Wednesday, January 12, 2011

Spa Ikan Penyebab HIV/HEPATITIS???


Assalamualaikum uols :) :)

Korang penah tak try SPA IKAN? Best tak? Mesti sedap, masyuk, nikmat kan dapat geli2 dengan ikan tu? Hehe oke, abaikan ayat gedik aku.
:P

Menda ni dah lama, aku baru terasa nak wat entri ni. Tak sure la kan isu ni dah settle ke blum.. Tapi, korang layan jela eh.. :P


.: SPA IKAN SEBARKAN AIDS/HIV/HEPATITIS :.


Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat


Nota badan : Pada sapa2 yang penah wat spa ikan ni, sila kembali ke jalan yang benar ye.. :P :P

Oke, frankly speaking, aku agak skeptical dengan berita ni.. Kenapa? Sebab kalo dipikirkan logik akal + ilmu sains, virus HIV ni sangat lemah. Tak boleh survive di luar host (body manusia). So, camna plak ikan tu boleh jd carrier virus ni. Ye dak? Lagipun ikan ni, bukan gigit sampai berdarah pun. Hanya lapisan old keratin layer (kulit kematu). Takde possibility living cells kat situ.

Tapi, wallahualam.. Risiko nak dapat penyakit tu ada di mana2. Everything is possible. Untuk kurangkan risiko jangkitan tu, sesetengah spa suh customer rendamkan kaki dlm antiseptic dulu before masuk kolam ikan ni.


Aku nak quote kata2 dr somebody ni :

“You can clean the tank, you can clean the water, but, there is no guarantee that the fish are not carrying something from the previous customer.” So, wat say u? :D :D


Nota kaki : Amacam? Nak try tak? :) Ntah2 diorg saja wat cite ni untuk tutup peruik nasi orang? (>_<) Haish, persepsi.. tak baik2.. Renung2kan dan selamat beramal. :)


Sumber : The Gulf Today, RedDevils(Forum)

8 comments:

Cik_Shiqah said...

ku plik seketika. haha tpi btol ke... tpi tk pnh buat pun, geli! hahaha :D

Siti Fatimah Fuzz said...

maybe la....sebab ikan tuu makan cell badan..kalau dia makan cell badan org yang ada HIV,then makan cell badan kita plak, boleh pe berjangkit pnyakit tuu....just pandangan from me....

Xia Misha Affens said...

omg,i pnh wt..bru 2 kali..pas ny x nk r wt lg..thanx ur info..=)

najwa's said...

@ cik shiqah : hehe tak penah wat jugak! tp, teringin.. :)

@siti fatimah : ntah le. tp, HIV bole ke survive dlm cell badan je?

mama maman said...

hheee... mama yana pernah buat.... tah la.. tak tau nak ckp apa...
minta2 tak ada apa2 la kan...=)

najwa's said...

@xia misha : yeah, oke :) :) jgn le serik..

@mama maman : hehe hope so.. :) :)

Mirage Versus Pristine said...

OMG!!!!!!!!!REALLY?

Eyrique Ettiqaz. said...

wa....lps ni takut la nak g...