Friday, February 5, 2010

.: kEsAbArAN :.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Aku tak pandai berbicara, sekadar meluahkan rasa hati.

KESABARAN memerlukan pengorbanan yg tinggi dan cekal. Aku tak mampu mencapai KESABARAN yang tinggi melangit tu. Aku hanya insan kerdil yang reti menangis bila ku sedih..dan yg reti ketawa bila ku happy. Aku tak pernah kenal betapa indahnya kesabaran itu. Kata orang, di penghujung kesabaran terdapatnya kemanisan. Tp, aku sering tercari-cari...di manakah penghujung kesabaran itu? Bilakah akan ku temui kemanisan tu?

Setiap perhubungan memerlukan KESABARAN. Jika kita boleh bersabar sepanjang hidup ini, kenapa tidak sedetik dua lagi??

Ya Allah Rabbul'alamin...kurniakanlah daku tahap KESABARAN yg maksima supaya aku boleh menimati keindahan dunia-Mu yg serba sempurna ini..Aku bersyukur Ya Allah...

Amin...

No comments: