Monday, December 27, 2010

Buat Para Suami : Hazab Sangat ke Jadi Isteri???


JIKA ISTERI MENANGIS DI HADAPANMU, HARGAILAH SEBELUM TERLAMBAT..


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan mensia-siakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan
SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini?

Dibalik KELEMBUTANYA,
dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya... Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA... dan sangat BERHARGA.

credit to : hajarmasri


Nota kaki : Untuk bakalllll suamiku, aku merengek bukan sekadar mintak dimanja dan dibelai, aku merengek untuk terasa dihargai jugak! Poyosss...sila muntah oke.


Saturday, December 25, 2010

Yeah!! ~ Birthday Party~

Semalam aku balik dari AMDI teambuilding @ Bukit Merah Laketown Resort. Taknak cakap banyak, hanya SUPER DUPER BEST!!! :)

Mood : Badan sengal2, otot sedang mengembang, kaki tangan lebam2. Padah dah lama tak buat outdoors game.

Besday aku dah 3 hari berlalu. Thanks a lot untuk sume yang wish. May GOD bless us. Aminnn…

[ peace, no war... :) ]

Besday Celebration Part 1

By him at Secret Recipe, Bertam. Thanks bro. U brighten up my life. Dia celebrate 2 ari awal. Hehe advanced birthday celebration la kononnya. Yela kan, aku kan agak bz lately. Takut tak sempat,so, ape salahnya celebrate awal. *wink*wink* :D


[ my menu : baked macaroni with prawn and mushroom + strawberry yogurt shake ]


[ his menu : chicken lasagna + homemade bun + sky juice ]


[ piece of hazelnut cheese cake ]

Besday Celebration Part 2

By my beloved buddies at Pantai Bersih, Penang. Thanks uols. I really appreciate it. Eventhough, we are quite bz that nite, u guys still remember my besday. Again, awal 3 jam. Hehe tapi, xpe. I like. We spent great time borak2 n makan2 together tepi pantai. Yeah, really enjoy it. Hanya kita.. :D Dah lama tak kuar lepak, meroyan sama2 kan? Miss that precious moments…. :)


[ secret recipe again : pieces of blackforest cheese cake + blablabla choc cheese cake ]
Psstt : tak hengat name of the other cake! (>_<)


[ cheeky frenz : cik adawiyah + cik madehah...:P ]


[ Domino's pizza : Flaming Tuna ]

Besday Celebration Part 3

By BPIO geng, AMDI at Dewan Kaloi, Bukit Merah Laketown Resort. It’s really2 great surprise. 1st day kursus teambuilding tu on 22hb, my besday. Malam tu dah lewat sangat la. Ada program macam2. Jam dah pukul 11.30 malam. Mata aku sangat kuyu dah nak dengar ceramah2 lagi. Pastu ada la part nyanyi lagu Jalur Gemilang, and they announce my name, K.Tini n Dr Liow (if I’m not mistaken) untuk kibarkan bendera kat depan tu. Kitorang pun pegi la. Kibar2 la dengan semangat giloss..(aku kalo de kursus, part nyanyi2 ni, memang gedik2 excited..:P)

Pas habis lagu tu, tetiba aku dengar pintu dewan dibuka n ada nyanyi “ALLAH selamatkan kamu..”. Siap dengan petikan gitar bagai. 2 biji kek + lilin atas troli ditolak masuk dalam dewan. Haha I was soooooooo surprise. Memang tak sangka betul. Dah la ngntok + penat + serabai cipan + rasa nak tido sangat dah time tu. Hehe then, satu dewan wish us hepi besday. :D :D :D It’s a big pleasure. Besday K.Tini n Dr Liow on 9 Dec..dah lepas. Tapi, xpe, yang penting, weols December babies.. :) Dah lepas tiup2 kek n diinterview sikit sebanyak oleh geng BPIO, bersambung la program lain pulak. Credit to BPIO AMDI, Tuan Pengarah n all participants for celebrating my besday. Saya suka. Makaseh. :)



[ I was gedik2 by da surprise.. :p ]


[ Hepi besday to weols : K.tini, me, Dr Liow ]
Pssttt : Mr director of AMDI kat belakang tuh..Dr Ramli.


[ Million thanks BPIO Crew + Tuan Pengarah AMDI ]

Sekian..berakhir la ceritera 21 tahun aku. Welcome 22nd on 22 December 2010. I never and never forget dis fantastic moments.. My beauty of life.. :) :) Again. Thanks uols yang wujud dalam hidup saya. :)

Semoga aku bertambah matang and kita slalu berada dalam keredhaan ALLAH. Aminn...


Nota kaki :

AMDI = Advanced Medical & Dental Institute, my employer. One of the institute under USM. [klik sini]

BPIO = Bahagian Pembangunan Insaniah & Organisasi. One of department in AMDI. [klik sini]