini tak sempat. (dalam hati : debush2..nape la tak order siap2 ritu. Ingat kejap ke nak buat.. (-.-') penat! )

Pastu aku turun la kat lab, pegi amek request form untuk order test. Tiba-tiba...time nak tanda kat E-cadherin...

alamak!!!!! Doktor ada request la!! Aku yang tak buat!! Mampus!! 


Ni la padahnya kalau buat something tu tak tengok betul-betul. Aku main stain je. Langsung tak tengok request form. Bajet dah terer sangat la tu. Haish. Hampeh. (>_<)


Aku tak gtau doktor pun aku yang salah. Hahaha kejam tak? Aku maleh nak panjangkan citer. Esok aku buat la. Janji!!!




Nota kaseh sayang : Maap ye tuan doktor. Saya admit saya salah.
 (+_+) i lap u.


♥ peace ♥




Monday, February 14, 2011

♥ cabut gigi itu saket macam nak beranak ♥

ye, cabut gigi itu saket macam nak beranak!

oppss..itu tipu! 
macam aku penah beranak je kan? debush. (-.-')

Arini, gigi geraham aku, no dua dari belakang telah selamat berpisah dari kawan-kawan dia yang lain.
Sedih, sayu, pilu.. tak sempat buat farewell party untuk dia. huhu.

Sebenarnya, gigi tu dulu dah penah buat RCT (root canal treatment). Doktor suruh habiskan ubat yang dia bagi tu (CLAVOMID - antibiotik). Aku ni plak jenis rajin-cipan malas tahap gaban nak makan ubat. Aku makan sebiji je dari 30 biji yang doktor suruh wajib habiskan tu. Lama-lama gusi sebelah gigi tu mula bengkak..tapi tak saket. So, aku maleh ler nak jumpa doktor balik.
Tapi, makin besar plak bengkak dia. Takut melarat. Aku pun g la check. Tengok-tengok gigi tu dah tak dapat diselamatkan lagi dah. 




Waaaaaaaaaaaaaaaaaa.. :'( :'( :'( 
mau nenges guling-guling aku bila doktor suh cabut jek! 

Time nak cabut tu, aku siap jerit + nanges dalam bilik tu. Sumpah aku takde niat pun nak nanges. Tapi, tak sedar air mata kuar. Nak buat camna, saket sangat. Sampai terangkat badan aku doktor tu cabut. Disebabkan aku tak reti dok diam, akar gigi tu patah kat dalam gusi. Punya la sadis bila doktor nak korek amek akar gigi tu. Pakai scissor. Gila sakit! Last-last akak nurse bagi MC jah. Terus suka. :) :)

Kadang-kadang, aku ni bajet je berani. Konon je. Ingatkan bila dah biasa pegang surgical apparatus ( blade, scissor, forceps ) tu, aku ok je. Aku berani je kalo nak potong-potong nenen orang. Kalo tak caya, Korang belek sini. Bukti bergambar lagi tu. :P 
Tapi, kali ni, tengok alat-alat nak cabut gigi tu pun aku dah gigil. Hampeh sungguh! (>_<)

Sesungguhnya, aku tak setabah yang ku sangka. Bleeding sampai petang. Mau kebuluran aku tunggu stop bleeding nak makan nasi. Tapi, alhamdulillah, nasi menten habih sebungkus. (^_~)

Oklah, selamat menyambut maulidur rasul semua. :) :) Marilah berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Semoga mendapat syafaat darinya.



Nota kaki : Insap, pasni nak sayang gigi ketat-ketat. Gigi itu harta berharga okeh. Agak malu bila gigi dicabut pada usia awal 20-an. Haish.



♥ selamat menyambut hari kekasih ♥

- assalamualaikum -

selamat menyambut hari kekasih korang..
:) :) :)

bila?

-
-
-

esok lah!!

kekasih aku, kekasih korang jugak kan?

(^_^)


ya muhammad, 
 kami rindu padamu..


marilah berselawat ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w
semoga kita mendapat syafaat darinya..



 

cahaya selawat - Raihan

 
Semalam, tepat jam 12, February 14, 
ada seorang kawan aku (non-muslim) say, 
Hepi Valentine Dear..
aku?? opsss...maaf ya! Saya seorang muslim. 
Terus tak reply mesej dia. Huhu.

(-.-') 


Adakah kita tersambut Valentine secara tak sengaja? 
Means, 
terwish ke, terbagi hadiah ke, ter'jadikan' 14 February hari yang spesel ke..
 Mohon ampun ya sahabat.


Mungkin aku pun seorang pendosa. 
Tapi, rasanya tak salah kalau kita ingat-mengingati sesama insan kan?
Semoga ALLAH merahmati hidup kita.


Ya allah,
Berikanlah kami kekuatan iman,
Supaya kami dapat mencintai-MU lebih dari segalanya..

" SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL "
:) :) :)


Nota kaki : Carilah cinta hakiki yang kekal abadi.. Supaya kamu tidak rasa sakit ditinggalkan kerana DIA sentiasa ada untuk kamu..
Semoga tahun ini, semuanya mampu untuk berseluar dalam. (-.-')


♥ peace ♥


Sunday, February 13, 2011

♥ Penang National Park ♥

- assalamualaikum -

Semalam pegi Taman Negara Penang lagi. Siyesly, aku dah jatuh cintun dengan tempat ni.
:) :) :)




Kali ni, aku trekking ikut jalan pendek sket dari aritu.
Entrance - Pasir Pandak - Tasik Meromiktik - Pantai Karachut (1 jam 20 minit ).
Tak penat pun. Suka. Suka. :)


[ trail guide taman negara penang ]

-
-

Apa yang best kat sini?


+ Hutan : tempat yang bersih, cantik, nyaman, tenang, sejuk mata memandang. Kaya dengan flora dan fauna. +









+ Pantai Karachut : Puas rasanya bila penat-penat trekking dalam hutan, dapat jumpa pantai yang sangat gojes. Subhanallah..pasir putih je. Tak tercemar lagi..pantai dara gitu. :P Facilities lengkap - surau, toilet, dewan terbuka, campsite. Nak p naik bot pun bole. +













+ Turtle Sanctuary : Kalo bernasib baik, dapat tengok penyu menetas. Ada galeri tentang penyu. Kita sendiri bole tentukan jantina penyu yang bakal lahir. Kalo nak penyu jantan, eramkan telur penyu dalam pasir kat tempat yang redup. Kalo nak penyu betina, suhu panas. menarik kan? :) +




[ eraman telur untuk menghasilkan penyu betina ]






+ Tasik Meromiktik : gabungan air laut dan air tasik. Mempunyai dua lapisan air yang berbeza suhu dan ketumpatan. Air laut (lapisan bawah) dan air tasik (lapisan atas). Air laut dan tasik tak bole bercampur. Kalo kita mandi dalam air ni, kita dapat rasa bahagian bawah panas, dan atas lak, sejuk je. Unikkan ciptaan Tuhan ni? :) +




[ musim kering : time aku p semalam, xde air ]




[ musim berair : sebulan yang lepas, aku p, air penuh ]





[ cantik kan? ni pertembungan antara air laut dan air tasik ]


+ Canopy Walk : Aku try time g dulu. Kali ni tak ikut jalan ni dah. Best gak berjalan atas titi gantung antara pokok-pokok. Tiket : RM 5 je. +




+ Tempat lain yang korang boleh pegi : Monkey Beach, Rumah Api Muka Head, Teluk Kampi, USM/CEMAC. +

+ Petang-petang, sunset kat Pantai Karachut memang superb! Pastu kalo dah kuar hutan tu, nikmatilah petang kat jeti nelayan tu. Bole layan blues sambil memancing. :) +




Pendek kata, pegilah melancong dalam negara. :P
Nikmatilah alam ciptaan Tuhan ni sementara masih berdaya. :) :)


♥♥ subhanallah..subhanallah..subhanallah ♥♥


Nota kaki : Gian, gian dan sangat gian nak p bergunung lagi.
(=_=')
Sape nak ikut? Jom!!


Friday, February 11, 2011

♥ hari yang bertuah = blaja masak pizza ♥


- assalamualaikum -

arini aku jadi matured sket.
pegi blaja memasak.
:) :)

ni first class masak-masak yang aku attend.
masak ape?

(^_~)

-
-
-
-
-
-
-
-

tadaaaaaaaa...
~ pizza yang takde hut ~

[ ni bukan periuk biasa, ini oven jugak! ]



[ jangan gelak tengok pizza yang tak santek dan hangus itu ]
(>_<)

ekceli, ni bukanlah kelas masak-memasak yang hardcore.
ni hanyalah kelas memasak anjuran TUPPERWARE BRAND.
Atau dengan kata lain, 'pertandingan membuat pizza'.
Tupperware anjurkan pertandingan ni untuk bagi try perkakas masak diorang.

Aku berkenan gak tengok bekas-bekas yang chomel + macam-macam kaler tuh.
Periuk 2 in 1 dia pun best (sila rujuk gambar di atas).
Tu periuk + oven. Dua-dua bole guna. Pakai atas api je. Senang.
:) :) :) Bes kan?

Kitorang pegi melenggang jek. Orang lain siap bawak bahan-bahan topping yang banyak. Weols hanya pakai sosej + nenas tin yang memang dah disediakan jek. Kompem ler kalah kan?? :( :(

Tapi,

Sape kata kalah tak boleh hadiah?

Ni buktinya..hahaha :P

-
-

Murah hati tul madam Tupperware ni, dia bagi jek hadiah saguhati kat sume orang. Oke la tu kn? Dapat makan pizza free, blaja masak free, dapat hadiah lagi. huhu

makaceh TUPPERWARE. :) :)


[ dalam hamper ni, ada 6 bekas. bole amek sorang satu ]


Tada..:) :)

ni aku terlebih bertuah dapat cabutan bertuah. Alhamdulillah. Lepas nyanyi 'kalau rasa gembira tepuk tangan' kat depan tuh, aku dapat hadiah ni + sudu cute 2 biji. Yeay!


Nota kaki : Ampun ye akak Tupperware, saya tak berminat ler nak jadi ahli. Saya berminat nak makan-makan dan dapat hadiah jek. (=_=')


= selamat berhujung minggu =

♥ peace ♥



Wednesday, February 9, 2011

♥ ajaibnya tahun ini ♥

- assalamualaikum -

entry ini pendek saja. ingin memanjangkan apa yang terlihat. dari fesbuk.



sila baca ye sayang..

(^_^)

" tahun ini mempunyai 4 tanggal aneh : 1.1.11, 11.1.11, 1.11.11, 11.11.11. "
boleh pilih nak tarikh mana untuk kawen-kawen, tunang-tunang, or sebagainya.

" cuba yang ini : 2 digit terakhir tahun kelahiran anda + umur anda tahun ini..hasilnya pasti = 111.. contoh : tahun aku lahir (88) tambah (+) umur aku tahun ni (23) hasilnya (=) 111.. "

:) :) :)

its miracle rite? try it~~

subhanallah.. maha suci allah..




♥ Tips Menghilangkan Rasa Sedih ♥

- assalamualaikum -

ye, memang lately, aku mengalami depression.
hidup seolah-olah hilang arah, sangat gila.
astagfirullahala'zim.. :( :(
semoga ALLAH ampunkan aku..

Tapi, cmna aku hilangkan rasa sedih aku?
Meh nak listkan cara-caranya..Its really work! Insyaallah..

-
-

1) Muhasabah diri.

Mohon ampun kepada ALLAH atas dosa-dosa kita selama ni. Jangan merintih cakap xde tempat nak mengadu. Yakin dengan kebesaran-NYA. Nanges puas-puas. Lepaskan apa yang terbuku kat hati. ALLAH maha mendengar.


2) Rasa bersyukur.

Blaja la untuk bersyukur kita maseh ada peluang untuk hidup, dapat merasa nikmat alam ni. Kita maseh ada keje nak buat, maseh ada kaki + tangan, lengkap tubuh badan, maseh ada tempat tinggal, maseh ada makanan untuk hidup.
So, mengapa harus bersedih dengan dugaan yang sikit tu? Dugaan tu penghapus dosa oke.
So, redhalah dengan setiap ujian ALLAH. Ujian tu bermakna ALLAH sayangkan kita. Dia bagi kita peluang bertaubat. Kalo xde ujian, jarang skali kita mengadap ALLAH betul2 kan? Jangan tipu la. Kita manusia..kadang-kadang terleka. Kan? Kan?


3) Baca artikel-artikel membina semangat.

Jangan melayan perasaan sedih dengan melayan lagu-lagu sedih plak. Kang lagi meleleh. Cuba untuk jadi kuat. Juz enjoy ur life. Baca la janji-janji ALLAH untuk manusia yang sabar. Besar rahmatnya.
Seorang muslim takkan bersedih untuk jangkamasa yang lama. Cukup sekadar perlu. Bangkit la. Move on, get a life!
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda : la tahzan, innallah ha ma ana.. (jangan bersdih, allah sentiasa bersama kita) Aku baca bila aku sedih. Aku tau ayat ni pun dari arwah tokwan aku. rindu tokwan. :( :(


4) Senyum.

Pegi depan cermin, senyum la selebar yang mungkin. Tengah mata bengkak nanges tu, tengok rupa sendri. Pastu tampar-tampar sket pipi tu. Kuat lagi sedap.
Cakap kat diri sendri, "hey..wake up la! Buruk tau muka kamu kalo masam. Senyum plez.." :) Pastu kesat la airmata tu. Berazam la sungguh-sungguh taknak sedih lagi. Pegi sikat rambut, jangan serabai-serabai lagi okeh?
Bangun pagi-pagi tu, senyum gak.. cakap kat diri sendiri.. "gudmorning sayang, may ALLAH bless u today.." Manjakan diri sket. Jangan pikir sangat orang len.


5) Be nice to others.

Tegur la semua orang yang kita jumpa, selisih tepi jalan ke. Paling kurang, senyum. Secara tak langsung tu terapi untuk diri kita gak, di samping dapat hepikan orang lain. Muka pun manis je kalo senyum kan? Dapat pahala lagi. :) :)


6) Make new friends.

Aku tak cakap kawan yang sedia ada tu tak dapat membantu, tapi at least kita rasa 'fresh' sket kalo berkenalan dengan orang baru ni. Bole bertukar-tukar cerita. Kalo tak dapat cari kawan kat dunia sebenar, cari la kawan kat dunia maya ni. Jangan persepsi semua orang jahat, tapi jangan sampai salah memilih. Berhati-hatilah. Pegi la meroyan + layan gosip2 + merepek kat forum ke, blog ke.. ok what? Kita tak rasa sunyi kan?


7) Baca / tengok cerita-cerita lawak.

Jangan dok melayan novel sedih ke, movie sedih ke. Kang bertambah emo plak. Elakkan. Search je gugel cerita lawak, kompem banyak yang kuar. Aku slalu layan lawak jenaka kat CARI FORUM jek. :P Best tau. Laughter is the best medicine. So, ketawalah sayang... :)


8) Manjakan diri - hobi baru.

Tak salah sekali sekala berhabih duit g spa ke salun ke. Biar body rasa segar sket. Baru hati mau ceria. :) :) Pegi holiday pun bagus. Cari hobi baru. Ehm, aku dah gian nak g hiking balik ni. Jom.. :) :)

-
-

Nota kaki : Walaupun aku mampu untuk bertabah, kadang-kadang terlepas jugak kemeroyanan aku tu. Takpe, kuatkan semangat lagi. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita. AMINN.. Thanks to uols yang banyak support aku. Muahahaha.. :) :)


Lagu yang aku slalu layan time sedih :
* Laskar Pelangi - Nidji *
* Andai Ku Tahu - Ungu *
* Demi Matahari - SNADA *
* Lagu-lagu Opick *
* Lagu-lagu ketuhanan *


Chill lah bebeh. :)

(^_~)