Friday, January 14, 2011

Penonton Kemalangan Boleh Disaman??



Ding dong...ding dong...
..Salam hari jumaat..

Oke, jom layannnnnnnnn news ni... :) :)

KUALA LUMPUR 13 Jan -- Pengguna jalan raya yang memberhentikankenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejaskan kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan KeselamatanJalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.
Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).

"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalanraya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.

[nurse sexy boleh berhenti tolong ye...]
(~_~)

"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.

"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya kepada pemberita semasa kempen advokasi JKJR di sini hari ini. -- Bernama


Nota kaki : Saman jangan tak saman. :) :) Saman dulu geng tow truck ye. Diorg je ramai nak berebut customer. Tak suka, tak suka.. Dah la byk tanya macam2.. :'(

Pesanan untuk diri sendiri : Lepas ni tak payah le bajet nak caringgggggg terlebih ye kalo ada kemalangan. Sayang ringgit malaysia tu nak melayang kalo behenti tengok eksiden...
Peace, no war.... :) :) :)



7 comments:

nadzirah aqilah said...

biasanya bila ada eksiden yang buat jlan sesak mesti punca dr driver lain yg perlahankan kenderaan sebab nak tgk tempat kejadian.

lau jalan sesak xpanjang okey lagi.. lau sesak bagai nak buat apa? dok dalam kete buka lagu kuat2 kasi pecah gegendang telinga.. hahaha

apek poyo said...

bab ni den setuju...bikin susah org belakang je

DKosongLapan said...

cik najwa....
setuju bebeno....buat sesak jalan jeee......eksiden nye sebelah jalan sane...tapi jem nye belah sini......hampeh betoiii

iamzulfadli said...

melawat :)
http://www.sisiberbeza.com

najwa's said...

@nadzirah : ye, ye setuju.. (~_~)

@apek poyo : hehe a'ah kn?

@D-08 : hehe yela, yg nyebok tgk seberang jalan nun...

@zulfadli : makaceh :) :)

logorithm said...

Bagus! Saman jer diorang. Kekadang kereta yang rosak di tepi jalan pon diorang nak perlahankan kereta nak tengok kot-kot itu kemalangan. Ini akan menyebabkan 'shockwave'.

---> http://jag.lcc.gatech.edu/blog/infographic-freeway.png

giugi said...

korang kene paham lah kalau ade accident mesti lah kene slow, sbb ade kerata exsiden di tgh jln. takkan nak terus laju jgk. biase lah tu jam ber-km. berfikir scara logik dan matang