Thursday, December 29, 2011

♥ penangan gigi bongsu ♥

- Assalamualaikum -

Saat entry ini ditaip, aku sedang mengalami kesakitan kronik, iaitu wisdom teeth baru nak tumbuh, atau dengan kata lain, ketumbuhan gigi bongsu. Seriusly, sangat sakit. Korang bayangkan gusi itu umpama volcano - yang sedang merekah pecah untuk mengeluarkan lavanya. Lava = wisdom teeth. Merah membara menyakitkan.

Saja letak gambar volcano untuk menggambarkan ketragisan kejadian tersebut.


Semalam akibat ketidakselesaan denyut-denyut gusi ini, tengah-tengah malam aku bangun dan selongkar kotak ubat, ermmm..nampak macam takde apa-apa ubat yang boleh membantu. (-.-')
Sedar-sedar je, tangan aku dah mula capai minyak gamat langkawi dan aku sapu kat gusi tu.
Rasanya baunya, jangan tanya la. Tak sedap langsung. Pastu terus sambung tido. Hehe.


Bermacam-macam petua yang kawan-kawan aku bagi untuk hilangkan rasa sakit ini.
Kumur air garam - will try, insyaallah. 
Tuam dengan ais batu, kasi kebas - taknak try sebab tak tahan sejuk. 
Tido - tak boleh sebab tengah keje. 
Take ibuprofen tablet - aku memang sedikit anti dengan dugs. Never take drugs unless 'have to'. Well, long term side effects. :(
Minum air masak, baca fatihah, akhir tu baca bismillahi tawakkaltu ala Allah - will try, insyaallah.


Takut pulak kalo kena impacted wisdom teeth (gigi tumbuh pada tempat yang salah), kena jumpa doktor la camni. Macam Juan, dulu dia pegi buat small surgery untuk remove gigi tu. Surgery? Ekhem..kena pikir panjang. (-.-') 

Different types of impacted wisdom teeth.


Nota kaki :

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabila  ditimpa musibah mereka mngucapkan 'innalillahi wa innaa ilaihi roji'uun'. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Al-Baqarah : 155 - 157)


Allah knows best.
(^_^)

Wednesday, December 28, 2011

♥ nasi yang mahal untuk si pemalas ♥


 - Assalamualaikum -

Hari ini dah mula kerja. Gerak dari kampung pagi-pagi, dan terus ke Penang. 
Lambat.... yang memang disengajakan. 
Astaghfirullahala'zim. 
Semoga tak buat lagi perkara-perkara yang nampak remeh 
tapi besar maknanya macam tadi. :( 

Tengah drive, rasa mengantuk. 
Berhenti kejap kat RNR Gurun. Terpikir-pikir untuk tapau makan lunch terus. 
Ekhemm..tercari-cari bakso, or what so ever yang serupa macam bakso. 
Takde yang menarik perhatian. Ulang-alik empat lima kali - tertarik untuk makan nasi jela.
Pegi Vistana Cafe (salah satu kedai dekat foodcourt RNR), mintak nasi dan lauk.

Hasilnya ~


Cuba teka berapa harganya?

-
-
-
-

RM 9.60

-
-
-
-

untuk

* nasi putih *
* hotdog pendek 3 biji *
* bergedil (yang agak kecil) *
* kupang masak lemak *
* ikan rangup bersos (yang tak berapa rangup sebenarnya) *

Senyum, tak perlu kata apa-apa. :)

Itu balasan Allah untuk budak yang malas bekerja dan park kereta di tempat OKU.
Semoga ALLAH ampuni dosa-dosa ini.

-----------------------------------------------------------------------------

Balik bercuti di kampung, hadiahkan something untuk diri sendiri.

(^_^)

Harap ianya dapat kekal lama sikit dari yang sebelum-sebelum ini.
Hehe.
Namanya Gumiho. <-- Masih berfikir lagi sesuai ke tak nama ini.



Semoga makhluk ini dapat menambahkan keceriaan dan kebahagiaan dalam hidup.

(^_^)


Nota kaki : 

Hudzaifah r.a : 
"Mula-mula hal yang hilang dari agama kamu adalah khusyuk dan hal paling akhir yang lenyap dari agama kamu adalah solat. Ramai yang mengerjakan solat tanpa mendapat kebaikan darinya; dan sudah dekat bagi kamu suatu masa saat kamu memasuki masjid, sedang kamu tidak melihat seorang pun di antara mereka yang khusyuk (dalam solatnya)." 

Madarijus Salikin 1/521



Friday, December 23, 2011

♥ adakah kamu mendoakannya? ♥

"Saya sudah ajak elok-elok, sudah guna pelbagai cara, tetapi dia masih buat tak tahu sahaja."

"Itulah dia, hatinya telah tertutup. Sejuta kali saya tegur, buat bodoh sahaja."

"Inilah dia orang-orang yang tak mendapat hidayah.."

"Kita dah habis usaha menegurnya. Berbuih mulut. Berkali-kali tegur. Tetapi, tidak sedar-sedar juga."

Begitulah ayat-ayat yang sering keluar dari mulut kita apabila kita mengajak seseorang ke arah kebaikan, atau menegur kesalahannya, kemudian dia buat tidak endah, atau menghina kita semula, mempermainkan kita, dan sebaliknya.

Kita rasa kecewa, lantas menyalahkan sikapnya yang buruk, yang degil untuk menerima kebenaran. Mungkin kekecewaan kita itu keluar selepas berkali-kali berdakwah, menegur, berusaha dan dia tetap tidak berubah gaya. Maka kita menyangka dia sudah tiada harapan.


Tetapi, adakah kita mendoakannya kebaikan?
Apakah kita mendoakan, agar hatinya menerima ajakan kita?

Allah s.w.t berfirman :

'Sesungguhnya kamu tidak memberikan hidayah kepada sesiapa yang kamu cintai, tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia sukai.'
Al-Qasas 28 : 56

Renung-renungkan dan selamat beramal di penghulu hari ni. :)

Nota kaki : Kalo nak baca artikel penuh, sila beli buku 'Batu-Bata Kehidupan' by Hilal Asyraf.

(^_^)


Thursday, December 22, 2011

♥ happy birthday to me ♥

- Assalamualaikum -

Pagi tadi ada satu mesej masuk, 
" How you expect me to remember your birthday when you never look any older? 
Happy birthday budak gedik. I love you.. "
Ngee..tersangatlah sengal insan yang hantar mesej tu. I love u too. muahhh~

Alhamdulillah, genap 23 tahun. Apa rasa? Getting older? Or getting mature? (-.-')

Wishlist aku sempena hari ulangtahun ke 23 ni : -

Nak memaksimakan kebaikan - membuat perkara-perkara yang nampak mudah dan remeh pada pandangan mata manusia, tapi dapat memberi kebahagiaan terhadap orang lain. 
Contoh : Senyum/beri salam bila berselisih dengan orang. 
Kutip sampah tepi jalan.
Mengamalkan sunnah rasullullah s.a.w -
bermula sunah yang kecil-kecil seperti masuk toilet kaki kiri, keluar toilet kaki kanan, baca doa.

 Ingin menjadi manusia yang positif, dan tak mudah melenting. Dapat menerima segala pandangan orang lain dengan hati yang terbuka walaupun berbeza dengan pendapat sendiri. Ikhlas dalam mengeratkan silaturahim (bersahabat) tanpa mengharapkan balasan. Sentiasa positif walaupun sakit hati..hehe :p

 Menjadi seorang yang humble, sentiasa bersederhana dalam segala hal. Dunia ini tak kekal, akhirat sana yang kekal abadi. Cukuplah dengan apa yang ada, sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah yang tak pernah putus ni.

Jiwa ni dah meronta-ronta untuk aktifkan diri beroutdoor kembali. (^_^) Giler rindu dah ni. Harap tahun depan, dipermudahkan Allah dan dimurahkan rezeki untuk kembali menikmati kurniaan tuhan dari sudut alam sekeliling pulak. Ingin belajar berenang dan memanah. Tak lupa jugak nak tambah ilmu survival. Skill tu penting dalam kehidupan ni. Kalo terjadi apa-apa, kita takde pape yang tinggal kecuali ilmu kemahiran diri tu jela.

Nak kawen pada tanggal 1 Muharram - tahun bila? Wallahualam. (^_^) Berfikir untuk berhijrah diri agar menjadi lebih matang dalam segala segi. Walaupun hakikatnya, aku masih lagi berperangai macam budak-budak. Hehe.

Nak membaca sampai habis sebanyak mungkin buku. :) Payah ni. Tapi, akan berusaha..insyaallah.

Thats all. Semoga Allah memelihara kita semua dari fitnah-fitnah akhir zaman ni. 
Kawan-kawan, doakanlah keberkatan hidup saya di dunia & akhirat ye. 
Same goes to u all. Insyaallah.

- H A P P Y    B I R T H D A Y    T O   M E -

(^_^)



Wednesday, December 21, 2011

♥ Homemade Chocolate - DIY ♥

- Assalamualaikum -

Akhirnya sepupu kesayangan aku, Epit, telah selamat menikah dengan gadis (sekarang dah bukan gadis kot..ekeke) idaman dia pada 10hb Disember lepas. (^_^) Happy for them. May ALLAH bless sampai syurga.

Aku buat coklat sempena majlis dia - untuk letak dalam goodie bags tetamu. Pertama kali buat, alhamdulillah..jadi! :) :) So, boleh buat lagi. Insyaallah.

Cara-cara untuk buat homemade coklat ni senang je. Sape-sape pun boleh buat la. Hatta budak kecik sekali pun. Eh,tipu plak. Budak-budak tak boleh main api tau. Okey, here we go~

First step, barang-barang ni wajib ada.

 Mould - Untuk bentukkan coklat - terpulang nak beli bentuk apa pun. Contoh kat sini bentuk bunga ye kawan-kawan. Harganya pun murah je - RM 2.90. Ada jugak yang mahal, dalam RM 10.

 Coklat - Brand Beryl's Gourmet. Pakai milk chocolate (kaler brown) dan white chocolate (boleh letak coloring nanti). Jangan beli dark chocolate sebab pahit. Harga : RM 14 satu bar besar (ada 5 bar kecik kat dalam). P/S : Aku tak pakai milk chocolate dalam contoh ni tau. Semua pakai white chocolate.

 Food coloring - oil base. Jangan beli yang water base. Ada yang murah, ada yang mahal. Range harga : RM  1.30 - RM 10. Yang aku pakai ini - RM 6.50.

 Bekas aluminium (aluminium ke orang panggil yang ni? Not really sure actually.. :p)- untuk cairkan coklat nanti. Amek je kat rumah.

 Paper cup - untuk letak coklat lepas dah siap nanti. Kalau nak nampak grand + elegant, boleh pakai color gold or silver. RM 9/500 pcs. Tak sure sangat harga ni. Tapi, less than RM 10.


Lepas tu, masak air dalam satu bekas yang agak besar. Aku pakai kuali je. Nak cairkan coklat ni, kita kena double-boiled. Tak boleh panaskan direct atas api. Keras nanti. Patahkan coklat kecik-kecik (untuk mempercepatkan proses pencairan) dan masukkan dalam bekas aluminium tadi selepas air dah mendidih. 


Apabila coklat dah cair (seperti gambar di bawah), boleh kalerkan ikut kesukaan masing-masing. :) Aku pakai kaler pink (sesuai la dengan bentuk bunga). Sorry, takde gambar untuk proses coloring. Do it yourself. (^_^)


Selepas itu, amek satu sudu kecil (aku pakai sudu McFlurry - McD) coklat, dan letakkan dalam mould. Biar jadi separuh seperti gambar kat bawah. Sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa minit (sampai jadi sejuk, tapi jangan terlalu beku - dalam 5 minit camtu kot).


Kemudian, keluarkan coklat tersebut dan penuhkan mould dengan coklat kaler lain plak. Aku pakai white chocolate je. Boleh jugak nak pakai milk chocolate sebagai base. :) Masukkan lagi sekali dalam peti. Dan tunggu sehingga sejuk.


Keluarkan coklat tersebut dan ketuk sehingga coklat tertanggal dari mould.


Tadaaaa~ Dah siap. (^_^) Boleh masukkan dalam paper cup.


Bila nak bagi tetamu, letak la dalam bekas plastik camni. Murah. Satu bekas (space untuk 2 biji) harganya seposen je. :) Boleh seal rapat-rapat pastu.

Nota kaki :

1) Coklat ni boleh bertahan 6 bulan selepas dari tarikh pembuatannya.
2) Coklat tu kena cepat-cepat masukkan dalam mould selepas cair sepenuhnya.
Kalau lambat, nanti keras.
3) Semasa double-boiled coklat, jangan sesekali terpercik/termasukkan air ke dalam bekas coklat tu.
4) Satu bar coklat (ada 5 bar kecik kat dalam) boleh menghasilkan 100-150 biji coklat. 

Until then, thanks for reading. 
(^_^)



Nasihat Umamah bt Al-Harith ~ untuk pengantin ~

Wahai anakku! Wahai anakku!
Engkau kini akan meninggalkan rumah
yang telah sekian lama engkau diami
ke tempat baru yang belum engkau ketahui,
tinggal dengan teman yang belum mesra engkau bersamanya.
Jadilah bumi buatnya,
kelak ia akan menjadi langit buatmu.
Jadilah hamparan buatnya,
kelak ia akan menjadi tonggak buatmu.
Jadilah hamba padanya,
kelak ia akan menjadi abdi buatmu.

Peliharalah 10 perkara :

1) Hendaklah engkau bersifat qana'ah (merasa cukup apa yang ada), 
kerana sifat qana'ah itu membawa kepada ketenangan hati.

2) Hendaklah engkau patuh dan taat kepada suami, 
kerana ia adalah jalan keredhaan Allah.

3) Hendaklah engkau menjaga pandangan mata suamimu,
 agar ia tidak melihat sesuatu yang buruk.

4) Hendaklah engkau menjaga hidung suamimu,
 agar ia mencium yang harum dari dirimu.

5) Hendaklah engkau menjaga waktu makannya, 
kerana disebabkan kelaparan, ia mudah tersinggung.

6) Hendaklah engkau tidak mengganggu waktu tidurnya, 
kerana ia boleh menyebabkan kemarahan.

7) Hendaklah engkau menjaga harta bendanya 
dengan bijak mengatur perbelanjaan.

8) Hendaklah engkau memelihara hubungan baik dengan keluarganya 
melalui rasa hormat dan layanan yang baik.

9) Hendaklah engkau tidak membuka rahsianya, 
kerana ia menyebabkan hilang kepercayaannya terhadapmu.

10) Hendaklah engkau tidak menderhakai perintahnya, 
kerana ia menyebabkan bengkak hatinya.




P/S : Pesanan untuk bakal pengantin, pengantin baru, pengantin lama, dan terutamanya untuk diriku jua. 

(^_^) 


Monday, December 19, 2011

Sarawak : Here we go~ Part 2

- Assalamualaikum -

Meh nak sambung entry lepas ye.. Kali ini nak cerita tentang tempat-tempat menarik di Kuching. :)

1) Semenggoh Wildlife Rehabilitation Centre. 
Details here.

First place kitorang pegi semasa hari kedua di Kuching. Tempat ni salah satu pusat perlindungan orang utan jugak. Korang boleh masuk hutan dan tengok sendiri kehidupan orang utan tanpa ada sikit pagar pun yang memisahkan. :) Menarik kan? Tapi, please beware! Make sure ada guide masa korang masuk tengok orang utan tu sebab orang utan ni, kalo tak kena gaya, theyols boleh serang orang terutama 'hot mama'. (>_<) Skeri tau! Selalunya, orang utan ni akan serang manusia kalo dia rasa diri dia terancam. 

Contoh : Kalo orang tunjuk-tunjuk kat diorang payung ataupun menda panjang gitu. Diorang ingatkan senapang. <-- tetiba teringat citer tarzan kan? Hehe. (^_^) Diorang tak suka bising-bising. Make sure adik, anak-anak sume diam je..jangan nangis, jangan gelak. One more thing, sifat orang utan ni hidup berkumpulan. If korang terjumpa dia sekor-sekor je, baik larii......... Opss, jangan lari ke dalam hutan lagi. Lari keluar ye.

Selalunya guide akan bawak pelancong masuk masa nak bagi binatang ni makan, iaitu antara pukul 9 - 10 pagi, dan pukul 3 - 3.30 petang. Masa weols pegi tu, dalam pukul 9 gitu, orang utan tu tanak keluar makan plak. Penat mak ai trekking masuk hutan pakai heels tau.. ekeke.. :p Last-last dapat jugak tengok orang utan tu kat luar (dekat dengan resort), tengah makan buah. Sweet gitu. (^_^)




2) Jong's Crocodile Farm.

Menarik jugak tempat ni. Tak jauh dari Orang Utan Semenggoh tu. Banyak giler buaya dapat tengok, dari baby crocs sampai la kat tok-tokwan crocs. Geli pulak tengok anak-anak buaya yang kecik tu duduk bersusun-susun himpit. Hehe tapi, great experience. :) 


Paling best kat sini dapat tengok diorang bagi makan buaya. Pheww~ bila dengar je buaya tu sambar ayam, ya ampun dasyat giler. Debush-debush air tu berkocak. Diorang ni panggil buaya untuk berhimpun dengan cara bunyikan loceng..kling-kling. Sepantas kilat, macam student nak masuk assembly dah aku tengok. Hehe sume buaya-buaya sekalian berhimpun sambil nganga mulut tunggu disuap. :p





3) Kuching Waterfront.

Well, rugi le datang Kuching kalo tak p kat sini. Tempat shopping yang best. Banyak souvenir terutamanya Sarawak's product. Tempat melepak yang sempoi. Berdepan dengan Sungai Sarawak. Bole jugak nikmati permandangan indah dengan naik river cruise. :) 
Kalo dari waterfront ni seberang sungai ke kedai kek lapis tu, bole naik perahu penambang dengan harga 50 sen je. Murah kan? :) Tapi, kejap je pun naik perahunya.. so, berbaloi la.





4) Muzium Sarawak. 

Sarawak ni banyak muzium. Huhu nasib baik muzium-muzium ni duduk dekat-dekat, jalan kaki pom bole. :)
Cuma, Muzium Kucing tu je jauh sket. Tapi, dekat dengan umah kitorang duduk. :p Bole la kalo nak belajar sejarah Sarawak.. Sila le berkunjung ke sini.




5) Pasar Serikin. 

Syurga membeli-belah bagi kaum hawa. Hehe siyesly cakap, harga barang kat sini memang murah berganda-ganda. Pesanan ikhlas khidmat masyarakat, sila la bawak duit banyak-banyak datang sini ye. :) Kat sini, aku tengok suit-suit pengantin cantik-cantik dengan harga murah. Paling murah, RM 30. Hati dah berkobar-kobar nak beli, tapi..tettt...bila plak aku nak kawen kan? :p Last-last rembat jugak satu, kaler gold. Haha konon-konon untuk dibuat pakai tunang nanti. Ntah bile kan? :p Takpe, beli dulu. Nanti dah planning, pakai jela. 


Kat sini tempat aku paling banyak habiskan duit. Sume murah. So, kalo korang pegi sini dulu, sila beli banyak-banyak. Nanti balik Kuching, menyesal sebab kat sana sume dah mahal sket. Opss, lupa nak cakap, kat sini hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad je tau. (^_^) 
Barang-barang kat pasar ni memang semua dari Indonesia sebab Serikin ni sempadan Sarawak-Kalimantan. Kalo dari Kuching, lebih kurang 1 jam setengah la. Peniaga kat sini sangat bagus. Diorang tak marah pun kalo kita tak beli barang walaupun dah tawar-menawar banyak-banyak. Tak macam Petaling Street. :(



6) Pasar Satok

Tempat shopping jugak. Tapi, aku rasa takde la best sangat pun. Biasa-biasa je. Macam pasar minggu kita kat Semenanjung. (Mungkin gak aku rasa camni lepas aku bergembira shopping kat Serikin kot). Bole la kalo nak add on pape souvenir yang tak cukup untuk kawan-kawan nanti. :p Tapi, quite different la dengan pasar kita kat Semenanjung. Kat sini ada jual obor-obor tau. :p Buat umai~


7) Kampung Budaya Sarawak.

Boleh la datang ni kalo nak kenal suku-sakat kaum, adat resam masyarakat Sarawak. Caj masuk RM 60 per head. Kampung budaya ni terletak di Santubong. Ada jugak rumah panjang orang Iban, Bidayuh, Ulu, rumah tinggi bagi orang Melanau dan rumah ladang orang Cina. Kat sini ada pentas, bole tengok dan cuba tarian diorang. Kalo ada sape-sape yang nak melangsungkang perkahwinan kat sini ikut adat diorang pun di alu-alukan. :)




8) Kedai kek lapis.

Kalo naik boat dari Kuching Waterfront, dah bole sampai kat sini. Aku rasa satu kampung diorang ni jual kek lapis kat rumah-rumah. Paling famous, Kek Lapis Dayang Salhah. Frankly speaking, kat Dayang Salhah ni, kek lapis dia yang mahal-mahal (RM 20 ke atas) je sedap. Yang rm 10 (pakai buttercup biasa) tak sedap pun. Rasa sama jek semua. Tapi, kalo pegi dekat depan Dayang Salhah ni, yang Zaharah punya, sedap kek lapis RM 10 dia...terutamanya Masam Manis dan Honey Dew. Banyak lagi brand kek lapis yang korang bole try.. Makan sampai muntah pun, tuan kedai dia tak marah. :)

gambar ikhlas pakcik google. :p santek giler kaler2 kek ni. :) 
saya suka, sedap plak tu.

Oklah, thats all. Cukuplah setakat ni walaupun banyak lagi tempat yang syok kat sana. Rasa nak meroyan je kan baca entry panjang-panjang ni? 

Cheerss~

(^_^)

p/s : Arini ada sorang laki gtau aku dia mimpi aku mengandung & dapat baby boy. Ekeke..so sweet. :) 






Sunday, December 18, 2011

Sarawak : Here we go~ Part 1

- Assalamualaikum -

Setelah setengah bulan cuti, I'm back to work. Hehe lots of things happened. 
My family holiday kali ni pegi Kuching, Sarawak (1/12 - 6/12). Great memories then! (^_^)

1) Cara hidup

Driving skill diorang memang best. Takde sibuk-sibuk nak bawak kereta laju-laju macam kena kejar dengan kuntilanak. Slow and steady je. Balik semenanjung, ekhem..kecut perut nak lintas jalan pun. Satu lagi yang obviously different tentang Kuching ialah roundabout jalan dia besar-besar giler dan banyak. Mula-mula memang pening hokey.

2) Makanan

Sorry Sarawakians, to be frank, aku memang tak suka langsung makanan kat sana. Mungkin tak kena dengan selera utara aku ni kot. :p Mula-mula excited nak makan macam-macam, tapi, lepas rasa maybe tekak tak boleh terima kot except for kek lapis. Great one, i loike~ :) Harga makanan lebih kurang Penang je (mahal la jugak) tapi, tak bape sedap. Ngee~

Laksa Sarawak (image cilok google) : dah try, tapi sedap lagi laksa penang @ johor. :)

Mee kolok ( google image) : yang ni paling teruja nak makan mula-mula, tapi lepas rasa, tak suka kot. (>_<) Maybe jugak aku tak reti makan. Mee dia macam megi, served with soup + sauce. Makan dekat food court depan Dayang Salhah Kek Lapis.

I'm one of nasi ayam penyet's fan. (^_^) Nasi ni je yang sesuai dengan tekak aku kat sana. Sedap la jugak. 

4) Kebersihan

Superb! (^_^) Kat tepi-tepi jalan kurang la nampak sampahnya. Tapi satu je tak suka, toilet. Even dekat Muzium Negeri pun toilet kotor. Ntah la..maybe sebab ramai pelancong asing yang sepah-sepahkan tisu lepas pakai kot yang menyebabkan toilet jadi kotor dan busuk. 

5) Pengangkutan

Senang didapati, tapi kena survey harga dulu ye. Tourist guide pun ok2, banyak borak, banyak info. :)
First day : Fom Kuching Airport to Semerah Padi, Petra Jaya : RM 70 per journey. Innova taxi.
Second day : From Petra Jaya to Semenggoh Orang Utan + Crocodile Farm + Museum : RM 250. Van, tapi comfortable. (^_^)
Third day : From Petra Jaya to Serikin : RM 160. Innova taxi.
Forth + fifth day : Naik transport sendirian berhad. Kereta tanpa sewa. 
Sixth : From Petra Jaya to Kuching Airport, murah aje.... RM 30. Taxi yang sama pegi Seriken. Great one Kak Suhana. :)

Additional note : Kalo sewa kereta, tanpa driver, per day - Toyota Avanza : RM 250 , Kancil : RM60.

To be continued.... 

(^_^)

Wednesday, November 23, 2011

Siamese yang sangat kreatif.

- Assalamualaikum -

Orang-orang Siam sangat kretif time banjir ni. Buktinya? Zasss~










credit to : cariforum. :)

Sunday, November 20, 2011

kawen - melengkapkan fitrah ?

- Assalamualaikum -

Malam ni status aku kat facebook berbunyi, "Think deeply --> KAWEN. How to be mentally prepared? Ekhem." Hehe sounds scared to get married? Meh nak tambahkan ketakutan.. Marriage is not about 'melengkapkan fitrah' or 'menyiapkan pelamin, goodie bags bagai'..but its about membangunkan ummah. :) Hehe jangan la takut nak kawen sebab baru tadi aje ternampak buku kat Popular tu tajuk dia 'Mengapa Takut untuk Berkahwin?' Harus dibeli ni lepas gaji. Ngee~ :p

Aku teringat pulak kata-kata Hilal Asyraf dalam satu artikel Batu-Bata Kehidupan - kalo kita benar-benar MAMPU untuk kawen, silakan..tak kisah la umur kita bape pun. Mampu tu dari segi apa? Zahir dan batin, of cos. Kalo nak kawen pun pakai duit mak bapak - dengan alasan time tu tengah belajar, tapi taknak kapel lama-lama. So, amek keputusan untuk kawen walaupun tadak duit. Lastly, mak bapak kena tanggung sume persiapan kawen. Kes macam ni Hilal Asyraf cakap tak mampu lagi sebab camna nak sediakan keperluan harian untuk anak bini nanti? Jangan jadikan alasan untuk mengelak dosa tu jek nak kawen awal. Ye, memang bagus untuk mengelak dosa..tapi, MAMPUkan diri sendiri tu dulu. Get prepared!!

(^_^)

Budak-budak sekarang kalo nak kawen, mesti bagi hadis ni kan,
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

"Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat menundukkan mata dan kemaluan.."

Cuma kadang-kadang depa lupa agaknya hadis ni ada sambungannya, bukan setakat itu aje..

"Tetapi, barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya (penahan bagi gejolak nafsu).."  (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah). 

See, macamana Islam itu indah dan memahami fitrah manusia --> disuruhnya berkahwin. Tapi, bagi yang tak mampu, diberi jalan penyelesaiannya --> disuruh berpuasa. Subhanallah, Allah Maha Penyayang kepada hamba-Nya. :)




Nota kaki : Entry ini bukan jeles kepada orang yang dapat sponsor kawen tu. Itu rezeki namanya, terima ajela kalo ada yang nak menaja. :) Bagi yang mak bapak memang sukarela nak jayakan majlis kawen yang gilang-gemilang tu, silakanlah..tak salah pom..cuma pastikan anak anda 'mampu' dari segala segi. :)

Thursday, November 17, 2011

SECRET OF STAYING YOUNG

  • Drink plenty of water.
  • Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
  • Live with the 3 E's--Energy, Enthusiasm and Empathy.
  • Make time to pray.
  • Play more games.
  • Read more books than you did in 2010.
  • Sit in silence for at least 10 minutes each day.
  • Sleep for 7 hours.
  • Take a 10-30 minutes walk daily. And while you walk, smile.   
 
PERSONALITY :
  • Don't over do. Keep your limits.
  • Don't take yourself so seriously. No one else does.
  • Dream more while you are awake.
  • Envy is a waste of time. You already have all you need.
  • Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
  • Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
  • Make peace with your past so it won't spoil the present.
  • No one is in charge of your happiness except you.
  • Smile and laugh more.
  • You don't have to win every argument. Agree to disagree.
 
SOCIETY:
  • Call your family often.
  • Each day give something good to others.
  • Forgive everyone for everything.
  • Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
  • Try to make at least three people smile each day.
  • What other people think of you is none of your business.
 
LIFE:
  • Do the right thing!
  • GOD heals everything.
  • However good or bad a situation is, it will change.
  • No matter how you feel, get up, dress up and show up.
  • The best is yet to come..
  • When awake in the morning, thank GOD for it.
  • Your Inner most is always happy. So, be happy. 
  •  
     
 

Tuesday, November 15, 2011

♥ Photography Workshop with Topcat Studio + Eddieputera ♥

- Assalamualaikum -

Baru jek entry lepas aku stress pasal keje,  tapi entry arini aku suke gilerr pasal keje. (^_^) Ahakss, tapi bukan keje hakiki tu je.. keje sampingan. :)

Weekend lepas, IPPT hantar pegi DSLR Photography Workshop by Eddieputera + Topcat Studio (Nurul-Suhaimi) kat Paradise Sandy Beach Resort, Penang. Huwaaa..syok giler rasa tanak balik lab dah. :p Sifu-sifu ni tersangatlah terer dan tak jemu-jemu mengajar weols yang bengap slow sket ni. Al-maklumla baru first time pegang DSLR. :p Sebelum ni, asyik masuk dalam gambar aje. Tu pun, DSLR macro lens, pinjam lab punya. Ngee~

Tapi, yang bestnya, walaupun weols ni tak penah sentuh camera before, tapi berjaya dapat grand prize untuk gambar terbaik. Cayalah.. :) :) Berjaya kalahkan budak-budak IT. Dan sifu bagi hadiah duit. Hehe dah selamat dikorbankan dah pun duit tu kat Le' Boss Sungai Petani.
Million thanks goes to my cikgu Eddieputera + Nurul-Suhaimi. It really-really fun and enjoy shooting with uols. BPIO, tahun depan jangan serik jemput kami lagi ye~

Yeay~ (^_^)

Gambar bertuah yang dimenangi.. Alhamdulillah~ :) :)






See~ gambar2 lain pun santek + kreatif jugak. tapi, dah rezeki weols menang. :)

We are the champion.. ngee~

P/S : berusaha menyiapkan tempahan felt keychain kak siti. grrrr~



Thursday, November 10, 2011

♥ do you love your job? said YES! ♥

~ Assalamualaikum ~

Dear blog,

Huwaaa! Today was terrible, really. Rasa macam grrr~ sangat. Aku berdoa jela supaya minggu ni cepat-cepat  berlalu. Bukan mengejar sesuatu tapi tak sabar untuk meninggalkan sesuatu.

En Shabani pegi kursus. Jadi, aku selaku pekerja yang patuh mengikut jadual rotation jaga kaunter mula menjalankan tugas. Bukan tak suka jaga kaunter receiving tu, tapi di tempat dan keadaan sekarang sangat tak sesuai dengan jiwaku dan membosankan. Kalo dulu di Bertam Indah, sangat hepi. :) Nak suruh jaga kaunter setahun pun ku sanggup. :) Oppss..lupakan kisah lama. Sekarang dah di tempat baru ye. INGAT!

Mungkin sebab aku terpaksa berkelakuan seperti 'bukan aku'. Segala gerak geri harus dicontrol sebab lab sebelah kiri ni terlalu banyak bos yang grr~. (Maaf incik, puan bos jika anda baca blog saya ini. Tapi, mungkin bermakna anda perlu mengubah cara pimpinan anda supaya kami tidak terasa seperti grrr~. Diam kami bukan bermakna kami setuju. Tapi, kami rasa menyampah dan malas nak amek tau. Hanya mengikut arahan tanpa dapat 'menghormati' arahan tersebut. Anda paham kan? Maaf sekali lagi.)

Sebenarnya semua kerja itu seronok kalo kita mampu meng'adapt'kan diri dengan orang-orang yang bersama-sama menjayakan kerja tersebut. Mungkin juga salah diri aku yang serba tak sempurna ini. Tapi, aku betul-betul rasa seperti dimasukkan ke dalam 'acuan robot' apabila masuk ke dalam lab-lab sebelah kiri ini. Terkongkong. Nak borak -- tak boleh. Nak gelak kuat sikit -- tak boleh. Nak online -- tak boleh. Mungkin hanya perlu duduk tegak dan senyummmmmmmm bila bos lalu depan mata. :) :) Seronok giler kan? kan? kan?

Hahaha..bertabahlah. Semua keje ada pahit manisnya. Mungkin keje aku ni dah untung banyakk..banyak manisnya daripada pahit tu. Bersyukur sangat dapat keje di tempat yang terbaik ini. Tapi jika ada rezekiku di tempat lain, aku tidak menolak. :) :) Doakan ye kawan-kawan.. Doakan supaya 'matlamat'ku yang satu tu tercapai seiring dengan redha Ilahi. 
Matlamat apa tu?? Hehe..tak bole bagitau lagi.. Tunggu next year. Insyaallah. Doakanlah~

(^_^)

really enjoying my work~ sumpah tak tipu. :)