Friday, December 10, 2010

Petua Melupakan Orang Yang Kita Kasihi


Hello readers,

Korang penah jatuh cinta? Penah merasa pahitnya putus cinta? Ya ampun, sakit, perit kn? Hanya Tuhan yang tahu. Ngeh3..jiwangss lak.

Check it out..untuk sesiapa yang sedang putus kaseh. :'(

Seperti aku??


Petua Melupakan Orang Yang Kita Kasihi

1. Jangan Hubungi Dia

Jangan call, sms, e-mail atau apa-apa cara sekali pun. Jangan lakukan sebarang komunikasi. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.

( huhu..mungkin boleh. Tapi, susahkan nak tahan hati ni? Tangan ni pun asyik gatal nak text dia.. )


2. Jangan Meluah Masalah Kepada Rakannya

Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.

( ek, sangat tak mungkin kalo aku nak contact kawan2 dia..tak suke orang lain masuk campur. )


3. Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Sahaja

Masalah cinta = anda perlukan seseorang yang betul-betul rapat dan memahami anda. Dia mesti seorang yang betul-betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda.

( kalo aku suka luahkan masalah pada orang luar yang langsung tak kenal aku boleh tak? Better kot. Tak suka jugak orang terdekat tau masalah kita.)


4. Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan

Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perlukan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan, anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.

( setuju. Sila sibukkan diri dengan perkara2 yang berpaedah seperti beibadat, hang-out dengan kawan2 or do something new ke.. )


5. Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan

Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda. Ia mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah, kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.

( Ye, suke yang ni. :D Pegi ke spa ke, tengok laut ke, hiking ke..waahh, terapi yang besh! )

Kredit to : Fesbuk


Nota kaki : Kengkawan, ada tips lain tak? Tips ni tak cukup untuk aku. :(

Share ye.. Sharing is caring..


"..it was at the moment, my heart jumped out of my chest, ran down my leg,hit the floor and broke.."

3 comments:

Lizzie Yasmin said...

cari keburukan yang boleh korang rasa benci kat dia.. dan perbesarkan kelemahan itu... mula kan rasa benci lama - lama rasa tak heran klu tak der dia....

najwa's said...

@Lizzie : kalo xde yg buruk cmna? semua baik2 jek? clash keran terpaksa? hadoi..susah tuh. :(

Wahida Nasution Thakhrim said...

thanks.. i really need this kind of advice right now..