Tuesday, December 21, 2010

:: SEGMEN JOM BERKENALAN ::

Assalamualaikum korang :)

Tadi aku pegi jalan-jalan kat umah LOQMAN HAKIM and terusya la segmen ni. Terus berminat nak join. Korang pun, meh la ramai2 kita join segmen ni. Tarikh tutup : 13 Januari 2011.

Boleh jugak merapatkan apa yang jauh tu, dan mendekatkan apa yang terjurang antara kita. :D


[nak join, klik banner ya!]


Soalan2 maut yang perlu dijawab :

+ Apakah status anda? +

Setakat ni single mingle sebab maseh bujang tra tang tang. Belum berkawen, tp dah ada anak patung . Ada 2 orang sorang boipreng. Sape? Biarlah rahsia.


+ Ceritakan tentang diri anda +

Aku? Anak kepada dua orang pekerja kerajaan. Kakak mithali kepada 5 orang adek (sepasang twins). Cucu kepada tok n tokwan. Kawan kepada kengkawanku.

Korang Nampak tak badge2 kat sebelah ni? Tu sume tempat aku meroyan belajar dulu2. Dah habis skola menengah, masuk UiTM d’hatiku jek : MEDICAL LAB TECHNOLOGY : dan terus kena sambar keje dengan USM plaks.. So, here am I. :D

Aku tak chomel. Ye, betul, tak tipu. Tapi, aku suka berkawan, berporem, merepek2 n meroyan. Aku suka makan-makan. So, sesape yang terlebih banyak duit tu, sila belanja aku ye! (aku tau korang baru dapat bonus, jangan tipu...)


+ Ceritakan tentang blog anda +

Blog aku ialah bukan diri aku. Aku bukan macam apa yang tertulis kat blog ni. :) Tak pecaya? Sila jumpa aku. Aku tak pandai menulis, mengarang ayat bunga2 bagai...tapi aku suka membaca blog-blog korang yang havoc!! Thumbs up guys.. :) :)


+ Pandangan anda tentang dunia blog +

Ekk?? Maut betul soklan ni. Peluh2 aku nak jawab. Weii, aku mana reti nak bagi2 pandangan ni, tapi, aku try k? :P

Pandangan aku tentang dunia blog?

Sedap, nikmat, hebat, cantik, up to date, superb! Boleh tak? :D

Blog yang hebat ialah blog yang sedapp dan nikmatt je bila orang membaca. Aku suka blogjogging kat blog2 yang cantik sebab rasa tenang je mata aku ni. :D Selain berporem, berblogging gak membolehkan aku mengexposekan diri aku dengan dunia luar, aku dapat melihat, menilai n menghayati sesebuah peristiwa dengan ngadap lappy jek. :D Sekian.......(sila bagi hadiah untuk ucapan panjang lebar ni)


+ Nasihat kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog +

Yeah!! Dialu-alukan sangat oke. Boleh kita bertukar2 pandangan dan pemandangan. Cuma yang penting, jangan terlalu leka berblogging sampai lupa kepada PENCIPTA dan keje2 hakiki kita. Jangan jugak cari musuh di alam maya ni. Kang kena santau maya padan muka! Nauzubillah...moga kita dijauhkan. :( Pesanan tulus ikhlas untuk diri sendiri ekceli.


+ Nyatakan keunikan blog anda +

Blog aku tak unik. Aku yang unik. So, meh berkenalan dengan aku. Nak kenal aku, kena kenal blog aku dulu... hahaha pandai2 la korang mengintepretasikan ayat aku tuh. :D


+ Sampai bilakah anda akan menulis blog dan apa impian anda dalam dunia blog +

Sampai kapan ya? Ntah ler..selagi aku maseh ada mood, tak majuk dengan dunia cyber ni, tak dihalang oleh mak bapak n bakal suami aku, dan selagi blog ni tak diharamkan, selagi tu la aku akan terus menulis..Insyaallah :)

Impian? Ape yang aku nak ialah kepuasan diri apabila aku menceritakan tentang kisah hidup aku dan dapat sharing mering segala apa yang aku tau kepada semua orang. :D

.SEKIAN TERIMA KASEH.


Dah puas aku meroyan-ntah-pape kat atas tu, aku nak suh bebudak ni plak meroyan :

Ryna Try Asmara, Cadlynn, Norulezd4i4, TheBeeandWhiteRoses.


~ENJOY READING~

(^_^)

3 comments:

:Cikgu Akim: said...

kelaka la najwa ni..suka baca sumer jawapan...salam perkenalan...jaga bek2 anak patung tu..hehehhehe...

nanti amek award kat blog saya!

najwa's said...

tengs cikgu akim.. :) yeay! dapat award! jap g amek.. :p

rabiatul said...

Salam perkenalan dari atul :)