Tuesday, January 11, 2011

Sape kata teambuilding tak best??

Malam ni baru terasa nak buat entry pasal teambuilding yang aku attend last year.


Program : Bina Prestasi IPPT (Teambuilding)

Venue : Bukit Merah Laketown Resort, Pulau Pak Tuan.

Date : 22nd – 24th December 2010.


Satu kata, BEST!!!

Happening kan? :D


First day, hari Rabu, kitorg bertolak ke Bukit Merah. Dalam kul 1 cmtu sampai. Makan2 dulu kat Le Lac Café. Pergghhh..memang sodap makanan dia! Kek masyukk sangat. Sangat gemuk sepanjang 3 hari ni. Pastu ada la ice breaking, cam biasa..intro sket2..

Malam plak, ada perjalanan spiritual, ala2 ESQ. Siyes, dah lama tak recharge ESQ, rasa sebak, sayu, sedih sangat2 bila pikirkan dosa2 yang penah aku buat sepanjang hidup ni. :’( :’( Nanges lebat2.. :’( :’(

Hari kedua, memang menguji ketahanan diri, kecergasan minda, kreativiti n survival. Kitorg kena berakit ke Pulau Pak Tuan. 2 jam gak berakit tengah panas tu. Memang hitam gelemat le.. Rakit tu kena wat sendiri by group. Group mana yang rakitnya tak kukuh, alamat terjun dalam tasik, kawan dengan ikan toman la jawabnya. :P Group aku dapat no 2! Yeay! Lewat 3 minit je dari group first. :p Terer tak? Hahaha.. Go belalang!!! (sedap tak nama group aku? Jangan ejek oke!)


Semangat berpasukan :P


Elok sampai ke Pulau Pak Tuan tu, mata aku pandang kiri kanan, kompem pulau ni takde orang tinggal. Pusing sket kepala ni, ekkk..nampak ayam kampong, ikan keli hidup2.. Mak ai..dah le ponat mendayung, lapa..tut2 kena masak sendri plak. Bermula la adegan kejar mengejar ayam tu, sembelih n upacara mengetuk2 kepala ikan keli sampai mati. :P

Lawak sangat bila tgk balik video gelagat masing2 dok sembelih ayam n matikan ikan keli tu. Siap ketuk2 ngn batu sampai penyek kepala ikan.. Group aku, jolok2 ngn kayu kat mulut ikan tu sampai ke perut dia sampai mati!! Kejam tak?? Tak kan?? (>_<)

Aku plak teramat geli ngn ikan keli. Yang dah masak pun aku tak sentuh, tetiba kena siang hidup2 plak kat sini. Siyes, kenangan terindah sepanjang hidup!!! (>_<) Gedik2 aku melompat lebih dari ikan keli tu.


Lauk lain : Ikan pari, Udang, sayur kobis, buah tembikai, air teh panas, air asam, telur, acar nenas, timun..ape lagi ek? Aku tak hengat dah. Banyak bahan mentah diorg bagi. Errrr, bagi sardin + ikan masin sudahh le lain kali. Penat2 cmni, masak simple2 jela bedahh..


Malam kedua, ada game “goole” oleh sape ntah. Ya ampun, sori tak hengat nama dia. (>_<) Siyes, dah la penat, suh main game yang memerlukan kemahiran berpikir plak, memang lembab la otak aku berjalan. Last2 group aku je yang tak dapat settlekan game tu. Group lain oke plak. Hadoiiiiii, diorg ni otak mc gyver ke?


Kami BOLEH! :)


Last day plak, ade la talk dari Pengarah IPPT, Dr Hj Ramli b Saad.. :) :)

Insyallah, we’ll try our best doing works!!


Yang paling best teambuilding ni :-

* Dapat hang-out ngn my besties.. :):) bestnya holiday free khenn??

* Dapat kenal kawan2 baru – dari HUSM Kelate..

* Dapat makan sedap2.. :) :) Gilerr tak suka.

* Dapat wat outdoors game FREE.. :P Before ni, aku g hiking asyik kena bayo jek!

* Dapat release tension, banyak nyanyi2...suka sangat! :)


Last but not least,

**Theyols celebrate besday aku kat dewan ramai2..haha soooo surprise sangat2. Rasa macam nak-mati-hidup-balik jek. :P Thanks u guys.. U’re awesome!! Nak baca pasal besday celebration ni? ---Jeling sini.


Oke, tu jela aku nak pot-pet pasal teambuilding ni. Its really2 great training. Aku tak penah enjoy teambuilding yang best camni. Seimbang antara spiritual, fizikal, dan emosi. Gud job Tuan Pengarah n all BPIO crews!! :) :) :)

Go! Fight! Win!



Coret-moret sekitar Bukit Merah :
-
-

here we go!
-
-
-

si gojes-mojes :P
-
-
-


Apa yang penting? KERJASAMA!!!
-
-
-


Nota kaki : Kalo boleh, aku nak p teambuilding ni tiap2 tahun. Ada sesape nak sponsor tak??? :D

1 comment:

! Encik Nakal ! said...

wahh~~mmg best la

happening jer~~hohohoho